Thursday, March 12, 2009

'Tarik balik imuniti Ahli Parlimen'

DATUK Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) meminta kerajaan menarik balik keistimewaan dan imuniti Ahli Parlimen bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab dan mempunyai akauntabiliti ketika berbahas di Dewan Rakyat. Beliau berkata, sudah tiba masanya keistimewaan dinikmati semua Ahli Parlimen itu ditarik balik bagi mengelak mereka berselindung di sebalik kekebalan untuk melemparkan tuduhan terhadap seseorang yang tidak mempunyai peluang untuk membalasnya. Katanya, keistimewaan itu tidak perlu lagi kerana Raja-Raja Melayu kini sudah tidak mempunyai kekebalan, malah boleh didakwa di mahkamah.

"Tanpa keistimewaan itu, wakil rakyat tetap boleh membangkitkan perkara yang didapati melanggar undang-undang di Dewan Rakyat jika mempunyai cukup bukti. "Wakil rakyat perlu lebih bertanggungjawab dan tidak berselindung di sebalik keistimewaan wakil rakyat jika ada bukti," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2009. Ibrahim turut meminta pemimpin kerajaan dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermuhasabah untuk mencari titik pertemuan mengatasi kegawatan sekarang.
Sumber: Berita Harian
****************************************
Tulip Desa
Tulip melihat segelintir daripada MP menyalahgunakan kekebalan imuniti yang diberikan dengan membuat tohmahan dan memfitnah individu juga Kerajaan. Imuniti yang mereka miliki menyebabkan mereka bebas berbicara dan boleh bercakap apa sahaja. Maka dengan itu, tercetuslah isu Karpal Singh menyaman Sultan Perak dan mengatakan Pemuda UMNO celaka. Mereka berselindung disebalik imuniti untuk mencapai kehendak politik mereka.Tulip berpandangan menarik balik imuniti Ahli Parlimen ada baik dan buruknya. Justeru itu, wajarlah Kerajaan mengkaji semula samada mahu dikekalkan imuniti tersebut atau sebaliknya? Selepas ini, diharapkan MP-MP di Dewan Rakyat akan lebih berkomitmen, dinamik dan proaktif ketika berbahas di Dewan Rakyat.

1 comment:

Jeepers Creepers said...

aku sokong cadangan ini. apa gunanya imuniti jika sekadar membolehkan memaki hamun orang lain. cakap dewan tu mulia tapi boleh pula maki hamun didalam tu.

dimana mulianya dewan itupun aku tak tahu. bagi aku tempat yang mulia hanya masjid dan surau saja.