Tuesday, March 10, 2009

Tiara Pengetua AF7


KUALA LUMPUR: Pelakon dan penggiat teater, Datin Seri Tiara Jacquelina (gambar) mencipta sejarah baru dalam Akademi Fantasia (AF) apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai pengetua. Teka-teki pengetua AF musim ketujuh yang menjadi tanda tanya sejak sebulan yang lalu terjawab menerusi episod pertama Diari Akademi Fantasia yang disiarkan di Astro Ria jam 9 malam tadi. Pelantikan penerbit berusia 41 tahun itu melenyapkan pelbagai spekulasi yang timbul sebelum ini antaranya pemilihan Datuk Sheila Majid serta beberapa nama lain yang turut disebut-sebut, iaitu Anita Sarawak dan Norman KRU.
Tiara yang ditemui di restoran The Courtyard Garden, Bukit Damansara berkata, tidak ada perbezaan antara pengetua lelaki mahupun wanita. Katanya, wanita juga boleh melakukan apa yang dilakukan golongan lelaki. “Tiada ada yang mustahil dan aneh apabila saya dilantik sebagai pengetua wanita yang pertama. Saya cuma berharap dapat meninggalkan legasi selepas AF7 berlalu.
Bharianonline
...............................................................................................................................................................................................

Setelah lama penantian akhirnya umum ketahui juga siapa yang menjadi Pengetua Akademi Fantasia musim ke-7. Malam tadi terungkailah segala persoalan setelah Datin Tiara Jacquelina dilantik sebagai Pengetua AF7. Satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana merupakan pengetua wanita pertama yang dilantik. Wira mengucapkan tahniah kepada beliau dan nampaknya pilihan Astro kali ini adalah tepat dan kena dengan kredibiliti Tiara sebagai insan yang banyak pengalaman dan menerima penganugerahan dalam dalam bidang hiburan. Semoga beliau berjaya men'transformasikan'kan pelajar-pelajar AF7 dengan gayanya tersendiri....Syabas dan Selamat Maju Jaya dari Wira.......

No comments: