MARILAH YEOB KITA SYORAT BAWAH POKOK NIH..SAMBIL TUNGGU DURIAN RUNTUH NIH..KEJAP LAGI SPEAKER DATANG BOLEH LA MAKAN DURIAN SAMA-SAMA..
Sumber: http://www.masterdedah.com/
Tulip Desa
Datuk Seri Nizar harus menerima kenyataan bahawa beliau tidak lagi Menteri Besar Perak. Keputusan Sultan Perak tidak boleh dibantah dan diragui kerana sultan membuat keputusan yang adil dan saksama. Tulip merasakan rakyat marhaen tertanya-tanya mengapakah Sultan Perak tidak bersetuju untuk membubarkan Dewan Rakyat setelah diajukan permohonan pembubaran. Tulip pun terkeliru juga dengan isu ini tetapi apabila mendapat penjelasan daripada sumber yang boleh dipercayai, segala kekeliruan dan keraguan pun terungkai. Penjelasannya:
1. Dari sesi Undang-Undang Tubuh Negeri, Sultan Perak mempunyai kuasa-kuasa tertentu seperti dalam peruntukkan Perkara 18 (2b) seperti berikut:
- Sultan boleh bertindak menurut budi bicaranya untuk tidak mempersetujui permintaan bagi membubarkan DUN.
2. Dalam konteks pembentukan negara, pandangan rakyat semata-mata tidak boleh diambil kira kerana ia berasaskan kepada emosi dan persepsi. Pada kebiasaannya, pandangan rakyat bukan berasaskan kepada Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri. Walhal perkara ini tertakluk dan wajib dirujuk sepenuhnya dahulu kepada perlembagaan dan undang-undang.
3. Sultan berlaku adil dengan mengambil kira suasana semasa dalam menyelesaikan kemelut politik di mana Kerajaan Pakatan Campuran telah hilang sokongan majoriti ADUN.
4. Sultan berlaku adil dengan bertemu 28 ADUN BN dan 3 ADUN Bebas secara bersemuka satu demi satu untuk mendapatkan pendirian dan sokongan mereka terhadap BN.
5. Dalam hal ini, Sultan mempunyai 3 opsyen:
a) Membubarkan DUN dan satu Pilihan Raya Kecil Negeri diadakan;
b) Mengadakan undi tidak percaya terhadap Nizar
c) Mengenal pasti dan membenarkan parti yang mendapat sokongan majoriti menubuhkan Kerajaan
"Sehubungan dengan itu, baginda memilih opsyen yang ke-3 iaitu memilih BN yang mendapat sokongan majoriti"
6. Baginda merupakan seorang yang bijaksana, berilmu, berpengalaman dan bekas Ketua Hakim Negara.
4 comments:
ko ingat ko sorang dpt sumber soheh tp owg len x dpt??msia bkn negara monarki mutlak la wei..cmne sultan perkenankn penubuhan kerajaan bru tp dlm mse yg sme kerajaan lame masih berkuasa secara sah..
Hkhaiiiiit Ptuiiiiii....Wira Malaysia sejak bila jadi pakar perlembagaan pulak. Kalau Wira Maskot Malaysia itu aku setuju.
ya..memang Sultan ada kuasa melantik MB baru atau pembubaran. Tetapi Sultan tidak boleh melucut MB...
Buat masa sekarang, tak macam UMNO yg selindung dibawah selimut Sultan..yg pasti semua rakyat yg cerdik & berpelajaran tahu MB sekarnag masih Nizar, kerana mengikut akta dia hanya boleh dilucut dimasa sidang Assembly.
Kalau..yg lama masih MB,buat apa nak MB kedua & dan tidak sah. Najib pun berfikir begitu apabila dia pesan biar Makamah mengesahkan..mengapa dia kata begitu ..sebab dia tahu & ia mengikut undanag-undang.
Biar apa pun..UMNO ini pandai bermain kata..UMNO tuju ini derhaka & sokong Sultan ada kuasa melantik. Tidak salah..tapi yg PR nak tuju maklumat megenai MB lama tidak boleh dilucut kuasa oleh Sultan, UMNO cuba divert attention lain.
Biarlah sedar..siapa lah diantara memang ikut undang-undang ataupun MEMBELI undang-undang.
WHERE IS JUSTICE? JUSTICE MUST BE SEEN AND DONE!
yobpk
Post a Comment