Friday, March 27, 2009

Jangan pandang Khairy sebelah mata

Sumber: www.Malaysian-@Day.blogspot.com

Bahana mempermaikan agama, Husam tersungkur buat kali kedua
SAYA adalah antara yang hadir awal pada Wacana Politik Transformasi Politik Negara yang diadakan di Dewan Besar Balai Islam Lundang yang mesemejakan Naib Presiden Pas Husam Musa yang juga exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan tokoh akdemik Prof. Abdul Aziz bermoderatorkan Prof. Madya Mohd Agus Yusoff.Kebetulan pada kerusi yang saya duduk, dikelilingi oleh para penyokong Pas fanatik. Mereka bercakap tentang kemustahilan Khairy akan hadir, kononnya tidak akan berani berdepan dengan tokoh sehebat Husam.
Ada yang kata kalau Khairy hadir, beliau akan dipecat dari Umno macam Datuk Zaid Ibrahim kerana hadiri majlis anjuran PKR.Ada yang sampai sanggup potong jari, malah rela dipotong tengkok kalau Khairy berani hadir. Terdetik di hati saya betapa masih ramai orang Pas yang tidak cukup dakwah, yang terseleweng dan tergelincir dari tujuan menjadi orang Pas serta tujuan berpolitik dan berparti politik bersama Pas.Pada perkiraan saya pada waktu itu, sama ada Khairy akan hadir atau tidak hadir, orang Pas fanatik akan melihat Khairy mengarut dan Husam yang akan serba hebat kerana orang Pas memang telah mefanatikan diri masing-masing supaya melihat orang lain 'debek' belaka, hanya orang Pas sahaja yang serba 'perfect'.
Kebetulan yang paling akhir datang adalah Khairy, mungkin itu politik Khairy untuk membuat kejutan, biar orang Pas sangkakan beliau tidak mungkin berani datang akhirnya akan terlopong dan kemunculannya.Bila Khairy muncul, penyokong Pas yang tadinya sanggup bertaruh potong jari dan potong tengkuk melaung kuat supaya Khairy masuk Pas. Dewan juga mula riuh rendah dengan gangguan bertujuan untuk memperlekeh dan menggangu emosi Khairy. Terbukti Khairy mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan mantap.Ketika Khairy memukaddimahkan ucapannya dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan lancar pada hemat saya (saya bekas pelajar sekolah agama yang turut mengaji tentang ilmu tajwid) penyokong tadi melaung kononnya bacaan al-Quran Khairy tidak tepat.Bagi saya laungannya itu penuh prejudis kerana Khairy bukan orang Pas dan orang macam inilah (penyokong fanatik PAS) yang boleh terima bila Lim Guan Eng kononya mahu zuhudkan diri macam Umar Ibnul Aziz sedangkan syarat zuhud itu sendiri kena Islam, kena beriman dan bertaqwa.Islam sahaja tidak menjamin zuhud sebenarnya.
Kenapa mereka terima kezuhudan Ketua Menteri Pulau Pinang?. Jawabnya kerana yang mengatakan demikian adalah Husam Musa yang bagi orang Pas adalah serba perfect.Tidak hairanlah walaupun dari segi hujahnya Khairy lebih unggul berbanding dengan Husam dan Prof. Madya Abdul Aziz, namun penonton yang sebenarnya tidak patut menghadiri majlis ilmu seperti itu dilihat sama seperti ceramah politik atau persembahan dikir barat terus melihat hanya tokoh Pas yang hebat.Jerangkap samar yang dipasang oleh Khairy tentang Hudud yang pada jangkaan saya akan menimbulkan huru-hara kepada Pakatan Rakyat, terutama DAP yang tidak pernah setuju dengan Islam telah membuatkan Husam dalam kedaan muka penuh kecemasan memberi jawapan untuk menyeronokan penonton yang tidak ada nilai-nilai profesionalisme langsung.Terbukti apa yang dijangkakan telah berlaku.
DAP menentang jawapan Husam tentang hal dan sekaligus memaksa tokoh-tokoh besar Pas termasuk Mursyidul Amnya, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa ikut campur membuat kenyataan manakala Presiden Pas Datuk Seri Haji Awang menyatakan beliau akan minta penjelasan Husam tentang perkara itu.Pada saya gara-gara untuk lepas diri dari dimalukan oleh soalan jerangkap samar Khairy dengan memberi jawapan yang sepatutnya presiden yang memberikan jawapannya, PR boleh lebur dan boleh menyumbang kepda kemusnahan kerajaan PR di Perak dan Selangor amnya.
Penyokong-penyokong Pas patut membeli VCD majlis itu dan cuba profesionalkan minda untuk melihat siapa sebenarnya yang lebih hebat. Kepada saya Prof. Abdul Aziz tidak patut jadi ahli panel, cukup hanya Khairy berdepan dengan Husam sahaja.Husam pada penilaian saya pernah tersungkur kepada Annuar Musa pada satu majlis debat yang diadakan di Kuaa Lumpur beberpa tahun lepas yang mana saya juga hadir pada majlis itu atas nama kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan sekali lagi Husam tersungkur di tangan Khairy di Kota Bharu gara-gara terlalu bermain dengan agama yang sepatutnya tidak dipermainkan.
*************************************
Tulip Desa
Memang jelas Pakatan Rakyat semakin lemah. PAS sudah menyimpang jauh daripada perjuangan untuk menegakkan syiar Islam. Hanya menggunakan agama untuk survival politik. Insaflah, wahai penyokong Pakatan Rakyat.

1 comment:

TAAVEEKUN PERAK said...

Ingatlah, agama Islam yang kita anuti hari ini adalah hasil pengorbanan, air mata, darah dan nyawa 125,000 orang Nabi dan 313 orang rasul. Jangan gadaikan hanya kerana semata-mata untuk undi pangkah di kertas pilihanraya sehingga membesarkan perpecahan dan melemahkan Islam serta ummatnya!