Thursday, March 5, 2009

Mukhriz Cadang Kompromi Dalam Kemelut Di Perak

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir mencadangkan agar kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya "tidak adil" kepada rakyat negeri itu.Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan."Buat masa ini seolah-olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat," katanya ketika ditemubual dalam program "Kerusi Panas" di Radio 24 petang ini.Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.

Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.Mukhriz berkata tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat "sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan" untuk mentadbir negara dengan berkesan."Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan.

Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak," katanya.Mukhriz berkata memandangkan kedua-dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang-undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah.Krisis politik Perak berlanjutan lebih sebulan apabila pakatan DAP, PKR dan PAS tidak dapat menerima bahawa kerajaan negeri itu diambil alih BN pada 6 Feb lalu ekoran tindakan empat wakil rakyatnya yang keluar parti.-- BERNAMA
**************************************************************************************
PutriMalaysia
Betul apa yang dikatakan Mukhriz. Rakyat Perak pun dah bosan bila isu nih nak setel......Ini akan memburukkan kepercayaan rakyat terhadap demokrasi di Malaysia. Adakah akan wujud kesepakatan yang boleh selesaikan kemelut politik di Perak. Sama-sama lah kita nantikan....

No comments: