Wednesday, June 25, 2008

GELAGAT MP PADANG SERAI

"DITEMBAK ITIK, AYAM YANG KENA"
oleh : ATH

Saya sungguh terhibur mendengar ucapan dan gelagat MP Padang Serai apabila membahaskan Usul Rang Undang-Undang Geologi 2008. Kawan-kawan saya disebelah pun turut ketawa besar. Ini kerana apa yang dicakapkan oleh beliau jauh terlencong dan melencong daripada tajuk perbahasan.

Walaupun diganggu beberapa kali oleh MP-MP yang lain mengenai perbahasan MP Padang Serai yang jauh melencong, namun dengan muka selamba beliau terus bercakap mengenai rang undang-undang tersebut walaupun telah tersasar jauh.

Perkara yang perlu dibahaskan ialah Rang Undang-Undang Geologi 2008 tetapi MP Padang Serai menghabiskan masa begitu banyak untuk bercakap mengenai keadaan jalan raya di Kapit, selepas itu pergi ke Kinabatangan, kemudian singgah di Pasir Salak dan banyak lagi. Saya pun tak tahu apa hubungkaitnya perkara itu. Ada terdengar suara MP-MP lain menyatakan mungkin MP Padang Serai tidak faham makna geologi yang menyebabkan beliau merapu. Ini mengingatkan saya kepada pepatah orang tua-tua, "ditembak itik, ayam yang kena". Inilah wakil rakyat PKR yang tidak membuat persediaan dalam perbahasan di Dewan yang mulia. Jadi, bagaimana nak jadi wakil rakyat yang berkesan untuk membela nasib rakyat.

Walau apa pun, pujian perlu diberi kepada MP Padang Serai kerana gelagatnya turut menimbulkan gelak ketawa dikalangan MP-MP dan kawan-kawan yang mendengar ucapan beliau. Setidak-tidaknya boleh mengurangkan rasa 'boring'.

No comments: