Tuesday, March 17, 2009

Dato' A. Samad Said berfikirlah sebelum menderhaka kepada bangsa sendiri!

Oleh: Pemikir

Sasterawan Dato' A. Samad Said merupakan seorang yang sangat taksub dalam apa jua bidang yang diceburi. Beliau merupakan satu novelis terbilang dan cemerlang, berjaya menghasilkan buku-buku masyhur seperti Salina yang saya tatapi semasa Tingkatan Enam pada tahun 1967. Beliau menghasilkan banyak buku-buku lain yang menjadi bahan teks sekolah pada tahun 1960-an.
Novelnya yang bertajuk Sungai Mengalir Lesu yang memaparkan kedaifan orang Melayu juga menjadi hits di dalam dunia sastera kebangsaan.
Sejak kebelakangan ini beliau menjadi lebih sensitif tentang nasib orang-orang Melayu. Oleh sebab perasaan ini tidak dapat dihayati oleh masyarakat, beliau mencari saluran lain untuk membuat ekspresi tentang nasib orang-orang Melayu. Malangnya beliau ini telah menggunakan saluran yang tepat baginya tetapi tidak bagi majoriti sasterawan-sasterawan Malaysia baik Cina atau India. Menggunakan Harakah dan parti politik seperti PAS dan DAP menjatuhkan martabat beliau sebagai sasterawan no. 1 Malaysia. Mungkin beliau dijanjikan sesuatu oleh pembangkang tetapi adalah dirasakan bahawa tindakan beliau yang luar dugaan ini merugikan beliau sendiri, negara dan Melayu.
Pemerhati berpendapat bahawa Dato' A. Samad Said sedang masuk satu fasa yang dinamakan kebingungan. Beliau sudah tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan lagi. Dalam erti kata lain beliau menghadapi penyakit amnesia belum sampai tahap nyanyuk yang sangat ditakuti oleh semua orang selepas umur 60 tahun.
Untuk makluman A. Samad Said, Nabi Ibrahim alaihissalam didatangi malaikat menyerupai seorang yang nyanyuk serta tua. Kita semua tidak mahu ini berlaku kepada diri kita. Tambah-tambah lagi apabila sudah mahu sampai masa untuk bertemu Tuhan.
Insaflah wahai Dato' dan kembalilah kepada alam celik dan sanity supaya Dato' disanjung dunia dan akhirat. Apa yang kerajaan nak buat dari segi penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains patut dialu-alukan kerana rakyat Malaysia akan menghadapi anjakan paradigma yang drastik di samping memerlukan penguasaan bahasa-bahasa seperti Inggeris, Arab, Mandarin, Spanish, Jepun, Perancis, Rusia, Jerman banyak lagi.

6 comments:

Admin said...

A. Samad Said dan Ramlang Porigi adalah mangsa yang sama kerakusan politik pembangkang!

taipingmali said...

ini lah jadinya jika seseorang itu tidak menyediakan minda untuk waktu tua,

anak-anak adalah penting dalam membantu minda tua kita.

Sebagai seorang yang dihormati kita harus bijak mengawal emosi tua kita

Anonymous said...

Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

“Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris,” tegas A Samad.

“Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,” ujar pejuang bahasa itu lagi.

“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah bahasa Inggeris,” kata A Samad ketika berucap pada program Gema Rakyat, “Isu PPSMI, Kita Pantang Berundur”.

Program tersebut diadakan di Dewan Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, di sini, malam tadi.

Ketika memulakan ucapannya, A Samad membuat satu peringatan yang menggamatkan suasana dewan yang dipenuhi kira-kira 1,000 orang hadirin itu. “Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno,” ujarnya, seraya mendapat tepukan gemuruh dan teriakan takbir oleh para hadirin.

Dalam ucapannya yang diselang-selikan dengan pendeklamasian puisi itu, A Samad terus membuat penegasan bahawa beliau tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak, sebaliknya hanya dimanfaatkan.

“Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, belia turut menegaskab bahawa hanya dua buah parti yang mampu menyelamatkan keadaan semasa iaitu PAS dan KeADILan.

“Dalam keadaan semasa saya melihat hanya PAS dan KeADILAN yang boleh menyelamatkan orang Melayu. Sekiranya orang Melayu merasakan teraniya, sokonglah dua parti ini,” katanya lagi.

Selain itu, A Samad menjelaskan bahawa beliau akan meneruskan perjuangan untuk menyelamatkan bahasa Melayu dalam program “Kembara Kasih bahasa”.

“Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya.

“Saya bersedia kembali ke negeri Kedah ini dengan syarat anda semua bekerja untuk menumbangkan pemimpin-pemimpin yang sombong,” ujarnya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.

Program berkenaan dianjurkan oleh Teras Pengupayaan Melayu (Teras) dan Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah.

Setiausaha Potik Menteri Besar Kedah, Mohd Sanusi Mod Noor telah menyampaikan ucapannya mewakili Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid dan Setiausaha GMP, Hasni Abas turut menyampaikan ucapan. Majlis juga diselang-selikan dengan bacaan puisi oleh penyajak, Pak Salleh Bakar, tokoh sastera, Azizi Haji Abdullah dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kassim.

Anonymous said...

By: pemerhatiAngle. on Mac 17, 2009
at 12:06 am



Kalau A.samad said diangkat menjadi wakil rakyat…. akulah orang pertama yg akan doakan dia menang…. dan skrg pon aku org pertama doakan semoga dia akan dilantik menjadi wakil rakyat untuk PRU akan datang…..”Amiiiiinnnn”

By: Chapsaa on Mac 17, 2009
at 12:32 am



a.samad adalah saorang yang real, sudah dapat melihat apa yang ada dalam umno itu. nanti seluruh rakyat malaysia akan menjejaki a.samad said.

umno kini saperti sabuah kapal yang hampir karam, maka mana manusia yang ada didalamnya cepat-cepatlah keluar untuk menyelamatkan diri, masuk kekapal baru…..PR.

By: mohtar on Mac 17, 2009
at 12:42 am



Yeahh hidup Pak Samad.

Hari tuh dia dtg ceramah kat tmpat aku sebelum demo ppsmi tu bermula.

Ketika itu barulah aku sedar PPSMI nih akan jadi wabak tuk generasi kita akan dtg jika kita tak ubah.

Selain tuh dia membaca puisi2 lama sekitar tahun 1996.Terharu beb tgk dia depan mata.

Tapi untuk entri nih.Wahh Pak Samad said lebih radikal dari partisan2 nih.Teruskan perjuanganmu Pak Samad.Hapuskan UMNO dan RAJA2 melayu supremacist nih keluar dari bumi Malaysia nih.

Lagi satu tak guna Pak Samad cabar puak UMNO nih.Gerenti UMNO kecut telur nyer.UMNO hanya terer menipu, menipu, persen, sub con2 nih jer.

Lagi pelik puak2 PEKIDA rasis nih.Kata hidup melayu, Tapi masa PPSMI hari tuh langsung takde.Kiwak nyer PEKIDA.

PEKIDA nih pun salah satu ancaman pada gerakan menuju ke negara ber’Republik’.PEKIDA atau PUKIDA nih dah sampai tahap kacau org.

Tapi disebabkan akhli2 PEKIDA nih pon bodoh lembu cm UMNO gak.Hahaha…Small matter la nak hadap org2 yg takde otak nih.Hahaha…

PEKIDA, SULTAN dan UMNO is Republikan enemy.

Beware!!!

By: REPUBLIK PEOPLE OF MALAYSIA on Mac 17, 2009
at 2:55 am



“Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu”

Aku sangat terkesan dgn kata2 Pak Samad tu. Aku rasa sebak. Terasa banyak kebenarannya. Hanya mereka yg berjiwa kerdil saja yg akan menafikan kebenarannya.

Sungguh. Selepas merdeka dulu, Umno ajak org Melayu tolak tulisan jawi. Kononnya negara2 maju kat dunia nie semuanya menggunakan huruf romanis. Kononnya, kalau bangsa Melayu nak maju, kita kena bertukar kpd huruf Romanis.

Tapi bila aku dah berumur 40 tahun & sampai ke negara Jepun, China & Korea Selatan, baru aku sedar rupanya negara2 tu masih menggunakan tulisan tradisional mereka, padahal negara2 tu jauh lebih maju drp Malaysia.

Kini Umno nak ajak pula kita buang bahasa Melayu dgn alasan yg sama. Maaf la, kali nie aku tak kan terpedaya lagi. Aku dah sampai kat Jepun, China & Korea tu. Tak semua org kat situ mampu bertutur BI macam rakyat Malaysia.

Belajar BI tak salah. Tapi kemajuan tak ada kena mengena dgn kebolehan bertutur BI. Jika setakat pandai bertutur BI tapi minda tertutup & berjiwa kerdil, memang la org/bangsa tu tak kan mencapai kemajuan!

By: gegala on Mac 17, 2009
at 7:38 am



Bila Penjajah British meninggalkan Tanah Melayu sekitar tahun 60han dahulu. British dah begitu yakin yg dia telahpun meninggalkan warisan Ideologi penjajahnya kepada segerombolan orang2 melayu yg akan menyambung watak2 penjajahnya. British semasa menjajah dulu telah memunggah hasil mahsul negara dibawak balik kenegaranya. Gerombolan warisan British mengaut hasil negara milik rakyat masuk kekantungnya. British memang berbahasa Inggeris. Gerombolan warisan suka bahasa Inggeris.
Kalau dikaji semula, sebenarnya kita masih dijajah, dan yang menjajah itu dikepalai oleh org melayu. Untuk bebas dari penjajahan Baru ini kita perlu ada org, seperti Dr.Burhanuddin Alhilmy, Ahmad Bustamam, Pak Sako, Ibrahim Yaakob, dll, tetapi bukan seperti mereka yg mengasaskan Gerombolan Warisan.

By: kucing kota on Mac 17, 2009
at 9:11 am



Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah

Majlis Maulid Di Pusat Pengajian Ba’alawi, Kemensah
Assalamu’alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh

Tarikh: 21 Rabi’ul Awwal 1430H/ 18 Mac 2009 (Rabu)

Lokasi: Pusat Pengajian Ba’alawi, No 9, Jalan UP2A, Prima Ukay, Kemensah. (belakang Zoo Negara)

Tetamu Khas: Habib Kazim as-Seggaf (dari Tarim, Hadramaut), Habib ‘Ali Zainal ‘Abidin al-Hamid dan Tuan Guru Baba Abdul Aziz

Aturcara:

Sholat Maghrib berjemaah
Bacaan Ratib al-Haddad
Bacaan Maulid - Diyaul Lami’
Ceramah oleh Habib Kazim
Qasidah
Ucapan oleh Tuan Guru Baba Abdul Aziz
Ijazah Bacaan Dhiya ul Lame’ oleh Habib Kazim
Tertib al-Fatihah oleh Habib ‘ali Zainal ‘Abidin al-Hamid
Sholat Isya’
Jamuan

Muslimin dan Muslimat di jemput hadir. Dan sila panjangkan jemputan ini kepada kenalan tuan-tuan/puan-puan.

http://pondokhabib.wordpress.com

By: shafifah on Mac 17, 2009
at 9:43 am



ha inilah bangsa melayu tulen yang mantop kasih dan sayang pada bahasa ibunda tak mendaulatkan bahasa lain. syabas pak samad.

kita boleh belajar banyak bahasa dan menguasainya tapi ibunda tetap di sanjung dan diucapai sepanjang hidup. Bahasa melayu boleh jadi bahas dunia jika kita menjulangkannya…. \\ingat setinggi2 manapun cenderawasih terbang akhirnya dibelakang unta juga hinggapnya.

sama2 le kita fikirkan. yap

By: tong kosong on Mac 17, 2009
at 10:01 am



Aku bangga dengan Pak Samad…Dia betul2 ikhlas memperjuangkan bahasa rasmi kita, yang sekarang terang2 dah jatuh no 2 jadi 2nd language!

Syabas Pak Samad!

By: 1st Class Honours on Mac 17, 2009
at 10:01 am



Ini soal bahasa…sebab tu Pak samad sanggup turun padang…mempertahankan bahasa…itu sahaja…
sebab pak samad turun padang kerana kesian anak anak melayu kampung yang gagal menguasai bahasa inggeris…macamana anak bangsa nak lulus periksa kalau bahasa inggeris diguna pakai…sian bebudak yang ibubapanya tak pandai inggeris…kerajaan kena ambil berat perkara ini…janganlah asyik mempertahankan benda yang tak betulll.silap silap perkara ini dipanaskan dlam pilihanraya pulak…
baru jadi besar macam paklah kata tu…

tukar lah pada melayu…tak rugi

By: globalmalau on Mac 17, 2009
at 11:35 am



keberanian dah mula terpancar.. yg lain2 kenapa masih bdiam??? apakah pangkat&harta yg kamu miliki akan mbawa kepada kebenaran sejagat?? hanya kebangkitan yg akan dapat mnegakkan kebenaran dan mhapuskan kebatilan… usahlah jadi pak angguk zaman bzaman..jadilah pak samad..yg berani pada kebenaran..

By: pemuda perak on Mac 17, 2009
at 11:48 am



Pak A Samad Said,

Cikgu Mohd Azmi,

antara orang2 yang memang saya kagum. Lebih2 lagi A Samad Said.

Kalau dulu kita banyak mendengar beliau mengajak kita berjuang dengan karya2nya. Kini beliau sendiri yang mengetuai penentangan ini..

Alhamdullilah..

By: malaysianunited on Mac 17, 2009
at 1:56 pm



Bravo pak samad..
Kami cikgu kat sekolah sokong pak samad..
Budak2 yg kelas hujung bukan ajaq sains dan mate tapi diajar translation la pulak…
Cikgu pun jd mangsa diugut pula dgn elaun BISB ..
kalu tak guna BI dlm P%P mate dan sains tak boleh ambk elaun tu .. Haram kata depa.. kesian saya tgk cikgu yg jadi mangsa la pulak..

Pak samad tak dak parti mai join parti saya .. bukan parti politik tapi parti tupperware je ..

By: cikgu syon on Mac 17, 2009
at 2:54 pm



Seri sedih baca komen Pak samad, seri nangis. Seeri ni cikgu tau… seri tengok seri, kwn2 seri dan murid-murid seri teraniaya dengan PPSMI ni? Sebenarnya kaum guru memang ramai sangat yang menentang PPSMI ni. Kami tak mampu dah bersuara, Pak Samad. Masa demo PPSMI seri terharu sambil nangis tengok perarakan untuk hantar memo tu, seri sedih tengok orang tua mcm Pak Samad kena sembur dengan water cannon . Seri minat Pak Samad masa seri sekolah menengah lagi…. Seri ada baca sajak Pak Samad . Seri tak sangka Pak samad mmg ada semangat juang yang tinggi… Seri sayang sangat pada Pak Samad dan Prof Hasan Ahmad yang bertungkus lumus pejuangkan Bahasa Melayu. Inilah hak keistimewaan orang melayu iaitu BAHASA MELAYU….
Sapa nak pejuangkan kalau bukan kita….? Nak harap orang UMNO yang tiap-tiap tahun angkat keris sambil jerit “Hidup Melayu ! Hidup Melayu” kat PWTC tu? Benci seeri….(tak kuasa !)

Sapa-sapa nak berkongsi pendapat dengan seri emailah seeri ye…

seeridewimalam04@yahoo.co.uk

By: Seeri on Mac 17, 2009
at 3:39 pm



ini semua aku copy paste tanda sokongan kepada bijak pandai,bukan bodoh piang macam puak puak UNITED MUNAFIQIN NATIONAL ORGANISATION

Anonymous said...

banyak alasan merepek diberi untuk membantah PPSMI.

tapi buat baik dengan dap tak pa pula. walhal dap memang sah nak hapuskan melayu.

haprak betul puak melayu pr ni. cakap berbelit-belit.

rumusannya ialah nak kuasa saja. ppsmi hanya dijadikan isu saja.

Anonymous said...

sedihnya tengok negara Malaysia sekarang ni. Isu bahasa pun boley dimainkan. bukan ke banyak lagi yang perlu kita fikirkan. Sikap orang Melayu yang boleh dikesan sekarang ni lepas lahirnya blog untuk luahan perasaan ni adalah: makin kurang ajar, makin celupar, derhaka pada sultan, cakap nak mencarut je dan macam-macam lagi sifat keji. tak tau lah apa nak jadi. Dunia nak kiamat kot. Semua fikirkan duniawi je. ape pun ni pun luahan hati seorang rakyat Malaysia juga. kadang-kadang malu dengan sifat manusia yang semakin menjelekkan ni. mana pergi budi bahasa dan pekerti mulia ,mesra ,dan sifat-sifat mahmudah yang lain. siapakah yang salah dalam perkara ini.???tepuk dada tanya selera. tp hati ini macama nak meletup rasanya,mata ni nak menagis rasanya bila hari-hari baca kat blog orang fitnah orang, kutuk mengutuk,caci mencaci dan ada yang teruk lagi mencarut. Tolonglah rakyat Malaysia.Sedarlah....Bangkit dari lenamu enamu dan Kembalilah ke jalan yang benar.