Sumber: Http://rajahmas.blogspot.com
Sejak ketidakseimbangan politik pembangkang berlaku setahun lalu, hampir keseluruhan masalah dalaman parti ditutup dengan alasan sabotaj atau konspirasi BN/UMNO. Seolah-olah semua pendedahan yang dibuat diada-adakan dan bertujuan untuk menjatuhkan wakil-wakil dan para exco mereka terutamanya PKR. Hakikatnya ia adalah kebiasaan dan budaya pemimpin-pemimpin PR bagi melindungi kelemahan dan keburukan yang sentiasa mengiringi cita-cita politik mereka untuk membentuk sebuah kerajaan pusat yang baru.
Berapa peratuskah rakyat Malaysia yang menginginkan kebenaran dalam dunia politik? Berapa peratuskah pula yang sanggup berkompromi dengan sikap tidak jujur sesetengah pemimpin biarpun mengetahui pendedahan yang dilaporkan oleh media elektronik dan media cetak di negara kita sukar untuk disembunyikan?
Mana yang betul, rakyat memilih ketelusan sesuatu parti atau rakyat inginkan kehebatan propaganda parti tertentu dalam politik?
Melihat keadaan sekarang, sebahagian rakyat lebih cenderung untuk memilih satu pakatan parti yang hebat dan popular dengan propaganda politik mereka. Buktinya, rusuhan yang berlaku di Perak menentang Sultan dan kerabat di raja. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, rakyat bangkit sebegini biadap menentang sultan hanya kerana ingin membela seorang ahli politik. Di manakah kita berada sekarang, di negara yang mempunyai Raja Berpelembagaan ataukah di sebuah negara Republik?
Mungkin Pakatan Rakyat sudah lupa sikap wakil-wakil mereka yang terperangkap dengan pelbagai masalah peribadi dan perlakuan serta sikap yang mementingkan diri sendiri. Bagaimana semua yang didedahkan ini boleh dikaitkan dengan BN/UMNO?
DS Anwar Ibrahim: Penasihat PKR dan Ketua Pakatan Pembangkang (kes liwat Saiful Bukhari). Kes dilaporkan oleh mangsa sendiri beserta sumpah laknat, sedangkan Anwar sehingga sekarang tidak berani berbuat demikian melainkan menuduh Saiful bersekongkol dengan Datuk Seri Mohd. Najib. Pengadu – Saiful sendiri.
DS Nizar: Bekas MB Perak PAS (menentang keputusan Sultan dan mencabar Baginda dengan menyaman MB baru yang dilantik baginda. Menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri seperti hak persendirian pada ketika beliau tidak lagi diiktiraf sebagai orang yang berkuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri). Yang membuat keputusan menolak kerajaan Pakatan Rakyat – Baginda Sultan Perak.
Tan Sri Khalid: MB Selangor PKR(tuduhan penyalahgunaan kuasa beliau dalam urusan penyelenggaraan kenderaan peribadi beliau dan juga pengagihan lembu korban oleh PKNS di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak). Yang mengambil tindakan – SPRM
Mohamad Fairus Khairuddin: TKM Pulau Pinang PKR (Adun Penanti seringkali menjadi percakapan dan buah mulut masyarakat tempatan seperti beliau tidak cekap mengurus pentadbiran,selalu lewat menghadiri program negeri,mesyuarat dan suka buat pembatalan sesuatu keputusan di saat - saat terakhir.Juga dikatakan panas baran. Hubungan dengan staff dan pegawai bawahannya amat renggang) Yang memaksa meletakkan jawatan sebagai exco – keputusan dibuat sendiri.
Elizabeth Wong: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar. ADUN Bukit Lanjan PKR (tersiarnya gambar bogel dan cerita tentang kehidupan bebas dengan lelaki misteri dalam bilik tidurnya sendiri) Yang menyebarkan gambar aib beliau sehingga mendorong kepada perletakan jawatannya – Kekasih Gelapnya sendiri yang pasti bukan orang UMNO.
V. Arumugam: Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India. ADUN Bukit Selambau PKR (Didakwa terlibat dengan skandal seks sehingga melahirkan seorang anak dengan seorang wanita yang bukan isterinya) Pengadu - sekumpulan 500 penduduk di Sg. Petani, Kedah, beserta memorandum protes terhadap beliau yang diserahkan kepada Setiausaha Sulit DYMM Sultan Kedah.
Jamaluddin Mohd. Radzi: ADUN Behrang PKR (kes mahkamah rasuah, konflik dalaman dengan PKR pusat). Yang mendorong keluar daripada menjadi wakil PKR – Atas kesedaran sendiri kerana tidak mahu lagi bersekongkol membelakangkan kepentingan dan hak-hak orang Melayu di negeri itu.
Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu: ADUN Changkat Jering PKR (kes mahkamah rasuah, konflik dalaman dengan PKR pusat). Yang mendorong keluar daripada menjadi wakil PKR – Atas kesedaran sendiri kerana tidak mahu lagi bersekongkol membelakangkan kepentingan dan hak-hak orang Melayu di negeri itu.
Kita tunggulah sedikit masa lagi. Akan ada kejadian keluar parti oleh pemimpin-pemimpin PR yang tidak pernah lekang dari masalah dalaman parti. Itupun, mereka sering mengaitkannya dengan konspirasi BN/UMNO.
Beginikah cara kepimpinan yang beretika dan rasional dengan kebolehan meletakkan semua kelemahan ke atas pihak lain? Bagaimana kita boleh memilih parti/pakatan yang mempunyai sikap seperti ini sebagai pentadbir negara kita?
1 comment:
Ingatlah, agama Islam yang kita anuti hari ini adalah hasil pengorbanan, air mata, darah dan nyawa 125,000 orang Nabi dan 313 orang rasul. Jangan gadaikan hanya kerana semata-mata untuk undi pangkah di kertas pilihanraya sehingga membesarkan perpecahan dan melemahkan Islam serta ummatnya!
Post a Comment