Isu mengawal keadaan di lobi Parlimen menjadi agenda murahan YB Bagan yang ingin menjadi jaguh. Beliau telah menimbulkan perkara itu bertujuan untuk menarik perhatian ahli dewan. Bagaimanapun, kita faham bahawa niatnya adalah untuk meminta wartawan menjadikannya sebagai berita utama esok.
Wira memahami bahawa sejak dulu lagi pembangkang akan berusaha untuk mencari isu-isu yang membabitkan wartawan untuk diperbesar-besarkan.
Pernahkah anda mengungjungi Parlimen kebelakangan ini?
Kini, anda akan dapat melihat suasana "central market" di lobi Parlimen. Mereka yang hadir walaupun berpakaian kemas tetapi tidak tahu dari mana asal mereka. Ini adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian serius sebelum sebarang kemungkinan berlaku.
Di samping itu, pihak Parlimen bertanggungjawab memastikan keadaan keselamatan sentiasa terjamin demi kepentingan wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat dari seluruh negara.
Sudah pasti, pihak Parlimen bertanggungjawab sepenuhnya dan perlu mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya bagi memastikan dewan yang mulia itu sentiasa dihormati dan dijaga.
Kita tidak mahu kejadian seperti di luar negara berlaku akibat kecuaian. Oleh itu, Wira menyokong sepenuhnya tindakan pengurusan Parlimen untuk menguatkuasakan peraturan untuk menghalang terlalu ramai pihak yang tidak berkepentingan mengambil kesempatan melakukan perkara yang tidak diingini.
Tuesday, June 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment