Thursday, March 19, 2009

Pakatan Rakyat = Pakatan Rapuh

Oleh: Tulip Desa

Perang poster di beberapa tempat di DUN Kuala Sepetang, Trong dan Changkat Jering sudah bermula walaupun hari penamaan calon belum diumumkan. Pakatan pembangkang menerusi jentera pilihan raya sibuk menampal poster-poster yang memburukkan Kerajaan Barisan Nasional. Isu Altantuya, pembentukan Kerajaan BN di Negeri Perak dan pelantikan Menteri Besar Perak adalah isu yang menjadi tumpuan pakatan pembangkang untuk meracuni pemikiran penduduk Bukit Gantang. Pada pandangan mereka isu tersebut mudah digula-gulakan dan dapat membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Kerajaan sekaligus menutup kelemahan pakatan pembangkang yang sebenarnya tidak mendapat sokongan daripada ADUN Perak.

Kerajaan campuran di negeri Perak hanyalah manage of convinion.Dasar dan polisi dalam pentadbirannya berbeza. Muafakatan pakatan pembangkang ini bersandarkan kepada matlamat untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Jika Berjaya menjatuhkan Barisan Nasional, sudah pasti hala tuju mereka haru biru kerana masing-masing mempunyai agenda dan ideology yang berbeza. Ini terbukti apabila DAP menolak impian PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menjadikan Malaysia Negara Islam.

Kenyataan pemimpin-pemimpin mereka yang bercanggah menggambarkan mereka tidak boleh bersatu dan bekerjasama untuk mentadbir Negara. Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengambil tindakan saman terhadap sultan bercanggah dengan Ketua pakatan pembangkang DSAI yang menyatakan tidak akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak. Karpal juga menyatakan DSAI adalah pemimpin yang tidak bermoral kerana membenarkan budaya melompat parti.

Kepada pengundi Parlimen Bukit Gantang P059 harus bersatu dan menolak pakatan pembangkang yang jelas mahu menjadikan Malaysia sebagai republic melalui konsep Malaysian-Malaysia. Justeru itu, sokonglah Kerajaan Barisan Nasional yang ternyata satu pakatan yang kukuh dan terbukti selama 51 tahun memerintah Malaysia sejak zaman Perikatan yang memerintah di bawah satu dasar perkongsian kuasa antara kaum.



No comments: