oleh : Mat Sirat
Kalau tidak salah pengamatan saya, MP Rantau Panjang - PAS dalam soalan tambahan beliau menanyakan apakah langkah-langkah kerajaan untuk menurunkan harga minyak dan mempertahankan stok barangan harian yang semakin berkurangan.
Jauh di sudut hati dan kotak pemikiran ini, saya tertanya-tanya apakah MP Rantau Panjang - PAS ini terlupa atau sengaja tidak mahu memahami situasi tentang perkara asas ekonomi yang berkisar tentang minyak mentah dunia. Yang menyebabkan harga naik bukannya kerajaan, terlalu besarkan fungsi kerajaan dalam perdagangan antarabangsa sehingga berkuasa untuk menrunkan harga minyak?
Walaubagaimanapun, MP Johor Bharu - BN (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) tetap memberikan jawapan yang baik kepada soalan yang berkualiti rendah itu terutamanya tentang perancangan dan muhasabah penguatkuasaan setakat ini (28,031 pemeriksaan) dalam OPS HARGA (dari 9 - 16/6/08) terhadap pengilang, pengeluar dan sebagainya sehingga peniaga pasar malam.
MAT SIRAT - TIADA KOMEN... TENTANG MP PASIR PANJANG - PAS YANG HILANG UPAYA UNTUK BERFIKIR SEBELUM MENGEMUKAKAN SEBARANG PERTANYAAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment