Monday, March 16, 2009

MP Puchong Memang Kurang Ajar

Oleh: Pemikir

Sidang Parlimen pagi ini 16 Mac 2009, Ahli Dewan membahaskan usul Ahli BN terhadap MP Puchong yang membuat tuduhan-tuduhan liar ke atas MP Pekan bersabit kes rakyat Mongolia.
Tindakan MP Puchong itu adalah satu yang serius dan Dewan perlu mengambil tindakan tegas terhadap MP yang melanggar tatasusila Dewan. MP Muar dengan penuh semangat menganggap bahawa MP Puchong tidak sensitif kepada persepsi rakyat. Rata-rata pembangkang didapati kerap melanggar peraturan Dewan.
Ucapan MP Muar diganggu oleh MP Ipoh Barat (DAP) tetapi Tan Sri Speaker telah meminta MP Ipoh Barat duduk. MP Permatang Pauh pun seperti biasa mengambil kesempatan untuk memanaskan ahli-ahli pembangkang beliau.
MP Permatang Pauh ini sudah jadi seperti lawyer pula di dalam Dewan tetapi nampaknya beliau ini dah mula menurun dari segi penerimaan ahli-ahli Dewan. Lim Kit Siang dan Karpal Singh menggunakan taktik lama untuk menolak usul yang dikenakan ke atas sahabat mereka dari Puchong.
Setelah perbahasan selesai, Speaker Dewan Rakyat memberi MP Padang Rengas (Menteri) untuk menggulung. Dewan memutuskan untuk menerima usul BN dengan suara terbanyak.
Pemerhati berpendapat bahawa MP Puchong sedang menghadapi tekanan jiwa. Beliau ini perlu diperiksa mentalnya kerana sebagai lawyer dia tidak perlu biadap. Dewan jatuh nilainya apabila ada MP seperti Gobind Singh Deo yang sepatutnya menggunakan otaknya dengan bijak demi kepentingan pengundi-pengundi Puchong. Malangnya MP ini lebih suka bergaduh daripada berbuat baik. Jika tidak dikawal orang seperti ini boleh menyulitkan perpaduan kerana budaya kata mengata sudah melebihi batas.
Adalah wajar bahawa tindakan undang-undang diambil terhadap MP-MP yang biadap.

No comments: