Oleh: Pemikir
Pembangkang telah menggunakan Datuk Hassan Ahmad, A. Samad Said dan beberapa sasterawan yang tak tahu menahu bahawa mereka ini telah menjadi proksi DAP, PC, PAS untuk menghakiskan kekuatan orang-orang Melayu. Tindakan menggunakan sasterawan-sasterawan ini adalah satu perkara lama yang juga digunapakai oleh parti-parti komunis di Eropah yang mewujudkan NGO-NGO sasterawan untuk menonjolkan ideologi komunisme yang sesat lagi tidak bertujuan.
Yang menyedihkan mereka ini semua pandai berbahasa Inggeris. datuk Hassan Ahmad pernah bertugas sebagai Duta Kementerian Pelajaran ke Paris. Tanpa Bahasa Inggeris beliau mungkin tidak pegang tanggungjawab itu di Paris sebagai wakil Malaysia. Kini beliau dah berpura-pura dan tidak bersetuju dengan PPSMI kononnya Malaysia menyimpang dari tujuan mendaulatkan bahasa Melayu.
Kebebalan Datuk Hassan Ahmad ini memeranjatkan anak-anak Johor yang selama ini ingat bahawa Datuk ini mempunyai minda yang agak luas. Rupanya beliau ini adalah umpama katak di bawah tempurung.
Mudah-mudahan anak cucu Hassan Ahmad ini akan sedar satu masa nanti bahawa apa yang dilakukan oleh beliau bersekongkol dengan DAP,PAS dan PC adalah tidak patriotik kepada bangsanya malahan akan menghanyutkan orang Melayu terus masuk ke Selat Melaka dari Sungai Muar.
1 comment:
Jadi, kalau tidak ada PPSMI maka tidak relevanlah masa depan Malaysia. Ini dah menghina bahasa Melayu dan bahasa-bahasa lain.
Adakah sains dan matematik dalam bahasa Melayu tidak boleh memajukan masa depan negara. Karut. Belajar dari mana ni. Atau rekaan semata-mata.
Ini betul-betul berjiwa pengkhianat. Kalau bahasa Melayu lemah, mari pakat kuatkan. Kalau bahasa Melayu kurang, tambahkan.
Setiap bahasa yang kuat hari ini semuanya bermula dari lemah. Macam manusia juga.
Post a Comment