Monday, March 23, 2009

Pembangkang hina Sultan, Mufti

TAIPING 22 Mac - Pakatan pembangkang diminta berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang di sekitar kawasan ini.Tegasnya, pakatan pembangkang sepatutnya berkempen secara budiman dan bukannya menggunakan taktik kotor seperti itu.
''Nasihat saya kepada pembangkang, hentikanlah kerja-kerja berunsur jahat ini kerana ia tidak memberi keuntungan malah merendahkan lagi martabat Islam dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain Sultan dan Mufti Perak, terdapat kain rentang yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu.Menurut Rosli, pihaknya telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang yang menghina Sultan dan Mufti Perak.Sementara itu, ditanya dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Asmuni Awi bahawa perbuatan menghina Sultan dan Mufti itu dilakukan oleh BN, Rosli menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.
Tegasnya, Pas sudah tidak ada idea sehingga terpaksa menuduh BN melakukan perbuatan tersebut sedangkan selama ini BN terbukti tidak pernah menggunakan taktik kotor seumpama itu.
''Mereka yang biasa buat kerja macam ini, dulu cakap Pas itu Islam dan Islam itu Pas dan siapa undi Pas masuk syurga.''Saya percaya ini kerja Pas sendiri. Orang berak tepi jalan mana hendak mengaku,'' katanya.Beliau berkata, BN tidak takut dengan laporan polis yang dibuat oleh Pas kerana tidak bersalah.

Sumber: Utusan Malaysia (23 Mac 2009)

*************************************
Citra Adora:

Pakatan pembangkang masih mengekalkan tradisi mereka dengan berkempen secara tidak sihat dan bertaktik kotor. Agenda memfitnah dan memburuk-burukkan personaliti individu tertentu dan pemimpin kerajaan menjadi mainan mereka sejak dahulu lagi bagi meraih sokongan pengundi serta meracun pemikiran rakyat.
PAS selaku parti yang dicerminkan sebagai sebuah parti Islam seharusnya tidak melakukan perbuatan seperti ini mahupun bersekongkol dengan parti-parti komponen pembangkang lain yang begitu rakus menghina Raja Melayu (Sultan Perak) dan Mufti Perak. Perbuatan ini jelas semakin merendahkan martabat Institusi Raja, orang Melayu dan agama Islam khususnya.
Matlamat dan perjuangan PAS kini dilihat seolah-olah sebagai boneka parti PKR dan DAP kerana PAS menurut sahaja arahan serta telunjuk pakatan pembangkang itu.

1 comment:

Anonymous said...

berapa org y baca banner2 tu sumer? nk banding ngn jumlah org y tgk TV3duku, berita hairan ngn utusan melayau. lagi banyak org yang tertipu ngn dakyah2 media KERAjaan...sudahla...jgn bodohkan rakyat lagi...cukup2la...