Oleh ATH
Tindakan MP Datuk Aniffah Aman menyokong tindakan SAPP terutama Presidennya, Datuk Yong Teck Lee, sukar untuk saya memahami rasionalnya. Ini kerana sebagai anggota BN, walaupun bebas untuk menyuarakan pandangan, namun beliau harus berhati-hati agar tidak memburukkan lagi keadaan. Yang lebih penting tindakannya itu menyokong usaha untuk menjatuhkan pemimpin negara yang dipilih oleh rakyat.
Sebenarnya, umum tahu bahawa rasa tidak puas hati Datuk YTL itu disebabkan isu peribadi yang tidak ditunaikan tetapi dijadikan agenda untuk memburuk-burukkan pemimpin utama negara. Yang lebih malang, beliau menggunakan medium politik untuk mengheret ahli-ahli parti untuk menyetujuinya. Namun, bukan semua pihak yang bersetuju dengan beliau tetapi YTL tetap berkeras untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya.
Oleh itu, tindakan Datuk Aniffah amat dikesali kerana beliau tidak menjiwai semangat setiakawan BN yang menagih mereka untuk bersatu menghadapi sebarang dugaaan. Ini bukan isu tidak puas hati terhadap kepentingan rakyat tetapi lebih kepada kepentingan peribadi yang diperjuangkan oleh YTL.
Datuk Aniffah sepatutnya memahami keadaan ini dan tidak menyokong membabi-buta sehingga boleh memburukkan keadaan. Tindakannya itu juga akan menyebabkan rakyat memandang serong terhadap pemimpin utama sedangkan majoriti tidak bersetuju dengan pandangan itu.
Wira berpendapat Ahli Parlimen itu tidak wajar bertindak seperti "membaling batu, sembunyi tangan" atau pun "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
Wednesday, June 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment