IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pagi semalam bertindak merobohkan plak peringatan yang dibina di bawah pokok Jemerlang yang menjadi lokasi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 3 Mac lalu.
Plak itu dirobohkan selepas notis yang dikeluarkan oleh MBI tidak diendahkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat di negeri ini. Menurut jurucakap pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, tindakan tersebut diambil selaras dengan notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Undang-Undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bertarikh 13 Mac lalu.
Katanya, plak peringatan terbabit yang berada di rizab jalan di Jalan Persiaran Istana itu didirikan tanpa kebenaran MBI dan sudah diberi tempoh 24 jam kepada pemilik atau pihak yang membinanya supaya meruntuhkan strukturnya dengan sukarela.
"Pembinaannya bercanggah dengan Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974. Segala kos memusnahkannya akan ditanggung oleh pihak yang membinanya,'' kata jurucakap itu kepada Kosmo! semalam.Bagaimanapun, katanya, jumlah kos tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat MBI hari ini.
Sumber: Kosmo (16 Mac 2009)
***************************
Citra Adora:
Pakatan Rakyat tidak seharusnya beremosi dan perlu berlapang dada dengan perobohan plak peringatan Sidang DUN bawah pokok mereka pada 3 Mac lalu. Ini kerana mereka sendiri yang membina batu peringatan itu tanpa kebenaran MBI.
Apabila disuruh roboh, arahan MBI hanya dipandang sebelah mata.Pakatan Rakyat perlu sedar sidang DUN bawah pokok kerajaan pasir berdengung mereka bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan rakyat Perak dan Malaysia amnya.
Rakyat juga kini sudah muak dengan tindak-tanduk mereka yang semakin lama semakin menyesakkan fikiran. Banyak lagi perkara yang boleh PR sumbangkan jika benar-benar ingin berbakti dan berkhidmat kepada rakyat. Bukannya dengan mencipta dan memprovokasi isu-isu murahan.
No comments:
Post a Comment