Monday, June 23, 2008

COLLECTIVISM DAN KIBBUTIZSM...HUJAH SEMPIT PEMBANGKANG

OLEH : PPJ

MP Johor Bharu (Menteri) membuat penjelasan kepada hujah-hujah yang ditimbulkan oleh pembangkang berkaitan usul yang dibentangkan. Beliau juga tertarik dengan kelancaran perbahasan oleh ahli Dewan. Ada juga pembangkang yang cuba-cuba menyarankan pendekatan berteraskan collectivism yang di ilhamkan pada Era Mao di Republik China dan juga Kibbuthzism yang berleluasa di Israel. Mereka menggunakan konsep-konsep ini untuk digunapakai oleh Petronas dalam mengagihkan pulangan keuntungan kepada semua.

MP Johor Bharu mengatakan kini banyak syarikat-syarikat kerajaan seperti di Pulau Pinang yang juga mendapat keuntungan besar, RM50 juta. Kenapa tidak ambil sahaja keuntungan ini dan bahagikan sahaja kepada rakyat? MP Johor Bharu berpendapat bahawa kenapa pembangkang tidak henti-henti melayani ideologi sempit. MP Shah Alam, adik kepada MP Johor Bharu cuba-cuba mencelah tetapi tidak diberi laluan oleh menteri dan menasihatkan MP Shah Alam supaya jumpa di rumah sahaja untuk berbincang.

MP Johor Bharu mengatakan hujah-hujah yang dibuatnya adalah dibuat setelah mendengar dengan taatnya pandangan-pandangan pembangkang dalam dewan malah beliau mendengar hujah-hujah pembangkang dengan sabar supaya dapat memberi penjelasan yang jitu kepada dewan terutamanya kepada ahli pembangkang yang masih keliru dan tidak faham tentang apa yang dibuat oleh Petronas dan kerajaan Barisan Nasional. Harap-harap pembangkang amalkan sikap suka mendengar sebelum bercakap.

No comments: