Wednesday, March 18, 2009

Pakatan pembangkang bawa budaya lompat parti

Oleh: Tulip Desa

Pelbagai dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan kepada Kerajaan berhubung isu Kerajaan Negeri Perak yang diterajui Barisan Nasional. "BN perampas", "BN gila kuasa" dan "BN mengambil Kerajaan Perak secara tidak bermoral dan menggunakan pintu belakang" adalah antara ungkapan yang dibangkitkan oleh Pakatan Pembangkang untuk mempengaruhi rakyat Perak bahawa Kerajaan Perak yang diterajui oleh Nizar Jamaluddin masih sah.

BN mengikut saluran yang betul berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak. Sebenarnya 2 ahli DUN PKR dan seorang ahli DUN DAP yang keluar parti dan menggelar diri mereka BEBAS berpunca daripada hilang keyakinan kepada kepimpinan MB dan parti masing-masing. Mereka bukannya lompat parti.

Jika pakatan pembangkang melihat ahli mereka keluar parti sebagai usaha BN secara 'pintu belakang', mereka perlu ingat bahawa cara itulah yang diperkenalkan dan merekalah yang mempromosikan "lompat parti" apabila Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim melompat parti daripada UMNO ke PKR sebelum kembali semula kepada UMNO. Budaya melompat parti ini adalah idea DSAI yang pernah berjanji akan mentadbir Malaysia pada 16 September. Tulip melihat pakatan pembangkang bijak mengeksploitasi kelemahan mereka dengan menyalahkan Kerajaan Barisan Nasional sebagai punca masalah yang berlaku di Perak.

Tulip sedih dengan sikap segelintir rakyat Bukit Gantang yang begitu taksub menyokong pakatan pembangkang yang secara terang-terangan membawa budaya tidak bermoral "lompat parti" dan menghalalkan pakatan pembangkang menghina institusi raja. Apa nak jadi dengan bangsa melayu kita? Insaflah.

No comments: