Oleh : Pemikir
Peristiwa yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak nampaknya terus bercelaru, haru biru sehingga ada yang sanggup melafazkan kata-kata mengatasi peraturan undang-undang yang digunapakai selama ini. Sanggup maki hamun Paduka Seri Sultan, sanggup menderhaka. Yang peliknya bangsa lain tidaklah keterlaluan seperti bangsa Melayu. Bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin sanggup mohon derhaka pada Paduka Seri Sultan. Jenis apa manusia begini???. Kalau di negeri Arab, individu seperti ini diistilahkan sebagai “baghal” yang tak tahu apa yang dikatakan. Manusia yang tak sedar diri, tidak berpijak di bumi nyata, segala-galanya kerana mengejar kemewahan sehingga manusia yang tidak berpendidikan pun rasa kesal dan dukacita di atas perbuatan yang dilakukan oleh si Nizar. Rumah tak sanggup keluar, kereta Camry pegang kunci, pejabat sampai hari ini pun nak digunakan. Dengan pelbagai masalah dan alasan mengarahkan V. sivakumar supaya mengeluarkan surat pergantungan kepada MB baru dan Exconya untuk menggantung tugas sehingga 18 bulan. 2 hari lepas mengeluarkan surat arahan menggantung Setiausaha Dewan dari menjalankan tugas. Semuanya ini ke arah menunjukkan kebodohannya dan menderhaka kepada Paduka Seri Sultan. Mengikut undang-undang hudud PAS Terengganu Si baghal Nizar, Si Baghal Speaker dan si baghal Karpal Singh boleh dijatuhkan hukum bughah (bunuh) kerana menderhaka kepada Paduka Seri Sultan. Nilailah sendiri khususnya rakyat Negeri Perak.
No comments:
Post a Comment