Monday, March 23, 2009

NIZAR GUNAKAN ISU PEMECATANNYA PENGARUH PENDUDUK P059

Oleh: Tulip Desa
Mantan MB Perak, Nizar Jamaluddin sedang giat memulakan kempennya dengan menjaja cerita bahawa beliau masih belum menerima surat pemecatan sebagai MB Perak. Nampaknya mantan MB Perak ini tidak memahami Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Beliau menggunakan isu tersebut untuk mengelirukan penduduk di Parlimen Bukit Gantang seolah-olah beliau teraniaya untuk mengukuhkan lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Perak tidak sah. Nizar cuba meraih simpati rakyat dengan melemparkan pelbagai tohmahan kepada Kerajaan.
Isu ini sepatutnya tidak timbul sekiranya beliau memahami Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Nizar Jamaluddin wajar taat kepada titah yang diputuskan oleh Sultan tetapi beliau sengaja derhaka dengan menganggap dirinya masih Menteri Besar.
Sultan telah berlaku adil dengan memberi beliau masa untuk berfikir supaya melepaskan jawatan. Namun beliau tetap berdegil kerana beranggapan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar masih sah di sisi Undang -Undang Tubuh Negeri. Siapakah beliau dibandingkan Ke Bawah DYMM Baginda Sultan di sisi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak?
Mantan MB Perak secara terang-terangan telah melanggar sumpah beliau sebagai ADUN untuk taat setia kepada Sultan seperti dalam Perkara 47 (1). Sebaliknya, beliau sanggup mohon derhaka kepada Sultan semata-mata untuk memenuhi impian dan harapan DAP.
Sultan tidak sama sekali memecat MB sebaliknya apabila seorang MB sudah tidak mendapat sokongan majoriti maka Undang-Undang Tubuh menyatakan beliau wajib meletak jawatan MB. Justeru itu, Tulip mengharapkan pengundi di kawasan Trong, Kuala Sepetang dan Changkat Jering , usah termakan muslihat yang dimainkan oleh pembangkang. Orang Melayu perlu bersatu menentang musuh yang mahu menghancurkan Orang Melayu melalui dalang seperti mantan MB Perak ini.

No comments: