OLEH : SERI MELUR
MP Kinabatangan meminta kerajaan mewujudkan sistem pendidikan yang bersesuaian untuk golongan pelajar yang tercicir. Golongan ini adalah pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA/S. Walaupun kewujudan pusat seperti Giat Mara adalah untuk golongan ini tetapi tempat yang terhad menyebabkan masih ada golongan yang tercicir. Ini akan menyebabkan mereka terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat seperti gejala lumba haram, penyalahgunaan dadah, samseng dan sebagainya.
Sistem pendidikan hari ini yang terlalu berpandukan kepada peperiksaan seharusnya diubah. Pelajar-pelajar ini seharusnya dibekalkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran bagi memudahkan mereka menghadapi cabaran semasa hari ini.
Walau bagaimanapun MP Pasir Salak tidak bersetuju dengan apa yang dibangkitkan oleh MP Kinabatangan. Beliau berpendapat pelajar-pelajar hari ini tidak ada jati diri dan semangat untuk bersaing. Mereka juga tidak mampu berdikari. Kerajaan tidak seharusnya dipersalahkan terhadap gejala pengangguran dan pelbagai masalah sosial pada hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment