Thursday, June 26, 2008

PUSINGAN 'U' BUKAN MASALAH UTAMA

OLEH : MUSTIKA CITRA INDAH

MP Serdang (DAP) Teo Nie Ching, mendakwa pusingan U di jalan berhampiran Taman Kajang Utama menyebabkan ia membahayakan pengguna jalan tersebut. Menteri Kerja Raya yang juga MP Sepang, Dato' Ir. Mohd. Zin Mohamed menjelaskan kepada dewan bahawa pusingan U yang dibuat di jalan terbabit telah pun dikaji dari pelbagai segi dan pembinaannya tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada pengguna jalan raya.

Pada pandangan Mustika, yang menjadikan jalan tersebut berbahaya adalah disebabkan oleh sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Ini diakui sendiri oleh MP Serdang yang mendakwa kenderaan dipandu laju di kawasan tersebut. Kalau pengguna jalan raya berhemat di jalan raya, tidak mementingkan diri sendiri dan menghormati peraturan dan undang-undang jalan raya pastinya keselamatan dapat dipertingkatkan, kemalangan dapat dikurangkan dan kelancaran perjalanan dapat dirasai. Bukannya masalah pusingan U atau kesalahan pembinaan jalan raya, tetapi sikap pengguna sendiri.

MP Serdang perlu mengkaji sebelum menyalahkan mana-mana pihak tertentu tertutamanya kerajaan.

No comments: