Monday, March 23, 2009

NIZAR TUDUH UMNO HANYA " BERNILAI 3 SEN "

Oleh: Pemikir
Semasa dalam kempen pembangkang yang diketuai oleh Dato' Seri Nizar di Trong (kaw. Parlimen Bukit gantang) pada malam 18 Mac 2009 beliau membuat tuduhan melulu terhadap kerajaan Barisan national yang telah memerintah dengan jayanya selama 50 tahun. Beliau dengan penuh kebodohan menjerit bahawa UMNO bernilai 3 sen.
Tahukah bahawa dengan dasar UMNO/BN yang kini Nizar mendapat kemudahan menjadi engineer, bekerja dengan kerajaan dan menjadi kontraktor???. Kini beliau sudah seperti kacang lupakan kulit. Beliau sudah masuk penyakit fourth degree iaitu nyanyuk di mana sukar menerima hakikat.
Beliau ini muda dan sudah mula lupa bahawa dapat duduk memanaskan kerusi di Pejabat Menteri Besar buat seketika adalah kerana amalan demokrasi UMNO/BN. Tetapi untuk tujuan berkempen beliau sanggup bermuka-muka menipu rakyat di kawasan Trong.
Pemerhati meminta rakyat Bukit Gantang berhati-hati mendengar putar belit Nizar yang kononnya berpegang kepada Islam yang di bawa PAS. Ingatlah bahawa PAS kini bukan seperti dahulu. PAS sekarang sudah korup dan rosak kerana pemimpinnya terutama di Perak sudah bersifat materialistik dan egois.

3 comments:

anak malaysia said...

BN sebagai sebuah parti yang mentadbir Malaysia selama 50 tahun adalah di-amanahkan oleh rakyat, dan mereka telah mendapat banyak rezeki daripada rakyat ( duit, kuasa, tanah, kehidupan yang mewah dll ). Maka adalah tanggungjawab ahli parlimen dari BN untuk berkhidmat kepada rakyat, sebagai kerajaan, BN perlu sediakan kemudahan pendidikan dan kesihatan yang baik, ini adalah wajib, bukan jasa baik mereka. Kalau ini dianggap sebagai jasa, sesiapa saja dalam Malaysia telah berjasa baik terhadap Malaysia termasuk anda. Bagi saya, pengkianat Malaysia adalah seperti berikut :
1.makan rasuah
2.boroskan duit rakyat
3.bawa jutaan duit Malaysia ke negeri lain ( misalnya Australia )
4.serahkan project kepada kroni
5.pencuri
6.perompak
7.pembunuh
8.perogol
9.penculik
10.salah guna kuasa
11.menindas rakyat

Wira Aeroback said...

wa...berjasa sungguh pemimpin2 BN kat malaysia ni...jasa kt sapa?perut sndiri jer la...hahahahaha.....

TAIPINGMALI said...

Anak Malaysia, tak perlulah perkenalkan nama anda idengan nama Anak Malaysia, sebab kalau anak Malaysia ia akan berfikiran rasional bukan emosional seperti anda, mengulang2 benda yang tidak benar, hanya bijak menuduh tanpa bukti,Tahukan anda bahawa di Asia in tidak ada satu pun negara yang dapat menandingi Malaysia dalam usaha membantu rakyat dan anak-anak sekolah Malaysia menerima 18 jenis bantuan kerajaan.