Thursday, March 12, 2009

Bajet Mini 2009: Pakej Rangsangan Ekonomi RM60 Bilion

Oleh: Citra Adora

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM60 Bilion bagi merangsang ekonomi negara seperti yang telah dibentangkan oleh TPM merangkap Menteri Kewangan, Datuk Sri Najib Tun Razak di Parlimen pada 10 Mac lalu.
Pakej rangsangan ekonomi kedua ini dibentangkan selepas empat bulan pembentangan pakej rangsangan ekonomi pertama dahulu dengan peruntukan sebanyak RM7 Bilion. Peruntukan sebanyak RM60 Bilion ini merupakan jumlah yang terbesar dalam sejarah negara.
Tujuan utamanya adalah untuk merangsang kegiatan ekonomi negara dan mengelak daripada terjejas teruk ekoran daripada krisis kemerosotan ekonomi dunia paling buruk dalam tempoh 70 tahun.
Penumpuan pakej adalah terhadap empat perkara teras iaitu mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, meringankan beban rakyat, membantu sektor swasta dan membina keupayaan masa depan.
Pakej yang menitikberat kebajikan rakyat ini akan dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

No comments: