Monday, March 2, 2009

PAS mahu hapuskan keistimewaan Melayu


PAS pernah berikrar di hadapan persatuan Cina di Terengganu bahawa akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika berkuasa dalam Utusan Malaysia, 15 September 1985. "Ini termasuklah tanah simpanan Melayu, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain dasar yang memperlihatkan semata-mata kepentingan orang Melayu. PAS berjanji semua kaum akan mendapat layanan yang sama rata" ucapan Haji Hadi Awang yang ketika itu menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu di hadapan 300 orang anggota masyarakat Cina di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Terengganu. Mengapa PAS sanggup bercakap sebegitu? Apakah semuanya semata-mata untuk memancing 300 undi sahaja?



Utusan Malaysia, 11 Mac 2008, mukasurat pertama. Tersenyum puas ayah dan anak ini berjaya menjayakan kata-kata Haji Hadi untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru di Pulau Pinang. DEB adalah antara salah satu janji yang pernah diucapkan oleh Haji Hadi Awang pada tahun 1985 lagi. Lim Guan Eng mendakwa DEB sebagai punca kronisme, rasuah dan tidak efisien. Sekarang apa yang berlaku di Pulau Pinang? Bukankah semakin banyak kilang ditutup? Ramai anak-anak Melayu yang terpaksa mencari pekerjaan lain akibat penutupan tersebut. Siapa pula yang menjadi taukeh kilangnya? Sesudah setahun memerintah Pulau Pinang, apakah dengan tiadanya DEB, Pulau Pinang sekarang adalah lebih baik daripada dahulu?

**************************************
Tulip Desa

Memang itulah agenda utama Pakatan Rakyat mahu memansuhkan DEB dan menghapuskan keistimewaan Orang Melayu. Di Pulau Pinang, nasib orang Melayu tidak terbela dan majoriti miskin tegar di Pulau Pinang adalah Orang Melayu begitu juga dengan negeri lain di bawah Pakatan Rakyat . Tiada agenda pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan taraf hidup Orang Melayu. Lim Guan Eng juga mengakui bahawa beliau gagal membasmi kemiskinan di Pulau Pinang.

Ini menggambarkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak berkredebiliti untuk mentadbir negeri apatah lagi negara. Pemimpin Pakatan Rakyat lebih gemar menimbulkan kontroversi daripada melaksanakan manifesto yang dijanjikan dalam PRU ke-12. Baru setahun memerintah, sudah banyak masalah yang timbul, reputasi Pakatan Rakyat dilihat semakin merosot.

Pakatan Rakyat hanya pandai menghamburkan fitnah untuk menarik sokongan penyokong fanatik mereka untuk terus diperbodoh-bodohkan. Yang sedihnya, parti PAS yang memperjuangkan agama kononnya turut bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk memusnahkan bangsa sendiri.Justeru itu, Tulip menyeru agar Orang Melayu bangkit untuk mempertahankan keistimewaan Orang Melayu supaya tidak terus diancam. Apa akan jadi dengan nasib cucu-cucu kita apabila keistimewaan melayu dihapuskan. Mereka akan menjadi terpinggir dan mengemis di negara sendiri. Kita jangan terus lena kerana kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

No comments: