Monday, June 23, 2008

PENSTRUKTURAN HADAPI KEMELESETAN EKONOMI


(DATUK SHAHRIR SAMAD)

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah menstruktur semula subsidi minyak bagi mengurangkan defisit negara sebagai persediaan menghadapi risiko tinggi kemelesetan ekonomi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad berkata langkah ini berikutan krisis subprima yang dihadapi Amerika Syarikat sekarang yang diramal mengakibatkan kemelesetan ekonomi, yang dijangka merebak ke seluruh dunia.

"Dengan ini adalah lebih baik kita bersedia dengan kemungkinan ini, dengan mengukuhkan pengurusan fiskal kerajaan demi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal teguh dalam mengharungi cabaran global kelak.

"Jika sistem subsidi tidak distruktur semula, tahap defisit bajet kerajaan akan melambung tinggi lebih 6 peratus tahun ini demi menanggung subsidi yang besar berbanding 3.1 peratus yang disasarkan bagi 2008.

"Tahap defisit tinggi dapat ditampung kerajaan dalam jangka masa pendek namun ia hanya perlu dilaksanakan oleh kerajaan bila negara menghadapi kemelesetan ekonomi," katanya semasa membentangkan usul kenaikan harga petroleum dan barangan.

**********************************************************************

Pemerhati politik berpendapat walaupun kerajaan membuat penerangan atau penjelasan bertimbun-timbun, namun bagi golongan yang berdegil atau "mind set" nya sentiasa mahu menidakkan apa yang dibuat oleh kerajaan, akan tetap membangkangnya.

Yang lebih berbahaya lagi, golongan ini termasuk pembangkang menggunakan "kesempatan daripada kesempitan" rakyat untuk kepentingan diri mereka sendiri. Mereka inilah golongan yang kaya raya dan tinggal dalam rumah banglo. Ada yang mempunyai tanah beribu hektar yang diperolehi ketika berada dalam kerajaan tetapi mengutuk kerajaan setelah permohonan untuk mendapat lagi tanah tidak dilayani.

No comments: