Monday, June 30, 2008

SISTEM MERITOKRASI UNTUK PILIH PELAJAR

Oleh Pemikir Negara

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, memaklumkan kepada Dewan bahawa sistem meritokRasi diguna pakai dalam pemilihan pelajar-pelajar yang layak ke IPTA.

Sistem ini berkesan dan bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar berkelayakan tidak tertinggal untuk meneruskan cita-cita mereka untuk menimba ilmu ke tahap tertinggi.

Dalam hubungan ini, Timbalan Menteri memaklumkan bahawa buat masa ini faktor gender timbul dalam proses mendapatkan pelajar-pelajar yang layak ke IPTA.

Kini, didapati lebih banyak pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang berkelayakan ke IPTA. Keseluruhannya nisbah pelajar perempuan dengan pelajar lelaki adalah 3:1 atau dalam peratusannya 60%:40%.

Penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri ini perlu di ambil berat oleh ahli dewan khususnya dan juga warga Malaysia amnya. Setiap keluarga harus mengambil tahu implikasi nisbah ini. Kita perlu menganalisa dan memastikan bahawa jika boleh, nisbah gender ini dapat sampai ke tahap 50%:50%.

Timbalan Menteri sebenarnya ingin memberitahu bahawa keluarga harus memberi perhatian kepada anak lelaki mereka supaya mencapai kelayakan yang setanding dengan anak-anak perempuan mereka pada masa akan datang.

Untuk makluman, fenomena gender ketara juga di negara-negara lain termasuklah di Eropah dan Amerika.

No comments: