oleh : Pemuda Malaysia
Langkah Perdana Menteri memotong elaun semua Menteri dan Timbalan Menteri adalah satu tindakan yang wajar dan murni. Ini menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Y.A.B. Datuk Seri Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi terhadap masalah yang menimpa rakyat. PM juga mengeluarkan beberapa arahan lain yang diharap dapat mengimbangi masalah kenaikan minyak di pasaran global.
Kerajaan telah memainkan peranan untuk bersama-sama rakyat menghadapi kesusahan. Pengumuman oleh PM mengenai pemberian rebet tunai yang dibayar lebih awal juga adalah salah satu usaha terpuji kerajaan untuk membantu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Kerajaan pusat bukan seperti kerajaan negeri Selangor yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Ini kerana ketika mengumumkan pemberian rebet tunai, PM mengatakan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan ini kepada semua rakyat(tanpa mengira parti) yang memiliki kenderaan 2000cc ke bawah bagi kereta dan bagi motor adalah sehingga 250cc. Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pula mengeluarkan kata-kata sinis kepada rakyat yang menyokong BN bahawa jika tidak mahu air percuma boleh menghantar nama ke pejabat Menteri Besar.
Jelas di sini bahawa kerajaan negeri Selangor tidak bersungguh-sungguh dalam memberikan air percuma kepada semua rakyat di Selangor, sebaliknya memainkan sentimen politik kepartian dalam isu pemberian air percuma. Namun, saya menasihatkan rakyat Selangor agar tidak terlalu mengharapkan pemberian air percuma oleh kerajaan negeri selangor kerana berita terbaru mengatakan SYABAS telah menolak aku janji yang dihantar oleh KDEB. Sungguh, saya amat bersimpati kepada rakyat Selangor yang diperintah oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu menunaikan. Tetapi, apa boleh buat lain kali sebelum memangkah fikir dahulu kemampuan sesebuah parti itu.
Kembali kepada kerajaan Pusat, terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada PM kerana sanggup bersusah bersama rakyat. Saya yakin akan ada banyak lagi mekanisme atau langkah-langkah akan diambil oleh kerajaan yang dapat membantu meringankan beban rakyat Malaysia dalam meneruskan kelangsungan hidup.
Terima kasih kerajaan BARISAN NASIONAL...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment