Wednesday, March 18, 2009

Karpal Singh tidak kebal undang-undang

Oleh: Citra Adora
Ketua parti DAP, Karpal Singh tidak habis-habis bercakap lantang mengenai institusi raja berperlembagaan. Dilihat beliau seboleh-bolehnya ingin meruntuhkan institusi raja-raja Melayu dan membiarkannya berkubur. Tidakkah beliau sedar institusi raja-raja Melayu adalah merupakan payung dan lambang warisan negara ini? Lambang sebuah negara yang berdaulat?

Acap kali Karpal Singh mencabar dan menghina sultan dengan kenyataan-kenyataannya yang mengguris hati serta sanubari orang Melayu yang begitu mendokong institusi raja-raja Melayu. Beliau bercakap tentang undang-undang kononnya bahawa beliau begitu arif dengan undang-undang negara. Tetapi kini lihatlah, beliau sendiri telah didakwa di mahkamah kerana mengeluarkan kenyataaan berbaur hasutan dalam satu persidangan media berkaitan Paduka Seri Sultan Perak. Jangan perasan dirinya kebal kerana memegang status seorang peguam.
Karpal Singh tidak seharusnya menggunakan saluran imuniti sebagai seorang Ahli Parlimen untuk bercakap celupar dengan sewenang-wenangnya. Beliau patut ingat, Ahli Parlimen/wakil rakyat berperanan untuk mengetengahkan isu-isu yang berkaitan kebajikan rakyat dan negara. Bukannya mencetuskan isu yang boleh menggugat keharmonian masyarakat.


No comments: