Semua pihak harus tanamkan tekad mahu berjimat
Dalam soal berjimat cermat, apakah pembaziran yang dilihat kerap berlaku dan seharusnya dihapuskan sekarang?
DR. AMIR HUSSIN: Pertama, jangan keluar rumah dengan memandu kenderaan kalau tiada urusan, kedua, kenapa perlu memiliki kereta yang banyak contohnya, kalau kita hanya memerlukan empat kereta kenapa perlu ada sampai 20 buah di rumah. Ketiga, rakyat tidak perlu menggunakan kenderaan yang mencecah sehingga 4,000 cc kerana jalan raya di Malaysia tidak membenarkan kelajuan melebihi 110 kilometer sejam. Keempat, orang-orang bawahan atau pertengahan pula harus memikirkan untuk menggunakan pengangkutan awam.
Bagi saya, untuk membantu kakitangan kerajaan CUEPACS seharusnya meminta subsidi pengangkutan awam bagi ahli-ahlinya atau subsidi untuk anak sekolah bukan mendesak kerajaan menaikkan gaji.
Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan langkah yang dilakukan oleh Britain suatu ketika dahulu iaitu memberi sebuah keluarga satu fleet card bagi mengisi minyak. Contohnya, melalui kad itu mereka boleh mendapat subsidi 100 liter minyak sahaja, lebih daripada itu mereka tanggung sendiri.
Saya juga melihat perlunya lawatan-lawatan ke luar negara dikurangkan dan syarikat-syarikat korporat pula janganlah terlalu hendak mengaut keuntungan sehingga sanggup menindas rakyat.
Korporat kita mesti lebih bertanggungjawab dari segi sosial jangan hendak cari untung sahaja. Gaji korporat pun janganlah melampau- lampau sehingga ada yang cecah RM30,000 hingga RM40,000 sebulan. Contoh kalau saya ada anak lapan dan mampu menyara mereka dengan pendapatan RM15,000 yang ditolak cukai dan sebagainya, kenapa mereka perlu sampai RM40,000?
Kalaulah pembangunan negara ini harus dipikul oleh Kabinet, golongan pertengahan dan rendah, macam mana negara ini hendak maju. Di AS, semua orang bertanggungjawab, nasionalisme mereka tinggi, mereka tidak akan tipu cukai.
Kerajaan juga harus mengurangkan langkah-langkah memindahkan kakitangannya kerana ia turut melibatkan kenaikan kos. Begitu juga tindakan menukar kakitangan ke negeri bukan asalnya. Sebab itu bila cuti, jalan raya sesak, masing-masing balik kampung semua ini meningkatkan penggunaan minyak.
Asas untuk berjimat harus datang dari mana?
DR. AMIR HUSSIN: Ini macam soal perpaduan, ia hanya akan berlaku apabila manusia itu mahu bersatu-padu. Begitu juga penjimatan. Kalau kita tanamkan tekad, 'aku nak jimat' memang ia boleh berlaku. Tetapi janganlah amalkan sikap ''dia tak jimat, kenapa aku nak jimat.'' - Inilah sikap yang selalu dilakukan oleh orang kita. Justeru kita kena ubah cara sedemikian, biarlah kita berjimat dahulu kerana kesudahannya kita juga yang senang tetapi malangnya jiwa kita tidak pernah mendalami perkara ini.
Kesimpulannya, penjimatan ini harus datang dari atas ke bawah, semua pihak termasuklah ahli politik. Semua harus memainkan peranan termasuk universiti-universiti yang boleh diarahkan melakukan penyelidikan bagi mencari alternatif untuk menggantikan minyak.
Dalam soal minyak ini, rakyat jangan hanya mahu mendengar kata-kata yang sedap didengar seperti kononnya harga minyak boleh diturunkan. Semua itu tidak harus dipercayai kerana dalam keadaan sekarang harga minyak tidak mampu diturunkan.
Justeru dalam menghadapi situasi kenaikan harga minyak ini, semua pihak harus mempunyai niat yang baik. Bagi saya, masalah di Malaysia ini terlalu ramai yang mengambil daripada memberi, banyak yang berbohong daripada bercakap benar, banyak yang tak tahu tetapi pandai bercakap.
Cubalah fikir di mana kita boleh mendapat harga minyak yang murah daripada harga pasaran dunia? Kalau ikut hujah pembangkang semua perkara tidak payah bayar. Berjanji memang senang dibuat tetapi praktiknya bagaimana?
Saya juga berpendapat, syarikat yang harus memainkan peranan lebih besar hari ini ialah Perodua dan Proton. Mereka patut cipta kenderaan pakai LPG tetapi jangan mahal sangat.
Pengalaman saya menunjukkan tabiat memandu juga menjadi punca membazir minyak. Kita sepatutnya memandu di bawah 65 kilometer sejam, ia akan menjimatkan minyak. Ertinya banyak yang boleh lakukan untuk membantu kerajaan.
Rumusannya, apa nasihat kepada rakyat negara ini dalam soal kenaikan minyak sekarang?
DR. AMIR HUSSIN: Selagi ada minyak, kita harus berjimat. Kita bernasib baik kerana kita boleh lagi hidup dengan lumayan biarpun dolar jatuh sehingga memungkinkan harga minyak dan bahan makanan meningkat.
Di negara Afrika bukan sahaja ada rakyatnya kebuluran malah banyak kereta sudah tidak mampu bergerak kerana tiada wang untuk beli minyak. Ini realitinya. Kita bernasib baik kerana walaupun harga naik tetapi disebabkan kita pengeluar dan pengguna, barang naik kita boleh biayai dengan pengeluaran lain seperti kelapa sawit dan timah.
Kepada rakyat Malaysia, bersyukur dan berfikirlah, jangan apabila Perdana Menteri bercakap soal minyak, kita hanya tahu mengkritik sahaja. Apa yang kerajaan lakukan adalah berdasarkan fakta dan realiti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kerajaan yang sepatutnya mengubah gaya hidup.
Ni tak, enjoy habiskan duit rakyat.
Pastu, paksa rakyat hidup jimat makan ubi kayu macam darurat.
Kalau PAS memerintah skang, pasti rakyat hidup senang lenang.
Pemimpin tak rasuah, bohong, membazir macam UMNO...
Post a Comment