Monday, June 23, 2008

MP TENGGARA KREATIF DAN PRAGMATIS

oleh Pemikir Negara

MP Tenggara, Datuk Halimah Sidek, dalam menyokong usul mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berani menghadapi realiti akibat daripada kenaikan minyak dunia. Tindakan kerajaan adalah satu 'wake-up call' untuk menyedarkan semua rakyat bahawa kita perlu menghadapi realiti ini. Kerajaan bukan hendak menjadi popular dalam membuat keputusan tetapi lebih mementingkan kesusahan rakyat.

Kerajaan bersedia menelan yang pahit walaupun rakyat marah. Ini adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan dan rakyat telah diberitahu tentang masalah dan krisis yang dihadapi tetapi pihak pembangkang dalam dewan dan luar dewan tidak puas bertanya atas tindak tanduk kerajaan.

Mereka tidak berhenti bertanya kenapa?, kenapa? dan kenapa?....... Mereka menanya kenapa kerajaan tidak boleh tanggung subsidi? kenapa tidak mengepam minyak lagi? Pembangkang patut sedar bahawa jika gunung ditarah sekalipun, akan landai juga akhirnya.

MP Tenggara telah kemukakan syor-syor untuk rakyat sama-sama menghadapi krisis ini termasuklah berjimat cermat, hentikan projek mega dan sebagainya. Rakyat harus faham apa yang berlaku sekarang bukan hanya dialami di Malaysia tetapi semua negara di dunia termasuklah negara Barat, negara Asean dan negara-negara Islam. Beliau meminta rakyat supaya memahami bahawa kerajaan ikhlas untuk melegakan kehidupan semua lapisan rakyat.

No comments: