Monday, June 30, 2008

MP REMBAU PRIHATIN KEPADA UPU/JPA

Oleh Pemikir Negara

MP Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar, telah menimbulkan aspek pengajian tinggi di mana UPU yang dibentuk oleh Kementerian Pengajian Tinggi, bertanggungjawab tentang kemasukan pelajar-pelajar ke IPTA. MP berpendapat bahawa UPU perlu bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ini adalah kerana pelajar-pelajar yang memohon untuk belajar ke luar negeri, ada juga yang tidak berjaya dalam permohonan mereka.

Beliau berpendapat bahawa pelajar-pelajar yang tidak berjaya ini diberi peluang untuk meneruskan pelajaran mereka di IPTA tempatan.

MP ini menanyakan sama ada wujud atau tidak hubungan UPU dengan JPA dalam hal menangani pelajar-pelajar yang tidak berjaya.

Timbalan Menteri, Datuk Idris Haron, menjawab bahawa perhubungan UPU dengan JPA akan dimantapkan dan beliau mengucapkan terima kasih di atas saranan yang dikemukakan oleh MP Rembau.

Pemerhati politik berpendapat apa yang ditimbulkan MP Rembau dialu-alukan terutamanya oleh warga pelajar yang kadang-kala samar terhadap perancangan pelajaran mereka. Adalah diharapkan Kementerian Pengajian Tinggi selaraskan apa yang disebutkan oleh MP Rembau.

No comments: