Thursday, March 26, 2009

Undang-Undang Lindungi Raja

Sumber: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 25 Mac - Raja-raja Melayu perlu terus dilindungi termasuk mewujudkan satu set perundangan bagi melindungi institusi itu.Wakil Puteri UMNO Perlis, Huzaini Abdul Hamid berkata, ia bertujuan untuk menguatkan lagi institusi beraja yang menjadi benteng dan tonggak kekuatan orang Melayu.
Katanya, cadangan itu berikutan wujudnya sentimen bagi mengecam, memfitnah dan memburukkan institusi beraja walaupun ia sudah termaktub di bawah prinsip keluhuran Perlembagaan Negara.

"Mengambil kira situasi ini, adalah wajar jika sebuah set perundangan diwujudkan bagi melindungi kedaulatan dan kemuliaan institusi raja- raja Melayu di negara ini.''Set perundangan ini sudah wujud di beberapa negara jiran seperti Brunei dan Thailand termasuk di Sepanyol dan Belanda. "Oleh itu, ia relevan untuk dilaksanakan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO pada Persidangan Perwakilan pergerakan berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Menurut Huzaini, parti pembangkang tidak boleh sewenang-wenangnya mempersoalkan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara apatah lagi ia melibatkan isu sensitiviti kaum tertentu.Katanya, perkara itu sudah pun diterjemahkan dalam bentuk provokasi mempersenda dan memperlekehkan institusi beraja negara ini.

Dalam perbahasan itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran menimbang supaya mewajibkan mata pelajaran sejarah di peringkat seawal sekolah rendah.Selain itu, beliau juga turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan forum antara kaum bagi membincangkan kepentingan di antara kaum majoriti dan minoriti di negara ini.
*********************************
Tulip Desa
Tulip sangat bersetuju dengan cadangan tersebut bagi memastikan institusi raja-raja Melayu terus dilindungi dan dipertahankan. Kemelut politik di Perak kerana kederhakaan Nizar Jamaluddin kepada Sultan , mengingatkan Tulip dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempunyai agenda yang serupa untuk menggulingkan Kerajaan dan Institusi Raja secara kekerasan. Nizar Jamaluddin merupakan boneka Nga dan Ngeh (DAP) untuk menjadikan Malaysia ini sebagai negara republik.
Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan lambang warisan Melayu yang diamanahkan menjaga wasiat berkaitan 7 perkara berikut:-
Persekutuan dikenali dengan nama Malaysia
Islam ialah agama Persekutuan
Raja Melayu ialah pemerintah dan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing
Rejimen Askar Melayu hanya untuk Orang Melayu
Tanah Simpanan Melayu
Bahasa Melayu
Kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain
Bayangkan apa jadi sekiranya, negara tidak mempunyai Raja. Mungkin negara kita masih tidak dapat menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran seperti Negara Kemboja. Mungkin kita akan menjadi sebuah negara seperti Congo yang sentiasa berbunuhan di antara satu puak dengan puak yang lain, walaupun mempunyai warna kulit yang sama. Bagaimana dengan negara kita yang pelbagai kaum yang mempunyai perbezaan dan berlainan cara hidup. Justeru itu, wajarlah kuasa dan kekebalan Institusi Raja diperkuatkan yang menjadi benteng kepada Orang Melayu. Malangnya kini, ramai Orang Melayu yang sanggup menderhaka kepada sultan kerana mereka tidak memahami sejarah dan perlembagaan negara. Fikir-fikirkanlah.

No comments: