Wednesday, June 25, 2008

PENGUASAAN BAHASA INGGERIS OLEH ANAK-ANAK WARGA KEMAS DIALU-ALUKAN

oleh : PPJ

Senator Menteri, Tan Sri Muhamamad Muhd Taib, telah memaklumkan kepada Dewan mengenai prestasi KEMAS untuk mendedahkan anak-anak warga luar bandar kepada penguasaan ilmu termasuklah Bahasa Inggeris. Keseluruhannya sebanyak 14,301 anak-anak warga KEMAS telah mencapai tahap cemerlang dalam menguasai asas-asas Bahasa Inggeris, selebihnya adalah di tahap baik dan berkembang.

Inisiatif Menteri amat membanggakan kerana ilmu boleh diperolehi dengan banyak cara tetapi akan lebih luas lagi sekiranya seseorang itu menguasai satu atau lebih bahasa asing. Falsafah Kementerian Luar Bandar menepati program dan aspirasi nasional yang akan membolehkan tiap anak Malaysia khususnya warga Kemas diberi ruang dan peluang untuk meneroka ilmu yang boleh dicungkil dari bahan-bahan terbuka yang terdapat dalam akhbar, internet, perpustakaan bergerak dan juga RTM 1, RTM 2, BERNAMA dan lain-lain lagi.

Wira Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Menteri kerana langkah ini walaupun nampak kecil tetapi sungguh besar maknanya. Kesanggupan kerajaan menyiapkan peruntukan untuk tujuan ini pasti memberi pulangan positif dari segi jangka panjang. Untuk makluman pembaca, program-progrma ilmu demikian yang dilakukan negara-negara terutama Afrika atau pun di pelusuk negara seperti Laos, Cambodia yang melibatkan NGO antarabangsa dan badan-badan agama di Malaysia, kementerian sendiri yang mengambil berat dengan sikap keprihatinan tinggi demi kebaikan rakyat.

Tahniah kepada YB Menteri.

No comments: