Wednesday, June 25, 2008

TERNAKAN BURUNG UNTA AMAT BERPOTENSI

Oleh Pemikir Negara

Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mustapa Muhamad, berkata kerajaan menggalakkan penternakan rusa dan burung unta kerana ada pelbagai potensi.

Ketika ini, potensi cukup besar. Kedua-dua daging itu mempunyai kandungan protein yang tinggi dan kolestrolnya adalah makanan yang paling rendah. Oleh kerana masyarakat kini mementingkan kesihatan ia mampu menarik minat orang ramai untuk membelinya. Namun, satu masalah sekarang ialah harga dagingnya yang tinggi kerana kurangnya pengeluaran.

Bagaimanapun, kerajaan juga mengkaji untuk menukar kawasan yang tidak menguntungkan digantikan dengan ternakan yang lebih memberi pendapatan lumayan.

Beliau menjawab soalan MP Datuk Azmi Khalid yang meminta kerajaan menggunakan kawasan burung unta yang tidak menguntungkan untuk membela kambing. Beliau juga menegur mengenai bank yang memberi pinjaman kepada petani. Seperti di Thailand, bank bukan saja memberi pinjaman tetapi juga membantu petani.

Datuk Mustapa berkata Agro Bank tidak menyediakan perkhidmatan pengembangan dan meminta agensi lain untuk membantu petani terutama menghadapi kedudukan harga yang meningkat.

Beliau juga bersetuju dengan Datuk Azmi untuk melawat kawasan itu dan menggantikan dengan pusat ternakan kambing.

No comments: