oleh : ATH
Terima kasih di atas pandangan yang diberikan oleh Angahsp. Saya mencadangkan agar saudara dapat membaca ulasan oleh pakar-pakar berikut supaya kita lebih memahami akan risiko cadangan MP Shah Alam seperti berikut:
1. Pakar kewangan Islam, Datuk Dr. Nik Norzrul Thani berkata memang benar Petronas telah menjalinkan kerjasama dalam kerja-kerja cari gali minyak dengan syarikat asing sejak sekian lama seperti Shell, tetapi kerjasama itu terbatas dengan peraturan sedia ada yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini kerana Malaysia tidak pernah membuka peluang cari gali sewenang-wenangnya kepada syarikat asing. Beliau seterusnya mengatakan "Sumber minyak Malaysia semakin terhad dan tidak nampak cadangan yang dikemukakan itu (oleh MP Shah Alam) logik untuk dilaksanakan. Lagipun tidak nampak mengapa perlu sumber yang semakin mahal itu dieksploitasi oleh syarikat asing.
2. Seorang lagi pensyarah Ekonomi UUM, Haim Hilman Abdullah berkata "mengapa negara perlu memberi peluang kepada syarikat-syarikat asing sedangkan Petronas mampu melakukannya". Petronas telah membuktikan keupayaan dan mencatatkan kejayaan tersendiri dalam industri minyak negara sehingga mendapat pengiktirafan sebagai antara syarikat minyak yang menguntungkan di dunia.
Saya masih ingat pepatah peribahasa Yahudi, "sesiapa yang menguasai tanah, dia menguasai negara" dan kita semua tahu takrif tanah itu termasuk apa yang ada di dalam bumi dan di atasnya. Kita perlu berfikir dan bertindak secara strategik. Barulah kepentingan negara dan rakyat terpelihara. Terima kasih Petronas.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment