Oleh ROZILAN SALLEH
(WARTAWAN UTUSAN)
APA sudah jadi? Hasrat penduduk Se- langor menikmati air percuma seperti dijanjikan kerajaan negeri mulai bulan ini, hanya akan diketahui selepas mereka menerima bil masing-masing tidak lama lagi.
Meskipun kadar 20 meter padu yang di- janjikan percuma itu bersamaan RM11.40 bukanlah satu nilai yang besar hatta bagi golongan berpendapatan rendah sekalipun, namun dalam keadaan suasana tidak menentu akibat kenaikan harga minyak ketika ini, pemberian air percuma itu tetap dinanti-nantikan.
Namun perkembangan semasa apabila kerajaan negeri dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mula saling menuding jari mengenai air percuma itu, timbul persoalan sejauh mana janji pembangkang sebelum mereka berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu, mampu dikotakan.
Terbaru apabila Syabas dengan tegas kelmarin (9 Jun) menolak terma dan sya- rat pembayaran yang dikemukakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) berhubung pemberian air percuma itu atas alasan akan menjejaskan aliran tunai dan operasi syarikat berkenaan.
Syabas menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan tidak berpuas hati dengan cadangan KDEB yang mahu supaya pembayaran bil air secara percuma kepada para pengguna negeri itu dilakukan selepas rancangan penstrukturan semula sistem bekalan air di negeri itu siap sepenuhnya pada September ini.
Empat hari sebelum itu, Syabas memaklumkan akan mengeluarkan bil air kepada 1.5 juta pengguna meter padu di Selangor seperti biasa tanpa sebarang penurunan atau potongan subsidi sehingga ada arahan bertulis daripada kerajaan negeri dan Pusat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun memberi jaminan rakyat Selangor akan menikmati kemudahan air percuma itu bermula bulan ini dan menyatakan permasalahan antara pihak-pihak berkaitan berhubung pemberian air percuma yang timbul, telah diselesaikan dan hanya timbul salah faham.
"Ini adalah kerana terdapat persoalan mengenai siapa yang mengeluarkan arahan kepada Syabas memandangkan kita melakukan ini menerusi KDEB. KDEB adalah anak syarikat milik Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penyusunan semula industri air di negeri itu," jelas Abdul Khalid.
Berdasarkan kadar semasa, pengguna perlu membayar 57 sen bagi setiap meter padu untuk 20 meter padu pertama, manakala RM1.03 setiap meter padu bagi 20 meter padu berikutnya.
Bagaimanapun, antara 200,000 hingga 300,000 penghuni rumah bertingkat awal-awal lagi sudah dinafikan hak mereka seolah-olah bukan penduduk Selangor apabila kerajaan menawarkan bekalan air percuma itu hanya untuk pengguna meter individu.
Sedangkan kebanyakan penghuni rumah bertingkat itu terdiri daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang mendiami flat dan pangsapuri. Untuk membolehkan mereka turut menikmati air percuma itu, penghuninya perlu menukar meter kelompok kepada meter individu.
Namun penukaran meter itu memerlukan campur tangan kementerian berkaitan untuk dilaksanakan, kerana pemasangan meter individu di semua flat dan pangsapuri hanya boleh dilakukan selepas mendapat kebenaran Perbadanan Pengurusan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bagi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, beliau sememangnya sudah menjangkakan masalah itu pasti akan timbul kerana sudah pasti Syabas tidak akan bersetuju memandangkan perjanjian Syabas dengan kerajaan negeri dan Persekutuan, tidak melibatkan penstrukturan semula sistem bekalan air di Selangor.
Bersetuju"Oleh itu kalau ada bekalan air percuma pun, ia bergantung kepada struktur baru, itupun kalau bersetuju dengan kadar harga yang baru," ujarnya.
Beliau berpendapat jika ketika ini kerajaan negeri menerusi KDEB perlu membayar RM17 juta sebulan kepada Syabas sebagai pampasan, jumlah itu di- anggarkan meningkat kepada RM22 juta selepas tarif baru berkuat kuasa September ini.
"Tetapi berapa pun jumlahnya, kerajaan negeri kena bayarlah, tambahan pula Tan Sri Khalid dan Dr. Hassan Ali (Pe- ngerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor) sudah memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN), rebat akan dibayar dalam bil mulai Jun.
"Kalau mereka tidak beri air percuma, mereka membuat penipuan dalam dewan, sebagaimana dia tipu mengenai Is- lam Hadhari kata tidak cakap, pada hal dia ada berkata begitu, kita hendak tengok sejauh mana mereka bersandiwara," kata Mohamad Khir.
Baginya, kerajaan negeri masih boleh menjelaskan bayaran itu memandangkan Abdul Khalid sebagai seorang bekas tokoh korporat yang mendakwa dirinya bukan sahaja yang terbaik di Malaysia malahan juga di peringkat antarabangsa, sudah tentu mampu mengatasi masalah itu. Keputusan sudah dibuat, takkan RM17 juta tidak boleh cari, saya tidak nampak ada masalah, kerajaan negeri perlu beri air percuma, Barisan Nasional menyokong cadangan itu," ujarnya.
Ekoran itu, semua kira-kira 1.5 juta pengguna di Selangor yang layak mendapat be- kalan air percuma itu, menurut Mohamad Khir, tidak perlu menjelaskan bayaran sebanyak RM11.40 sekiranya bil air mereka mulai bulan ini, masih tercatat jumlah yang tidak ditolak itu.
Belum sampai 100 hari mentadbir, ternyata Pakatan Rakyat yang sebelum ini mendakwa berhasrat menjadikan Malaysia negara kebajikan sekiranya diberi mandat memerintah, kini mula mengenali 'tidak mudah mengotakan janji-janji indah'.
Itu belum menyentuh soal lain termasuk cukai pintu apabila Abdul Khalid awal-awal lagi seolah-olah menyerah kalah apabila memaklumkan tidak akan me- nurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 8 Mac lalu atas alasan keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap yang memuaskan dan langkah itu akan menambah beban kerajaan negeri dan mengurangkan hasil.
Sepatutnya kerajaan negeri perlu mencari atau memikirkan setiap pendekatan dan kaedah yang sesuai untuk melaksanakan janji berkenaan kerana rakyat dan bukan menabur janji memberi 'gula-gula' semata-mata mahu memegang tampuk pemerintahan negeri.
Apa pun ketika penduduk Selangor mengharapkan pemberian air percuma itu akan menjadi kenyataan, mereka juga seharusnya bersedia dengan alasan yang akan diberi kerajaan negeri jika ia tidak berlaku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
masalahnya bukan kerajaan Selangor tidak mahu menunaikan janji tetapi agensi yang membekalkan air itu yang degil. Ini mungkin kerana masih ramai lagi saki baki orang Be End yang ingin mensabotaj untuk mengagalkan hasrat kerajaan Selangor. Bukankah MB dah umum nak berikan air percuma. Jadi bagi pihaknya dia ingin menunaikan janji tetapi masalahnya duri dalam daging iaitu Syabas. Sepatutnya Syabas sebagai agensi di bawah kerajaan akur dengan arahan kerajaan yang memerintah hari ini. Bukankah patuh pada government of the day dicanangkan oleh Be End juga?
Satu lagi masalahnya ialah apabila kerajaan persekutuan tidak sehaluan dengan hasrat kerajaan negeri-negeri. Jika kerajaan persekutuan juga dari Pakatan Rakyat maka besar kemungkinan sebahagian besar janji pilihanraya dapat ditunaikan. Ini baru lebih kurang seratus hari memerintah, sedangkan Be End yang memerintah 50 tahun pun gagal menaikkan taraf hidup rakyat melainkan untuk mengisi tembolok sendiri.Rakyat masih lagi mengemis di negeri sendiri, itulah hasil pemerintahan Ermmmmmmm.... NO!!!!!!!!!
Post a Comment