Monday, June 23, 2008

SECEBIS MAKLUMAT TENTANG ISLAM HADHARI

Oleh Pemikir Negara

Penjelasan Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Islam Hadhari kepada ahli dewan amat jelas dan tepat sekali.

Islam Hadhari bukanlah rekaan ataupun idea baru mahupun mazhab baru.

Islam Hadhari merupakan pendekatan dan tindakan bagi membolehkan negeri dan negara keseluruhannya mencapai wawasan 2020 yang dihasratkan oleh Pucuk pimpinan Dato' Seri Abdullah hj Ahmad Badawi. Menolak Islam Hadhari bererti mereka tidak memahami konsep dan matlamat yang dihasratkan oleh pimpinan kepada seluruh umat dalam negara tanpa mengira warna kulit, kaum, bangsa dan keturunan.

**********************************************************************************
Bagi pandangan saya, pembangkang hanya mengkritik Islam Hadhari cara membabi-buta tanpa mengira, meneliti serta menganalisis 10 prinsip yang terkandung dalam Islam Hadhari.

Mereka juga tidak mencadangkan kepada kerajaan pendekatan yang patut diambil oleh kerajaan walaupun Islam Hadhari telah menguntungkan rakyat terutama di luar bandar. Ini kerana Islam Hadhari mengamalkan pendekatan atau konsep yang mudah dihayati oleh setiap lapisan masyarakat.

Pembangkang menarik perhatian ahli Dewan Rakyat kepada potongan ayat Al-Quran yang tidak dibaca oleh Menteri ketika menyokong kepentingan Islam Hadhari yang lengkap dan sempurna. Bagi mereka, kesilapan itulah yang perlu digunakan sepenuhnya untuk "membelasah" Menteri sedangkan mereka tahu kesilapan itu tidak disengajakan.

Sepatutnya mereka harus berbangga ada pemimpin UMNO yang boleh menerangkan kepentingan Islam Hadhari termasuk membaca ayat-ayat Al-Quran sebagai dalil untuk memperkuatkan hujjah. Ini berbeza dengan PAS yang menggunakan ayat Al-Quran untuk kepentingan peribadi dan politik yang sangat memualkan.

Saya berharap pembangkang akan insaf dan bertaubat. Jangan menggunakan kepandaian kita untuk memutarbelitkan orang lain untuk menyokong dan menghayati perjuangan mereka.

No comments: