Friday, March 27, 2009

Jangan pandang Khairy sebelah mata

Sumber: www.Malaysian-@Day.blogspot.com

Bahana mempermaikan agama, Husam tersungkur buat kali kedua
SAYA adalah antara yang hadir awal pada Wacana Politik Transformasi Politik Negara yang diadakan di Dewan Besar Balai Islam Lundang yang mesemejakan Naib Presiden Pas Husam Musa yang juga exco kanan Kerajaan Negeri Kelantan, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan tokoh akdemik Prof. Abdul Aziz bermoderatorkan Prof. Madya Mohd Agus Yusoff.Kebetulan pada kerusi yang saya duduk, dikelilingi oleh para penyokong Pas fanatik. Mereka bercakap tentang kemustahilan Khairy akan hadir, kononnya tidak akan berani berdepan dengan tokoh sehebat Husam.
Ada yang kata kalau Khairy hadir, beliau akan dipecat dari Umno macam Datuk Zaid Ibrahim kerana hadiri majlis anjuran PKR.Ada yang sampai sanggup potong jari, malah rela dipotong tengkok kalau Khairy berani hadir. Terdetik di hati saya betapa masih ramai orang Pas yang tidak cukup dakwah, yang terseleweng dan tergelincir dari tujuan menjadi orang Pas serta tujuan berpolitik dan berparti politik bersama Pas.Pada perkiraan saya pada waktu itu, sama ada Khairy akan hadir atau tidak hadir, orang Pas fanatik akan melihat Khairy mengarut dan Husam yang akan serba hebat kerana orang Pas memang telah mefanatikan diri masing-masing supaya melihat orang lain 'debek' belaka, hanya orang Pas sahaja yang serba 'perfect'.
Kebetulan yang paling akhir datang adalah Khairy, mungkin itu politik Khairy untuk membuat kejutan, biar orang Pas sangkakan beliau tidak mungkin berani datang akhirnya akan terlopong dan kemunculannya.Bila Khairy muncul, penyokong Pas yang tadinya sanggup bertaruh potong jari dan potong tengkuk melaung kuat supaya Khairy masuk Pas. Dewan juga mula riuh rendah dengan gangguan bertujuan untuk memperlekeh dan menggangu emosi Khairy. Terbukti Khairy mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi dan mantap.Ketika Khairy memukaddimahkan ucapannya dengan membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan lancar pada hemat saya (saya bekas pelajar sekolah agama yang turut mengaji tentang ilmu tajwid) penyokong tadi melaung kononnya bacaan al-Quran Khairy tidak tepat.Bagi saya laungannya itu penuh prejudis kerana Khairy bukan orang Pas dan orang macam inilah (penyokong fanatik PAS) yang boleh terima bila Lim Guan Eng kononya mahu zuhudkan diri macam Umar Ibnul Aziz sedangkan syarat zuhud itu sendiri kena Islam, kena beriman dan bertaqwa.Islam sahaja tidak menjamin zuhud sebenarnya.
Kenapa mereka terima kezuhudan Ketua Menteri Pulau Pinang?. Jawabnya kerana yang mengatakan demikian adalah Husam Musa yang bagi orang Pas adalah serba perfect.Tidak hairanlah walaupun dari segi hujahnya Khairy lebih unggul berbanding dengan Husam dan Prof. Madya Abdul Aziz, namun penonton yang sebenarnya tidak patut menghadiri majlis ilmu seperti itu dilihat sama seperti ceramah politik atau persembahan dikir barat terus melihat hanya tokoh Pas yang hebat.Jerangkap samar yang dipasang oleh Khairy tentang Hudud yang pada jangkaan saya akan menimbulkan huru-hara kepada Pakatan Rakyat, terutama DAP yang tidak pernah setuju dengan Islam telah membuatkan Husam dalam kedaan muka penuh kecemasan memberi jawapan untuk menyeronokan penonton yang tidak ada nilai-nilai profesionalisme langsung.Terbukti apa yang dijangkakan telah berlaku.
DAP menentang jawapan Husam tentang hal dan sekaligus memaksa tokoh-tokoh besar Pas termasuk Mursyidul Amnya, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa ikut campur membuat kenyataan manakala Presiden Pas Datuk Seri Haji Awang menyatakan beliau akan minta penjelasan Husam tentang perkara itu.Pada saya gara-gara untuk lepas diri dari dimalukan oleh soalan jerangkap samar Khairy dengan memberi jawapan yang sepatutnya presiden yang memberikan jawapannya, PR boleh lebur dan boleh menyumbang kepda kemusnahan kerajaan PR di Perak dan Selangor amnya.
Penyokong-penyokong Pas patut membeli VCD majlis itu dan cuba profesionalkan minda untuk melihat siapa sebenarnya yang lebih hebat. Kepada saya Prof. Abdul Aziz tidak patut jadi ahli panel, cukup hanya Khairy berdepan dengan Husam sahaja.Husam pada penilaian saya pernah tersungkur kepada Annuar Musa pada satu majlis debat yang diadakan di Kuaa Lumpur beberpa tahun lepas yang mana saya juga hadir pada majlis itu atas nama kakitangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan sekali lagi Husam tersungkur di tangan Khairy di Kota Bharu gara-gara terlalu bermain dengan agama yang sepatutnya tidak dipermainkan.
*************************************
Tulip Desa
Memang jelas Pakatan Rakyat semakin lemah. PAS sudah menyimpang jauh daripada perjuangan untuk menegakkan syiar Islam. Hanya menggunakan agama untuk survival politik. Insaflah, wahai penyokong Pakatan Rakyat.

Keputusan Pemilihan UMNO 2008-2011

Pengerusi Tetap
Datuk Paduka Badruddin Amiruldin – 2272 undi

Timbalan Pengerusi Tetap
Datuk Mohamad Haji Aziz

Presiden
Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak (Menang tanpa bertanding)

Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin – 1575 undi

Naib Presiden
1. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – 1592 undi
2. Datuk Seri Hishammuddin Hussein – 1515 undi
3. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal – 1445

Ahli Majlis Tertinggi
1. Datuk Mustapa Mohamad – 2259 undi
2. Datuk Noh Omar – 2084 undi
3. Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman – 2084 undi
4. Datuk Azian Osman – 2060 undi
5. Datuk Zainal Abidin Osman – 2054 undi
6. Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed – 1854 undi
7. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – 1838 undi
8. Datuk Seri Panglima Lajim Ukin – 1804 undi
9. Datuk Shaziman Abu Mansor – 1705 undi
10. Dr. Mohd. Puad Zarkashi – 1700 undi
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman – 1685 undi
12. Datuk Idris Haron – 1658 undi
13. Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad – 1624 undi
14. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis – 1622 undi
15. Datuk Saifuddin Abdullah – 1619 undi
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad – 1611 undi
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid – 1580 undi
18. Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah – 1529 undi
19. Datuk Hamzah Zainuddin – 1518 undi
20. Datuk Bung Mokhtar Radin – 1517 undi
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin – 1481 undi
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique – 1431 undi
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek – 1377 undi
24. Datuk Seri Idris Jusoh – 1275 undi
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim – 1265 undi

DULU PAS.....KINI DAP SEGALANYA......

Kena jaga.. Kena jaga.. Kita kena jaga..
Hati orang semua kita kena jaga..


Kena jaga.. Hati Cina kita kena jaga..
Kita bagi seribu hektar untuk SK Cina..
Kita bagi tanah 999 tahun juga,
Untuk Kampung Baru Cina..

Kena jaga.. Hati india kita kena jaga..
Dengan Melayu, tanah jangan bagi sesuka..
Takut-takut India pulak terasa..

Kena jaga, hati Melayu kita kena jaga..
Janji palsu kita kena lempar juga..
1001 alasan kena bagi Melayu juga..
1001 fitnah kena tabur kat Melayu juga..
Sebab takut nanti Melayu terasa..


Perlu Berani Berubah-Abdullah

Sumber: Utusan Malaysia, 27 Mac 2009

KUALA LUMPUR 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta ahli- ahli parti itu menanam keazaman ‘untuk berubah’ sambil disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan dalam diri sendiri jika mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa pada pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden UMNO, beliau menegaskan, betapa malangnya jika ramai ahli parti itu masih gagal memahami bahawa UMNO itu adalah ahli-ahlinya sendiri dan selagi mereka tidak berubah, UMNO tidak mungkin dapat berubah.‘Di kalangan kita juga, malah di kalangan yang duduk di atas pentas ini, turut menyuarakan bahawa UMNO wajib melakukan perubahan. ‘‘Apa yang saya ingin dengar adalah suara yang menyatakan ‘aku akan berubah’ lalu disusuli dengan langkah berani melakukan perubahan itu dalam diri sendiri.

‘‘Sedarilah, di luar Dewan Merdeka ini, ramai yang berpandangan bahawa jika UMNO, jika BN tidak berubah, maka pilihan raya ke-12 8 Mac 2008 merupakan kemenangan terakhir kepada BN menubuhkan kerajaan.
‘‘Selepas ini, rakyat di luar dewan ini, tidak akan mengundi kita lagi,’’ tegasnya di Perhimpunan Agung UMNO 2008, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Dalam ucapan kira-kira sejam itu Presiden UMNO turut meminta UMNO melakukan perubahan berani selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal jika tidak mahu menyaksikan hayat parti itu berakhir.

Menurut Abdullah, UMNO kini berada di persimpangan jalan dan laluan yang dipilih nanti akan menentukan sama ada UMNO kekal relevan sepanjang masa atau akan hanya menjadi satu sejarah masa lalu.
Beliau berkata, ada juga yang masih berpendirian bahawa UMNO tidak perlu melakukan perubahan dan percaya UMNO akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama.
Orde lama itu, kata beliau, ialah dengan menyekat dan menghalang kebebasan warganya daripada menyuarakan kritikan.

Mereka, tegas Abdullah, berpandangan UMNO boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu. ‘‘Masih terdapat di kalangan kita yang lebih tertarik dengan cerita-cerita yang menyeronokkan hingga kita menjadi leka, lena dalam ulitan mimpi bahagia,’’ katanya.

Abdullah bimbang, jika laluan lama dipilih ia bukan sahaja membawa UMNO ke belakang malah akan mempercepatkan berakhirnya talian hayat UMNO. Sehubungan itu, kata beliau, untuk terus relevan, UMNO perlu berusaha mencantumkan kekuatan lama yang telah hilang dengan elemen baru yang perlu diterokai.
Tegasnya, kekuatan lama yang telah hilang adalah semangat asal dan komitmen asal kepada perjuangan bangsa dan perjuangan parti.

Justeru, katanya, setiap ahli UMNO perlu menghidupkan kembali semangat berkorban, semangat dedikasi, semangat kesederhanaan, semangat berkhidmat, semangat kemanusiaan dan mempamerkan integriti yang tinggi lagi dihormati. ‘‘Gugurkanlah sifat angkuh yang merasakan diri kita sahaja yang betul, yang merasakan diri kita sahaja yang pandai. Jauhilah amalan rasuah, imbangkan perhatian di kalangan warga keseluruhannya baik yang Melayu dan bukan Melayu demikian juga kepada ahli-ahli parti baik yang menyokong kita atau saingan kita,’’ tegas beliau.

Perdana Menteri turut meminta seluruh ahli UMNO mengambil iktibar daripada loceng amaran yang berdering kuat, yang menuntut setiap ahlinya bertanya ‘apa yang tersilap’ atau ‘kenapa dan bagaimana kita tersilap.‘‘Jawapan spontan saya terhadap persoalan tersebut ialah ‘kita telah gagal mengurus kejayaan kita sendiri’.

‘‘Bahawa kita terlalu mabuk dilambung ombak kejayaan. Bahawa kita menjadi leka diulit gurindam kejayaan. Bahawa kita merasakan diri kita sudah menjadi terlalu kuat. Bahawa kita lebih mementingkan kedudukan kita di dalam UMNO daripada memikirkan kedudukan UMNO di kalangan warga dan di dalam negara,’’ tegasnya.
Keadaan sedemikian, kata Abdullah menuntut ahli-ahli UMNO bermuhasabah, melihat ke dalam diri, meninjau kembali sumber kekuatan selama ini selain memeriksa kelemahan dan kesilapan semenjak akhir-akhir ini.
***************************
Tulip Desa
Pak Lah menyeru supaya ahli UMNO bermuhasabah dan melakukan perubahan diri jika mahukan UMNO terus relevan kewujudannya. UMNO perlukan satu orde baru untuk menghadapi tranformasi dan semangat rakyat yang begitu dinamik di samping cabaran globalisasi yang mendatang. UMNO tidak berada di zon selesa untuk terus kekal sebagai parti yang memayungi rakyat berbilang bangsa jika berada di takuk yang lama. Satu perubahan perlu dilakukan dengan menggabungkan kekuatan lama yang telah hilang semangat perjuangannya dengan orde baru yang perlu diterokai.
Kepimpinan baru UMNO yang diterajui oleh Dato' Seri Najib Tun Razak dan barisan kabinet yang bakal dipilihnya nanti menjadi penentu jangkahayat UMNO agar terus relevan dan dapat mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada UMNO. Justeru itu, Tulip mengharapkan semua kepimpinan Barisan Nasional bersama komponennya menyokong sepenuhnya kepimpinan baru negara agar lanskap ekonomi negara dapat kembali seperti sediakala.

Najib Presiden baru UMNO




KUALA LUMPUR 26 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak diisytiharkan sebagai Presiden UMNO yang baru pada Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Onn Ismail.
Najib, 55, yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden akan mengambil alih kerusi nombor satu parti itu daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Abdullah, 69, memegang jawatan itu sejak Oktober 2004.

Dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden parti, Abdullah turut berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri baru.
Onn turut mengumumkan Datuk Mohamad Aziz sebagai Timbalan Pengerusi Tetap UMNO selepas menang tanpa bertanding.
Sumber: Utusan Malaysia (27 Mac 2009)
**************************************
WIRA: MARILAH KITA MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA DS NAJIB BAGI MENERUSKAN PERJUANGAN UMNO DALAM MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU DAN MEMACU NEGARA MENJADI LEBIH CEMERLANG DI PERSADA DUNIA.

'Pembangkang bukan wali, malaikat'

Dipetik dari UTUSAN

KUALA LUMPUR 26 Mac - Mudahnya hidup sebagai pembangkang. Bebas berbuat apa sahaja, bebas gunakan lidah secara celupar - kerana ada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk dilonggokkan segala kesalahan!

Apa yang mengecewakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ahli UMNO dijadikan 'kotak sampah' untuk dilemparkan segala fitnah yang berpunca daripada perbuatan tidak betul dan salah laku orang lain.

Dalam hal ini, beliau mengakui bukan kesemua ahli UMNO "sejernih air di kolam syurga".
"Saya juga tidak riak untuk mendakwa bahawa setiap ahli UMNO adalah sebersih kain putih dan tidak mempunyai kelemahan.

"Namun ahli UMNO juga bukan kotak sampah untuk dilemparkan segala fitnah yang berpunca daripada perbuatan tidak betul dan salah laku orang lain,'' tegasnya.

Bagaimanapun, Abdullah menegaskan tidak munasabah ahli-ahli dan penyokong parti-parti pembangkang terdiri daripada "orang yang bersih daripada dosa, bebas daripada kesilapan, tidak mungkin kesemua mereka berjiwa wali bersifat malaikat.''

Perdana Menteri melontarkan persoalan tersebut dalam ucapan dasar terakhir sebagai Presiden UMNO pada perhimpunan agung parti itu di sini hari ini.

Meskipun kalangan anggota parti pembangkang pun terlibat perbuatan salah moral dan salah laku, Abdullah kesal kerana UMNO dan BN juga yang dijadikan tempat meletak kesalahan atau dipersalahkan, dilabel sebagai punca segala kepincangan dan kekecohan.

Bagi Perdana Menteri, gerakan tersusun pembangkang yang bagaikan mempunyai lesen besar untuk menyerang dan mencalarkan imej UMNO secara berterusan menjadi penyebab parti itu kini menghadapi ujian kredibiliti yang cukup berat.

Beliau turut menempelak watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung sehingga memberi ruang untuk orang Melayu dan bumiputera dihina sewenang-wenangnya.

Bagi Abdullah, walau apa pun persepsi dan pendapat pelbagai pihak terhadap UMNO pada hari ini, jasa parti itu sejak ditubuhkan pada 1946 - dalam pelbagai bidang merangkumi agama Islam dan ketamadunan bangsa, politik dan keamanan, sosial dan ekonomi, perlu diiktiraf.

"Bermula dengan slogan 'Hidup Melayu', berpindah kepada 'Merdeka', beralih kepada 'Pembangunan', berkisar kepada 'Perpaduan' melonjak untuk 'Mencapai status negara maju', diperkukuhkan dengan 'Misi Nasional'.

"Begitulah dinamiknya UMNO menyesuaikan perjuangan dengan tuntutan waktu, mengorientasi haluan dengan peredaran masa,'' katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, keistimewaan luar biasa UMNO merintis formula kerjasama antara kaum dengan menubuhkan Perikatan yang kemudian dikembangkan menjadi BN, bahkan cuba ditiru oleh pakatan pembangkang.

Justeru Abdullah mengajak ahli mendalami formula kongsi kuasa yang telah diguna pakai dalam BN dengan jayanya selama ini.

Perdana Menteri memberi amaran permintaan melampau dan tidak munasabah daripada orang bukan Melayu termasuk semangat 'Malaysian-Malaysia' yang dijuarai pembangkang, tidak boleh dibiarkan.

''Keadaan ini jika berlarutan, pastinya akan menghakis semangat kerjasama dan meruntuhkan jambatan perpaduan yang dibina selama 50 tahun lalu,'' tegasnya.
Putri tertarik dengan ucapan yang disampaikan PM ketika itu.Sangat membawa makna untuk sama-sama direnungkan dan difahami..No body's perfect but dont just find others mistake.Look at ur self only then u can speak about others..just an opinion..

Muhyiddin timbalan

Sumber: Utusan
TIMBALAN Presiden UMNO yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kanan) bersama calon yang memenangi jawatan Naib Presiden (dari kiri) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal selepas pengumuman keputusan pemilihan UMNO di PWTC, Kuala Lumpur malam tadi. – UTUSAN/SHAHRIL AZMAN ZAIN




Kedudukan undi calon timbalan presiden
Muhyiddin Yassin = 1,575
Muhammad Muhd. Taib = 916

Calon Naib presiden
Zahid Hamidi = 1,592
Hishammuddin Tun Hussein = 1,515
Shafie Apdal = 1,445
Mohamed Khaled Nordin = 1,397
Rais Yatim = 491
Mohd. Isa Samad = 432
Syed Hamid Albar = 410
Abdul Rahim Tamby Chik = 192

Wira :Tahniah TanSri, selamat menjalankan tanggungjawab dengan penuh ketelusan

Thursday, March 26, 2009

Undang-Undang Lindungi Raja

Sumber: Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 25 Mac - Raja-raja Melayu perlu terus dilindungi termasuk mewujudkan satu set perundangan bagi melindungi institusi itu.Wakil Puteri UMNO Perlis, Huzaini Abdul Hamid berkata, ia bertujuan untuk menguatkan lagi institusi beraja yang menjadi benteng dan tonggak kekuatan orang Melayu.
Katanya, cadangan itu berikutan wujudnya sentimen bagi mengecam, memfitnah dan memburukkan institusi beraja walaupun ia sudah termaktub di bawah prinsip keluhuran Perlembagaan Negara.

"Mengambil kira situasi ini, adalah wajar jika sebuah set perundangan diwujudkan bagi melindungi kedaulatan dan kemuliaan institusi raja- raja Melayu di negara ini.''Set perundangan ini sudah wujud di beberapa negara jiran seperti Brunei dan Thailand termasuk di Sepanyol dan Belanda. "Oleh itu, ia relevan untuk dilaksanakan di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan dasar Ketua Pergerakan Puteri UMNO pada Persidangan Perwakilan pergerakan berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.Menurut Huzaini, parti pembangkang tidak boleh sewenang-wenangnya mempersoalkan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara apatah lagi ia melibatkan isu sensitiviti kaum tertentu.Katanya, perkara itu sudah pun diterjemahkan dalam bentuk provokasi mempersenda dan memperlekehkan institusi beraja negara ini.

Dalam perbahasan itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran menimbang supaya mewajibkan mata pelajaran sejarah di peringkat seawal sekolah rendah.Selain itu, beliau juga turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan forum antara kaum bagi membincangkan kepentingan di antara kaum majoriti dan minoriti di negara ini.
*********************************
Tulip Desa
Tulip sangat bersetuju dengan cadangan tersebut bagi memastikan institusi raja-raja Melayu terus dilindungi dan dipertahankan. Kemelut politik di Perak kerana kederhakaan Nizar Jamaluddin kepada Sultan , mengingatkan Tulip dengan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempunyai agenda yang serupa untuk menggulingkan Kerajaan dan Institusi Raja secara kekerasan. Nizar Jamaluddin merupakan boneka Nga dan Ngeh (DAP) untuk menjadikan Malaysia ini sebagai negara republik.
Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan lambang warisan Melayu yang diamanahkan menjaga wasiat berkaitan 7 perkara berikut:-
Persekutuan dikenali dengan nama Malaysia
Islam ialah agama Persekutuan
Raja Melayu ialah pemerintah dan Ketua Agama Islam di negeri masing-masing
Rejimen Askar Melayu hanya untuk Orang Melayu
Tanah Simpanan Melayu
Bahasa Melayu
Kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain
Bayangkan apa jadi sekiranya, negara tidak mempunyai Raja. Mungkin negara kita masih tidak dapat menikmati keamanan, kestabilan dan kemakmuran seperti Negara Kemboja. Mungkin kita akan menjadi sebuah negara seperti Congo yang sentiasa berbunuhan di antara satu puak dengan puak yang lain, walaupun mempunyai warna kulit yang sama. Bagaimana dengan negara kita yang pelbagai kaum yang mempunyai perbezaan dan berlainan cara hidup. Justeru itu, wajarlah kuasa dan kekebalan Institusi Raja diperkuatkan yang menjadi benteng kepada Orang Melayu. Malangnya kini, ramai Orang Melayu yang sanggup menderhaka kepada sultan kerana mereka tidak memahami sejarah dan perlembagaan negara. Fikir-fikirkanlah.

TAK NAK!!!


KATAKAN TAK NAK KEPADA PKR, DAP DAN PAS.
INGATLAH, SETIAP SOKONGAN MEMBAWA PADAH KEPADA ANDA, KELUARGA DAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA INI.

RAGAM PAS MENGHINA ALLAH. TAHNIAH PDRM.


CERAMAH DI AIR KUNING, TAIPING.LIHAT BETAPA MEREKA MENGHINA ALLAH.YANG SOLAT DAN YANG TIDAK SOLAT.INILAH BUKTI BESAR KEGAGALAN PAS DALAM TARBIYYAH ISLAM.




PDRM MENGHORMATI DOA.TAK KIRALAH SIAPA DIA YANG BERDOA WALAUPUN PAS.TAPI PAS YANG TIDAK HORMATI HAK KUASA PDRM.KURANG AJAR NAMANYA????????


TAHNIAH PDRM.HASIL KEBERKESANAN DAKWAH PAK LAH SELAKU BEKAS MENTERI DALAM NEGERI.PAS BUAT APA?

Tiga ketua sayap baru


Shahrizat, Khairy, Rosnah pikul tanggungjawab berat tentu hala tuju Umno

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Khairy Jamaluddin dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, masing-masing menang jawatan Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada pemilihan ketiga-tiga sayap Umno itu, malam tadi.

Shahrizat memperoleh 507 undi, jauh mengatasi Tan Sri Rafidah Aziz yang mendapat 280 undi, manakala Khairy memperoleh 304 undi menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (254) dan Datuk Mukhriz Mahathir (232). Rosnah pula mendapat 245 undi mengalahkan lima calon lain.

Kerusi Naib Ketua Pemuda dimenangi Datuk Razali Ibrahim yang mendapat 417 undi, menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican (373), manakala Shahanim Mohamad Yusoff mendapat 353 undi untuk jawatan Naib Ketua Puteri, menewaskan empat lagi calon.

Keputusan pemilihan bagi Wanita Umno diumumkan oleh Pengerusi Tetapnya, Tan Sri Napsiah Omar, kira-kira jam 9.30 malam, manakala Pengerusi Tetap Pemuda Umno, Datuk Abdul Fattah Abdullah mengumumkan keputusan pemilihan pergerakan itu pada jam 11.20 malam. Pengerusi Tetap Puteri, Rohani Abu Hassan pula mengumumkan keputusan pemilihan sayap termuda Umno itu, jam 10.57 malam.

Napsiah sebelum itu mengekalkan jawatannya tanpa bertanding, manakala Naib Ketua Wanita Umno juga dimenangi tanpa bertanding oleh Exco pergerakan itu, Datuk Kamalia Ibrahim. Pengerusi Tetap Pemuda dimenangi semula Abdul Fattah dengan 460 undi dan Timbalan Pengerusi Tetap, Muhammad Yadzan Mohammad mendapat 202 undi.

Exco baru Pemuda dibarisi Mohamed Suffian Awang yang mendapat 657 undi, Shafiqurrahman Shamsuddin (569 undi), Sohaimi Shahadan (541 undi), Mohamad Nazim A Samad (534 undi), Mohd Afandi Yusoff (503 undi), Jamawi Jaafar (471 undi), Wan Amizan Wan Abdul Razak (471 undi), Tengku Azman Tengku Zainol Abidin (455 undi), Ahmad Darus (446 undi), Ahmad Zaki Zahid (446 undi), Ali Mazat Salleh (437 undi), Megat Zulkarnain (436 undi), Zuber Zabidi (419 undi), Nazir Hussin Akhtar Hussin (410 undi), Lokman Noor Adam (406 undi), Syahrin Md Jamaluddin (404 undi), Tun Faisal Ismail Aziz (402 undi), Muhammad Khairun Aseh (389 undi), Mohd Hisamudin Yahaya (388 undi) dan Mohamad Iruan Zulkefli (387 undi).

Jawatan Exco Wanita pula dimenangi Hasnah Salam yang mendapat 520 undi, Datuk Maznah Abd Hamid (509), Datuk Rosni Zahari (480), Datuk Armani Mahirudin (463), Datuk Norhayati Onn (463), Datuk Norhayati Omar (432), Datuk Rusnah Kasim (430), Marlia Abd Latiff (416) Noriah Mahat (412), Ros Suryati Alang (405), Datuk Jamelah A Bakar (400), Suraya Yaacob (388), Azihani Ali (385), Norliza Abdul Rahim (377), Sharifah Azizah Syed Zain (375), Datuk Maznah Mazlan (374), Datuk Azizah Mohd Dum (371), Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin (367), Norliza Ahmad (347) dan Wan Hazani Wan Mohd Nor (344).

Barisan Exco Puteri antaranya Mas Ermieyati Samsudin (604 undi), Hasrunizah Hassan (514 undi), Azlinda Zubir (510 undi), Zahida Zarik Khan 501 undi, Asmaiza Aahmad (498 undi), Norhasmizah Mat Tahir (482 undi), Fahariyah Md Nordin (474 undi), Wan Salwati Abdullah (465 undi), Maimunah Sidek (453 undi), Isfarina Mohd Ali (444 undi), Wan Zawiyah Wan Halim (433 undi) dan Norsabrina Mohd Noor (426 undi).

Sumber: Berita Harian (26 Mac 2009)
*********************************
WIRA: SEKALUNG TAHNIAH KEPADA SEMUA. SEMOGA UMNO TERUS MARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA.

Wednesday, March 25, 2009

DAP ADALAH ANTI RAJA-RAJA MELAYU. DAP BERCITA-CITA WUJUDKAN REPUBLIK MALAYSIA

Oleh: Pemikir
Anwar Ibrahim mengatakan beliau bersedia untuk mengembalikan kuasa kepada Raja-Raja Melayu. Beliau kini cuba mempengaruhi orang-orang Melayu bahawa dia adalah pejuang untuk Raja-Raja.
Pembaca-pembaca politik perlu tahu bahawa Anwar Ibrahim ini masih bercita-cita untuk maenjadi Perdana Menteri selagi ada umur. Beliau tidak takut kepada sesiapa pun lagi termasuk pada Allah untuk menipu, memfitnah, mengutuk pemimpin-pemimpin Melayu sekarang. Senyap-senyap beliau menggunakan orang-orang Cina dan India dan parti-parti politik pembangkang untuk mengutuk Raja-Raja Melayu.
Dalam ceramah-ceramah di Bukit Gantang, Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa beliau adalah orang Melayu yang betul-betul berjuang untuk orang Melayu. Sangat menghairankan bahawa Anwar Ibrahim seperti sesumpah mudah tukar warna ikut situasi dan kondisi.Orang seperti ini hanya terdapat di kalangan puak Yahudi sahaja.
Sekiranya beliau dilantik menjadi PM, beliau seperti British dulu akan membuat sesuatu yang drastik yang tidak terfikir oleh kita. Anwar akan menyokong Raja-Raja tetapi Raja-Raja baru yang dipilih oleh beliau sendiri melalui cara-cara halus yang dipakai oleh British di Malaya dahulu.
Awaslah dengan gelagat dan agenda beliau untuk menjadi PM. Sebagai seorang yang mempunyai penyakit peribadi yang susah diatasi hingga kini, dia adalah orang yang tidak layak langsung untuk menjadi pemimpin malah eloklah dikurung sahaja.
Pemerhati berpendapat bahawa Anwar Ibrahim ini adalah orang yang menjadi dalang kepada apa yang negatif berlaku di Malaysia termasuklah memecahbelahkan orang Melayu dan ketegangan hubungan Melayu dan bukan Melayu.

NIZAR MANTAN MB PERAK LULUSKAN PEMBINAAN TOKONG TERBESAR DI DUNIA, DI IPOH

Oleh :MM
Apa yang akhbar-akhbar tempatan perlu menyingkap kegiatan-kegiatan tidak bertanggungjawab Dato' Seri Nizar, mantan MB Perak. Kini sudah keluar desas desus bahawa beliau ini dengan tanpa usul periksa dieksploitasi oleh DAP untuk meluluskan sekeping tanah stratergik di bandar Ipoh. Tujuan kelulusan ini adalah untuk menepati niat jahat DAP Perak yang semakin sombong dan rakus terhadap orang Melayu Perak. Jika kekal sebagai kerajaan Perak , DAP bercadang untuk membina satu tokong terbesar di Nusantara bahkan di dunia di tanah tersebut.
Perbuatan Nizar ini tidak boleh dianggap sepi tetapi perlulah rakyat Perak dikejutkan supaya projek seperti ini yang tidak sensitif kepada orang Melayu, dihentikan segera. Nizar seperti orang tidak sedar diri, sudah lupa daratan. Beliau hendak menyerahkan Perak kepada orang Cina dan disamping itu memanjangkan niat Anwar Ibrahim untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Republik, bermula dari bumi Perak.
Anak-anak Perak perlu bertindak segera supaya tidak terperangkap dengan cita-cita jahat Nizar dan DAP.

Tuesday, March 24, 2009

Nizar calon Pas di Bukit Gantang

TAIPING 23 Mac - Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dipilih sebagai calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis mengumumkan calon di padang Taman Kota Jaya, Simpang di sini malam ini.

Mohammad Nizar dalam ucapannya berkata, beliau akan melaksanakan segala usaha dan tugas baik yang dilaksanakan oleh Allahyarham Roslan Shaharum bagi membela nasib rakyat di kawasan ini.

''Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada Presiden (Abdul Hadi) dan seluruh pimpinan pakatan pembangkang yang telah mencalonkan saya bertanding di Bukit Gantang.

''Terima kasih atas kepercayaan yang diberi dan saya mengambil kesempatan memohon simpati pengundi dari Trong, Kuala Sepetang dan Changkat Jering untuk mengundi saya," kata Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu.

Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang turut menyeru kepada pengundi agar menjadikan pilihan raya kecil itu sebagai kesempatan untuk membuktikan bahawa seluruh rakyat terus menyokong pakatan pembangkang.

Katanya, niat berkenaan harus diterjemahkan melalui undi kepada Pas sebagai lambang bahawa itulah kehendak sebenar rakyat di Perak.

Dalam pada itu, Abdul Hadi pula berkata, pengundi di Bukit Gantang bukan sahaja diamanahkan untuk memilih pemimpin tetapi juga untuk menyampaikan mesej kepada Barisan Nasional (BN) bahawa mereka tetap bersama pakatan pembangkang.

Katanya, jika pada pilihan raya umum lalu pengundi telah memilih calon Pas maka sokongan berkenaan perlu diteruskan supaya pakatan pembangkang dapat memikul amanah yang dipertanggungjawabkan rakyat.

''Masyarakat majmuk terdiri daripada bangsa Melayu, India dan Cina telah menerima konsep pemerintahan raja berpelembagaan, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

''Kita harap perkara ini tidak dijadikan isu untuk menghentam pakatan pembangkang pada pilihan raya kali ini dan seterusnya berharap Pas dapat mencapai kemenangan lebih besar," katanya.
*************************************************************************************

Lagi-lagi perhimpunan HARAM

PutriMalaysia...
Lagi-lagi perhimpunan haram.Malam tadi kat Taman Ria Jaya.(Sg. Petani) pulak mereka ni buat perhimpunan.dah satu..... satu perkara melanggar undang-undang yang dibuat oleh PKR ni. Menambahkan lagi kerja Polis pulak nak kena suraikan pulak perhimpunan tu.tak reti bahasa ke diorang ni.Dah kata tak ada permit tuh janganla ngengada nak wat perhimpunan..Bila polis terpaksa betindak guna pemedih mata ke atau sembur air ke kata polis ganas. tapi sendiri yang carik penyakit kan...lepas tu nak baling-baling polis dengan batu pulak.dah jadi satu lagi jenayah..Nak buat sesuatu tu ikutlah undang-undang. Kita ni negara demokrasi bukan demonstrasi..ingatlah wahai penyokong fanatik...jangan la terlampau taksub sangat. Perjuangan korang tu tak tentu lagi ada hasilnya...Sedarlah....

Nizar Si Penderhaka


Oleh: Tulip Desa

Penderhaka Sultan ini sedang sibuk dengan kereta Camry AGS 10 berkempen di segenap pelusuk Bukit Gantang dengan menjaja cerita yang disusun skripnya oleh Nga dan Ngeh bahawa beliau telah dianiaya oleh Sultan Perak, dihalau daripada kediamannya dan sidang DUN bawah pokok yang mencetuskan kontroversi.

Inilah dia penderhaka sultan dan pengkhianat bangsa Melayu yang sanggup menjual maruah bangsa dan agama demi kelangsungan politik beliau. Nizar Jamaluddin masih tidak sedar beliau digunakan oleh DAP untuk kepentingan politik mereka.

Kenapa Nizar Jamaluddin menyaman MB Zamry sedangkan tindakan menyaman MB sama seperti menyaman Sultan? Kerana:

Penderhaka Sultan cuba mengelirukan rakyat kerana jika menyaman Sultan akan menimbulkan kemarahan rakyat terutama Orang Melayu;

Cuba untuk memanjangkan kedudukannya sebagai MB Perak dengan menunggu keputusan mahkamah;

Sebagai boneka hanya mengikut arahan DAP yang sebenarnya lebih terjejas berbanding diri atau partinya sendiri;

Tamak kerana sayangkan pangkat, gaji dan yang paling utama Kereta Camry AGS10

60% pengundi Bukit Gantang adalah Orang Melayu. Tulip mengharapkan Orang Melayu Bukit Gantang bersatu untuk menolak sokongan penderhaka Sultan di Bukit Gantang. Tulip merasakan sudah pasti penduduk Bukit Gantang dihujani dengan seribu macam jenis risalah dan flyers. Fikirlah baik-baik. Bukalah mata, telinga dan minda anda. Tulip juga mahu melihat bagaimana penduduk Bukit Gantang berfikir.


Nizar calon Parlimen Bukit Gantang

Gambar: Utusan Malaysia (24 Mac 2009)

************************************
Oleh: Citra Adora

Apa dah jadi dengan kesepakatan pakatan pembangkang? Nampaknya cakap-cakap atau cadangan Dato' Nik Aziz Nik Mat kini semakin dipinggirkan pakatan. Calon yang dicadangkan oleh beliau tidak dilayan oleh pakatan pembangkang.
Pakatan pembangkang telah memilih DS Nizar Jamaluddin sebagai calon Parlimen Bukit Gantang bagi menghadapi PRK P.059 pada 7 April nanti. Meskipun Nizar adalah wakil rakyat PAS namun beliau bukanlah calon yang menjadi pilihan Nik Aziz. Pencalonan Nizar adalah atas sokongan kuat PKR dan DAP. Jelas kelihatan taring Nik Aziz kini semakin tumpul.
Nik Aziz tidak lagi berjaya mempengaruhi keputusan serta perhatian sekutunya. Bukan setakat dipinggirkan parti pakatan pembangkang yang lain bahkan beliau turut mendapat tempias dalam pentadbiran PAS sendiri.
Ini kerana di dalam PAS sendiri telah wujud tim atau kumpulan 'Erdogan' yang menyokong penuh perjuangan DS Anwar Ibrahim dan ada juga kumpulan yang menyokong Presiden PAS, DS Hj. Hadi Awang yang ingin bergabung satu hasrat dan satu matlamat dengan parti BN. Kepimpinan PAS dan pakatan pembangkang khususnya semakin tidak stabil ekoran wujud pelbagai konflik dalaman dan percanggahan pendapat sesama mereka.

CALON P.059, BUKIT GANTANG


Nama : MOHD ISMAIL BIN SAPIAN PMP., AMN., BCM., AMP., PPT.

No. Kad Pengenalan : 600927-08-5919

Tarikh lahir : 27 September 1960

Tempat lahir : Bukit Gantang, Taiping

PENDIDIKAN

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian ), UM - 1980 hingga 1984

Sek. Men. Sains Pulau Pinang Bukit Mertajam & USM Pulau Pinang - 1978 hingga 1980

Sek. Men. Dr. Burhanuddin, Taiping - 1976 hingga 1977

Sek. Men. Tengku Menteri, Changkat Jering - 1973 hingga 1975

Sek. Keb. Dato` Panglima Bukit Gantang - 1967 hingga 1972

PENGALAMAN KERJA

Latihan Praktikal di Jabatan Kerja Raya - (1982)Larut, Matang & Selama, Taiping(Bahagian Projek Pembangunan)

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah ( KEDA ) - (1983)(Bahagian Perancangan)

Zaman Food Industries, Taiping, Perak - (1984 hingga 1985)(Pengurus Projek)

Maktab Rendah Sains MARA, Taiping - (1985 hingga 1988)(Guru Matematik)

Majlis Daerah Kerian, Parit Buntar - (1988 hingga 1999)(Setiausaha)Majlis Perbandaran Manjung, Seri Manjung - (1999 hingga 2008)

Majlis Perbandaran Kuala Kangsar - (Mei hingga Ogos 2008)Pengarah Bahagian Sumber Manusia & Khidmat - (Sept 2008 - kini)

Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam

LATAR BELAKANG POLITIK

Setiausaha Pemuda UMNO Bhg. Bukit Gantang - 1984 hingga 1987

J/Kuasa Pemuda UMNO Bhg. Bukit Gantang - 1987 hingga 1990

Timbalan Ketua UMNO Caw. Kg. Kubu - 2001 hingga kini

Setiausaha UMNO Bhg . Bukit Gantang - 1999 hingga 2004

Ketua Penerangan UMNO Bhg. Bukit Gantang - 2004 hingga 2008

J/Kuasa Penerangan UMNO Negeri Perak - 2005 hingga 2008

Pengerusi Bilik Gerakan BN - 2003 hingga 2004P.059 Bukit Gantang

Pengerusi Bilik Gerakan BN - 2007 hingga 2008PRU 11 P.059 Bukit Gantang

Pengerusi Bilik Gerakan BN - 2007 hingga 2008PRU 12 P.059 Bukit Gantang

Setiausaha BN Bhg. Bukit Gantang - 1999 hingga 2008

J/Kuasa Biro Penerangan UMNO Negeri Perak - 2004 hingga 2008

PENGLIBATAN NGO

Timbalan Pengerusi Belia 4B (M) - 1995 hingga 1998Parlimen Bukit Gantang

Pengerusi Belia 4B (M) Parlimen Bkt. Gantang - 1998 hingga 2004J/Kuasa Belia 4B (M) Negeri Perak - 1996 hingga 2004

Pengerusi Gerak Antarabangsa Belia 4B (M) - 1998 hingga 2004Peringkat Kebangsaan

Timbalan Pengerusi Belia 4B (M) - 1995 hingga 1998Parlimen Bukit Gantang

Pengerusi Belia 4B (M) Parlimen Bkt. Gantang - 1998 hingga 2004

J/Kuasa Belia 4B (M) Negeri Perak - 1996 hingga 2004

Pengerusi Gerak Antarabangsa Belia 4B (M) - 1998 hingga 2004Peringkat Kebangsaan

Naib Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Kerian- 1990 hingga 1998

Bendahari MAKSAK Daerah Kerian - 1991 hingga 1998

Bendahari Majlis Belia Daerah Kerian - 1995 hingga 1998

Pengerusi Persatuan Rekreasi Daerah Kerian - 1994 hingga 1998

Timbalan Pengerusi Kelab Daerah Kerian - 1988 hingga 1995

Naib Pengerusi Kelab Kerian, Parit Buntar - 1988 hingga 1995

Naib Pengerusi Majlis Kebudayaan Daerah Kerian- 1994 hingga 1998

J/Kuasa Majlis Pengakap Daerah Kerian - 1994 hingga 1998

Pengerusi Lembaga Pengadil Daerah Kerian - 1995 hingga 1998

Naib Pengerusi Bandminton Daerah Kerian - 1996 hingga 1998

Timbalan Yang Dipertua Kelab Sukan & Kebajikan Majlis Daerah Kerian- 1996 hingga 1998

Pengerusi PIBG Sek. Keb. Methodist , Pt. Buntar- 1996 hingga 1998

Timbalan Pengerusi Majlis Muafakat PIBG - 1997 hingga 1998Daerah Kerian

J/Kuasa Majlis Muafakat PIBG - 1997 hingga 1999Negeri Perak

Timbalan Pengerusi Persatuan Bolasepak - 1998 hingga kini

Penyelaras SUKMA, Kontinjen Negeri Perak - 2000 (Pulau Pinang)

Penyelaras SUKMA, Kontinjen Negeri Perak - 2002 ( Sabah )

Penyelaras SUKMA, Kontinjen Negeri Perak - 2004 ( Negeri Sembilan )

Penyelaras SUKMA, Kontinjen Negeri Perak - 2006 ( Kedah )

Naib Pengerusi Kelab sukan & Kebajikan - 1998 hingga 2008Majlis Perbandaran Manjung

Presiden Golf Melayu Manjung - 2004 hingga kini

Timbalan Pengerusi PEKIDA - 2006 hingga kiniDaerah Larut, Matang & Selama

PENGANUGERAHAN

Pingat Pekerti Terpilih ( PPT ) - 1992 (Perak)

Pingat Ahli Mangku Perak (AMP) - 1997 (Perak)

Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) - 2006 (Malaysia)

Pingat Bintang Cemerlang Melaka (BCM) - 2006 (Melaka)

Pingat Paduka Mahkota Perak (PMP) - 2008 (Perak)

PENGIKTIRAFAN

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1994 di Majlis Daerah Kerian

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1996 di Majlis Daerah Kerian

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1997 di Majlis Daerah Kerian

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2004 di Majlis Perbandaran Manjung

Anugerah Khas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung Tahun 2007

KEKUATAN

Seorang yang mesra pengundi tidak mengira fahaman politik.

Disenangi oleh masyarakat terutama kawasan pembangkang.

Pengalaman sbg seorang pentadbir & idea yang diberikan amat baik dan telah dimanafaatkan oleh masyarakat setempat.

Berpengalaman di dalam bidang politik.

6 SEBAB MESTI SOKONG KERAJAAN BARU NEGERI PERAK


Sumber: wirabukitgantang.blogspot.com
Citra Adora:
Kepada pengundi-pengundi PRK P.059 Bukit Gantang, 6 sebab mengapa mesti sokong kerajaan baru negeri Perak ini sudah cukup membuktikan bahawa peralihan kuasa BN di Perak adalah sah dan tidak perlu dipertikaikan lagi.
Undilah calon BN yang pasti mampu membawa perubahan terhadap masa depan anda. Jangan tersilap memangkah calon parti pembangkang dek kerana emosi dan pengaruh jahat mereka.



NIZAR GILA KUASA

Gambar: Http://pewarismelayu.blogspot.com

Oleh: Tulip Desa

Seperti sudah dijangka PAS akan mencalonkan mantan MB Perak untuk bertanding di P059, Bukit Gantang. Nampaknya, PAS juga tidak menurunkan anak tempatan untuk bertanding di Bukit Gantang sepertimana yang dimahukan oleh penduduk setempat. Nizar Jamaluddin adalah pilihan Brother Anwar, DAP dan kumpulan erdogan PAS. Kemungkinan DAP sudah berjanji pada PAS seluruh orang Cina di Bukit Gantang akan menyokong dan mengundi Nizar sekiranya kehendak kumpulan ini dituruti.
Tulip percaya Nizar akan menggunakan isu pemecatannya sebagai MB Perak sebagai modal beliau untuk berkempen. Beliau akan mendendangkan lagu-lagu sedih untuk meraih simpati rakyat untuk mengundi beliau. Pengundi Bukit Gantang perlu bersatu padu menolak Nizar Jamaluddin yang merupakan tali barut DAP untuk menjadikan Malaysia sebagai negara republik dan melenyapkan kuasa raja. Tulip merasakan rakyat Bukit Gantang sudah matang untuk memilih calon yang terbaik yang dapat memberikan sepenuh komitmen membangunkan Bukit Gantang.

NIZAR MAHU MENJADIKAN MALAYSIA REPUBLIK

Oleh : Pemikir
Apa yang berlaku di Perak termasuklah mencabar Perlembagaan Tubuh Negeri adalah bibit yang di hasilkan oleh Nizar dan DAP untuk mengajar rakyat Perak menjadi penderhaka. Gejala ini jika tidak dibendung akan mewujudkan satu suasana anti-Raja yang boleh menular keseluruh negara dan sekaligus menjadikan Malaysia negara tanpa Raja atau republik.
Apabila negara menjadi republik yang diilhamkan oleh Nizar dan DAP Perak, pemerhati berpendapat akan berlaku kucar-kacir yang berterusan. Anda mahukah situasi ini??? Memilih Nizar sebagai wakil anda di P.059 akan membawa lebih malapetaka pada rakyat.
Dengan Malaysia menjadi republik seperti diidamkan oleh pembangkang Perak ini maka perlembagaan Malaysia pun boleh diubah seperti yang terdapat di Nepal di mana rajanya dimansuhkan oleh puak komunis.
Pengundi-pengundi P.059 perlu siuman dan jangan mudah terpengaruh dengan bisikan-bisikan negatif oleh Nizar dan orang-orangnya.

NIZAR KUDA KAYU DAP DI PERAK....AWAS!!

Oleh : Pemikir
Parti Campuran di Perak telah menamakan Dato' Seri Nizar sebagai calonnya untuk bertanding di Parlimen P.059 Bukit Gantang pada 7 April 2009. Penamaan ini merupakan satu perkara yang tidak baik bagi orang Melayu Perak dan Malaysia amnya. Kuda kayu ini merupakan suara DAP dan PKR yang dipimpin oleh pemimpin yang taksub untuk merampas kuasa dan gila untuk jadi Perdana Menteri Malaysia.
Perlu diingatkan bahawa Nizar ini ada rekod negatif. Beliau seorang muslim sanggup menderhaka kepada Paduka Sultan yang tak pernah berlaku dalam sejarah moden Melayu. Perbuatan ini adalah satu contoh biadap yang tidak boleh diterima oleh orang Melayu.
Beliau juga bertanggungjawab memberi tanah ikut sesuka hati tanpa mengambil kira kanun tanah negara.Dia ingat ini adalah tanah dia ya g boleh dilakukan ikut perasaan. Orang macam ni kalau diberi tempoh lagi menjadi MB Perak maka tersungkurlah orang-orang Melayu Perak.
Kuda kayu ini juga telah di ikat hidungnya oleh DAP yang menguasai Exco Negeri dulu. Sedarkah Nizar bahawa mereka ini lah yang telah menjatuhkan dia???Kini terlewat bagi beliau untuk menjadi MB semula kerana pisang tidak akan berbuah 2 kali. Nizar ini dibuai oleh lagu dan nafsu syaitan DAP sehingga terlajak dalam apa jua tindakan sehingga orang Melayu rugi dan diperbodohkan.

Monday, March 23, 2009

Pakatan Rakyat rosak salah siapa?

Sejak ketidakseimbangan politik pembangkang berlaku setahun lalu, hampir keseluruhan masalah dalaman parti ditutup dengan alasan sabotaj atau konspirasi BN/UMNO. Seolah-olah semua pendedahan yang dibuat diada-adakan dan bertujuan untuk menjatuhkan wakil-wakil dan para exco mereka terutamanya PKR. Hakikatnya ia adalah kebiasaan dan budaya pemimpin-pemimpin PR bagi melindungi kelemahan dan keburukan yang sentiasa mengiringi cita-cita politik mereka untuk membentuk sebuah kerajaan pusat yang baru.

Berapa peratuskah rakyat Malaysia yang menginginkan kebenaran dalam dunia politik? Berapa peratuskah pula yang sanggup berkompromi dengan sikap tidak jujur sesetengah pemimpin biarpun mengetahui pendedahan yang dilaporkan oleh media elektronik dan media cetak di negara kita sukar untuk disembunyikan?

Mana yang betul, rakyat memilih ketelusan sesuatu parti atau rakyat inginkan kehebatan propaganda parti tertentu dalam politik?

Melihat keadaan sekarang, sebahagian rakyat lebih cenderung untuk memilih satu pakatan parti yang hebat dan popular dengan propaganda politik mereka. Buktinya, rusuhan yang berlaku di Perak menentang Sultan dan kerabat di raja. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, rakyat bangkit sebegini biadap menentang sultan hanya kerana ingin membela seorang ahli politik. Di manakah kita berada sekarang, di negara yang mempunyai Raja Berpelembagaan ataukah di sebuah negara Republik?

Mungkin Pakatan Rakyat sudah lupa sikap wakil-wakil mereka yang terperangkap dengan pelbagai masalah peribadi dan perlakuan serta sikap yang mementingkan diri sendiri. Bagaimana semua yang didedahkan ini boleh dikaitkan dengan BN/UMNO?

DS Anwar Ibrahim: Penasihat PKR dan Ketua Pakatan Pembangkang (kes liwat Saiful Bukhari). Kes dilaporkan oleh mangsa sendiri beserta sumpah laknat, sedangkan Anwar sehingga sekarang tidak berani berbuat demikian melainkan menuduh Saiful bersekongkol dengan Datuk Seri Mohd. Najib. Pengadu – Saiful sendiri.

DS Nizar: Bekas MB Perak PAS (menentang keputusan Sultan dan mencabar Baginda dengan menyaman MB baru yang dilantik baginda. Menggunakan kenderaan rasmi kerajaan negeri seperti hak persendirian pada ketika beliau tidak lagi diiktiraf sebagai orang yang berkuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri). Yang membuat keputusan menolak kerajaan Pakatan Rakyat – Baginda Sultan Perak.

Tan Sri Khalid: MB Selangor PKR(tuduhan penyalahgunaan kuasa beliau dalam urusan penyelenggaraan kenderaan peribadi beliau dan juga pengagihan lembu korban oleh PKNS di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak). Yang mengambil tindakan – SPRM

Mohamad Fairus Khairuddin: TKM Pulau Pinang PKR (Adun Penanti seringkali menjadi percakapan dan buah mulut masyarakat tempatan seperti beliau tidak cekap mengurus pentadbiran,selalu lewat menghadiri program negeri,mesyuarat dan suka buat pembatalan sesuatu keputusan di saat - saat terakhir.Juga dikatakan panas baran. Hubungan dengan staff dan pegawai bawahannya amat renggang) Yang memaksa meletakkan jawatan sebagai exco – keputusan dibuat sendiri.

Elizabeth Wong: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar. ADUN Bukit Lanjan PKR (tersiarnya gambar bogel dan cerita tentang kehidupan bebas dengan lelaki misteri dalam bilik tidurnya sendiri) Yang menyebarkan gambar aib beliau sehingga mendorong kepada perletakan jawatannya – Kekasih Gelapnya sendiri yang pasti bukan orang UMNO.

V. Arumugam: Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India. ADUN Bukit Selambau PKR (Didakwa terlibat dengan skandal seks sehingga melahirkan seorang anak dengan seorang wanita yang bukan isterinya) Pengadu - sekumpulan 500 penduduk di Sg. Petani, Kedah, beserta memorandum protes terhadap beliau yang diserahkan kepada Setiausaha Sulit DYMM Sultan Kedah.

Jamaluddin Mohd. Radzi: ADUN Behrang PKR (kes mahkamah rasuah, konflik dalaman dengan PKR pusat). Yang mendorong keluar daripada menjadi wakil PKR – Atas kesedaran sendiri kerana tidak mahu lagi bersekongkol membelakangkan kepentingan dan hak-hak orang Melayu di negeri itu.

Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu: ADUN Changkat Jering PKR (kes mahkamah rasuah, konflik dalaman dengan PKR pusat). Yang mendorong keluar daripada menjadi wakil PKR – Atas kesedaran sendiri kerana tidak mahu lagi bersekongkol membelakangkan kepentingan dan hak-hak orang Melayu di negeri itu.

Kita tunggulah sedikit masa lagi. Akan ada kejadian keluar parti oleh pemimpin-pemimpin PR yang tidak pernah lekang dari masalah dalaman parti. Itupun, mereka sering mengaitkannya dengan konspirasi BN/UMNO.

Beginikah cara kepimpinan yang beretika dan rasional dengan kebolehan meletakkan semua kelemahan ke atas pihak lain? Bagaimana kita boleh memilih parti/pakatan yang mempunyai sikap seperti ini sebagai pentadbir negara kita?

Serpihan tugu sidang bawah pokok dilelong

IPOH: Sebanyak RM42,900 termasuk sumbangan telah dikumpulkan hasil daripada lelongan lima ketul serpihan batu marmar plak "Tugu Demokrasi" yang dibina pakatan parti pembangkang Perak sempena memperingati persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan di bawah pokok. Bidaan tertinggi serpihan "cenderahati" yang dilelong daripada harga RM500 itu adalah sebanyak RM17,100 yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan melalui ejennya yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Tebing Tinggi, Ong Boon Piow. Plak yang pertama dilelong pada harga RM6,800, plak kedua (RM5,200), plak ketiga (RM6,800) dan plak yang keempat dijual pada harga bidaan sebanyak RM7,000.

Lelongan berkenaan berlangsung di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini, tempat plak yang dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Ahad lepas. Plak itu dibina oleh Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena sidang Dewan yang diadakan di situ selepas 27 wakil rakyat mereka tidak dibenarkan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan. Lelongan berkenaan diadakan bagi mengutip dana pembinaan semula tugu peringatan serta tabung guaman pakatan pembangkang dan dihadiri oleh lebih 200 orang termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Datuk Bandar Ipoh Roshidi Hashim untuk memaklumkan mengenai pembinaan semula tugu peringatan berkenaan. "Saya akan menulis surat kepadanya untuk meminta MBI menjaga dan memelihara plak baru sebagai tarikan pelancongan di bandar raya ini dan bukannya memusnahkan tugu itu," katanya. - Bernama
************************************************************************************
Nak tergelak pun ada bila putri baca berita berkenaan lelongan serpihan tugu sidang bawah pokok yang dilelong dan dapat pulak RM42,000 yang dilaporkan termasuk sumbangan. Tak sangka pula putri ada pula yang nak jadikan serpihan tugu tu sebagai barang antik di rumah. Ini lah salah satu sifat yang ada bila orang dah obses sangat dengan parti pilihan mereka. Lepas ni apa lagi lah pulak nak di buat PKR kat Perak. Sama-sama la kita nantikan...

Perang bendera di Bukit Gantang

Di sepanjang jalan di kawasan Bukit Gantang bendera BN dan UMNO dipasang dengan penuh semangat melambangkan perjuangan BN demi kesejahteraan rakyat.

Bendera PAS turut memenuhi ruang di sepanjang jalan tetapi agak pelik kerana bendera bulan di sini seperti lampu isyarat, berderet-deret dengan empat lampu di tiang.


Oleh: Citra Adora



























ADUN PKR GEMAR KONTROVERSI

Gambar: Http://pewarismelayu.blogspot.com

Oleh: Tulip Desa



Macam-macam hal yang berlaku dengan Adun Parti KeAdilan Rakyat (PKR). Dengarnya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan juga Exco kerajaan negeri pada 21 Mac 2009. Apa sebabnya? Baru setahun dilantik sebagai TKM1 di Pulau Pinang sanggup meletak jawatan atas alasan menunaikan hasratnya untuk menyambung pelajaran. Betul ke atau sudah terima surat pemecatan daripada Brother Anwar.
Sudah terang lagi bersuluh, keretakan PKR akibat krisis dalaman tidak boleh disorok lagi. Lima orang ADUN PKR yang mencetuskan kontroversi, menambahkan lagi kemelut politik yang berlaku di negara kita. Dikatakan Mohamad Fairus ini merupakan liabiliti kepada PKR dan juga Kerajaan Pulau Pinang. Ada yang menyatakan Fairus menjadi mangsa konspirasi dalaman parti dan ada yang menyebut bahawa skandal pasir menyebabkan Fairus ditekan agar berundur. Pelbagai spekulasi diberikan yang tidak tahu kebenarannya. Diharapkan, pengundi jangan tersilap pilih pemimpin di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana satu undi akan memberi seribu makna kepada generasi akan datang. Fikir-fikirkanlah.

Setahun Selepas 8 Mac 5 Exco Negeri dari PKR "Dah Tumbang"

EXCO PKR DILANDA KONTROVERSI

  • Elizabeth Wong: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar (gambar bogel, hasrat letak jawatan)
  • Jamaluddin Mohd. Radzi: Pengerusi Pembangunan Usahawan, Pertanian dan Perusahaan (kes mahkamah rasuah, letak jawatan ekoran krisis politik
  • Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu: Pengerusi Pelancongan, Modal Insan dan NGO (kes mahkamah rasuah, letak jawatan ekoran krisis politik).
  • V. Arumugam:Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Perpaduan, Pekerja Ladang dan Hal Ehwal Masyarakat India (letak jawatan Exco dan ADUN)
  • Mohammad Fairus KhairuddinPengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Pembangunan Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat (letak jawatan Exco, kekal ADUN)

AKIM nak kacau daun lagi di Bkt Gantang dan Bkt Selambau

TANAH MERAH: Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) bakal meletakkan calon pada dua pilihan raya kecil - di kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak, dan kawasan DUN Bukit Selambau, Kedah.
Presidennya, Hanafi Mamat berkata, keputusan meletakkan calon itu dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan Akim yang mengadakan mesyuarat berkenaan cadangan itu sebelum ini.
Beliau berkata, kedua-dua calon itu adalah anak tempatan dan merupakan penduduk di kawasan berkenaan.
"Akim yakin kedua-dua calon berkenaan mampu memberi persaingan sihat dalam suasana politik kini," katanya.
Akim, ditubuhkan pada 1995 mempunyai hampir 10,000 ahli di seluruh Malaysia. / Bernama

Nizar bekas MB yang mabuk kuasa


Oleh: Citra Adora

Pada 22 Mac lalu, pakatan pembangkang telah mengadakan acara lelongan 5 serpihan plak peringatan sidang DUN kerajaan passola mereka di bawah rimbunan pokok yang sama. Pokok jemerlang itu menjadi saksi kepada peristiwa yang dianjurkan oleh bekas MB Perak, DS Nizar Jamaluddin yang masih lagi mabuk kuasa dan perasan bahawa dirinya masih memegang jawatan MB Perak.

Sungguh kelakar kerana ada yang sanggup membeli serpihan plak tersebut dengan harga yang tinggi. Inilah mereka-mereka yang begitu taksub dengan dakyah dan perjuangan pakatan pembangkang. Hairan sungguh mengapa mereka masih belum sedar akan kelemahan dan keburukan kerajaan pasir berdengung pakatan pembangkang?

NIZAR MAIN ISU DOKUMEN PEMECATAN DI PERAK

Oleh: Pemikir
Nizar tak berhenti-henti mengatakan beliau masih belum menerima surat pemecatan sebagai MB Perak. Beliau juga berleter semasa kempen di Trong pada 18 Mac 2009 bahawa dokumen-dokumen lain pun belum diperolehi berkaitan tidak sahnya kerajaan beliau.
Beliau ini adalah orang yang kurang baca sejarah. Perkara pemecatan ini dah terang-terang di isytiharkan oleh kerajaam Perak dengan restu Paduka Sultan. Semua rakyat satu Malaysia sudah dimaklumkan dan pertukaran kerajaan kepada BN diwar-warkan oleh semua media. Apa lagi yang Nizar ini sibukkan???Apakah beliau perlu surat pemecatan itu diserah padanya di atas dulang emas???
Sejak bila pula beliau ini menjadi legalistik???. Dari segi amali, apa yang telah diisytihar itu sebagai sah dan sahih dan ini tidak boleh diputar belitkan lagi dalam mana-mana forum. Kalau di England, jika Nizar membaca The History of England banyak perkara-perkara yang tidak tertulis, dianggap sah.
Adalah wajar Nizar cari isu lain untuk berkempen. Rakyat Perak dan Malaysia seluruhnya cukup faham dan tidak mudah di tipu oleh cakap-cakap kosong Ahli DUN Perak ini.

NIZAR GUNAKAN ISU PEMECATANNYA PENGARUH PENDUDUK P059

Oleh: Tulip Desa
Mantan MB Perak, Nizar Jamaluddin sedang giat memulakan kempennya dengan menjaja cerita bahawa beliau masih belum menerima surat pemecatan sebagai MB Perak. Nampaknya mantan MB Perak ini tidak memahami Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Beliau menggunakan isu tersebut untuk mengelirukan penduduk di Parlimen Bukit Gantang seolah-olah beliau teraniaya untuk mengukuhkan lagi bahawa Kerajaan Barisan Nasional di Perak tidak sah. Nizar cuba meraih simpati rakyat dengan melemparkan pelbagai tohmahan kepada Kerajaan.
Isu ini sepatutnya tidak timbul sekiranya beliau memahami Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Nizar Jamaluddin wajar taat kepada titah yang diputuskan oleh Sultan tetapi beliau sengaja derhaka dengan menganggap dirinya masih Menteri Besar.
Sultan telah berlaku adil dengan memberi beliau masa untuk berfikir supaya melepaskan jawatan. Namun beliau tetap berdegil kerana beranggapan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar masih sah di sisi Undang -Undang Tubuh Negeri. Siapakah beliau dibandingkan Ke Bawah DYMM Baginda Sultan di sisi Undang-Undang Tubuh Negeri Perak?
Mantan MB Perak secara terang-terangan telah melanggar sumpah beliau sebagai ADUN untuk taat setia kepada Sultan seperti dalam Perkara 47 (1). Sebaliknya, beliau sanggup mohon derhaka kepada Sultan semata-mata untuk memenuhi impian dan harapan DAP.
Sultan tidak sama sekali memecat MB sebaliknya apabila seorang MB sudah tidak mendapat sokongan majoriti maka Undang-Undang Tubuh menyatakan beliau wajib meletak jawatan MB. Justeru itu, Tulip mengharapkan pengundi di kawasan Trong, Kuala Sepetang dan Changkat Jering , usah termakan muslihat yang dimainkan oleh pembangkang. Orang Melayu perlu bersatu menentang musuh yang mahu menghancurkan Orang Melayu melalui dalang seperti mantan MB Perak ini.

NIZAR TUDUH UMNO HANYA " BERNILAI 3 SEN "

Oleh: Pemikir
Semasa dalam kempen pembangkang yang diketuai oleh Dato' Seri Nizar di Trong (kaw. Parlimen Bukit gantang) pada malam 18 Mac 2009 beliau membuat tuduhan melulu terhadap kerajaan Barisan national yang telah memerintah dengan jayanya selama 50 tahun. Beliau dengan penuh kebodohan menjerit bahawa UMNO bernilai 3 sen.
Tahukah bahawa dengan dasar UMNO/BN yang kini Nizar mendapat kemudahan menjadi engineer, bekerja dengan kerajaan dan menjadi kontraktor???. Kini beliau sudah seperti kacang lupakan kulit. Beliau sudah masuk penyakit fourth degree iaitu nyanyuk di mana sukar menerima hakikat.
Beliau ini muda dan sudah mula lupa bahawa dapat duduk memanaskan kerusi di Pejabat Menteri Besar buat seketika adalah kerana amalan demokrasi UMNO/BN. Tetapi untuk tujuan berkempen beliau sanggup bermuka-muka menipu rakyat di kawasan Trong.
Pemerhati meminta rakyat Bukit Gantang berhati-hati mendengar putar belit Nizar yang kononnya berpegang kepada Islam yang di bawa PAS. Ingatlah bahawa PAS kini bukan seperti dahulu. PAS sekarang sudah korup dan rosak kerana pemimpinnya terutama di Perak sudah bersifat materialistik dan egois.

Mantan MB Nizar Luluskan tanah 28 Ekar Untuk Pembinaan Tokong Di Tengah Kota Ipoh

Oleh : Pemikir
Semasa Nizar menjadi Menteri Besar Perak, sebelum di pecat beliau telah membuat perkara-perkara yang tidak diketahui oleh rakyat Perak. Perkara ini sengaja di lindungi supaya beliau tidak tercemar di mata warga Perak.
Selain daripada meluluskan lot-lot untuk pembalakan kepada ahli exconya yang rakus dan tak sabar nak jadi kaya beliau juga membuat sesuatu yang berahsia iaitu meluluskan tanah seluas 28 ekar di tengah bandaraya Ipoh. Tanah ini diperolehi dengan desakan warga dan penyokong DAP yang diketuai oleh Timbalan MB Perak. Bayangkan apakah tujuan tanah ini ditengah bandaraya Ipoh??. DAP nak mendirikan tempat sembahyang Cina /Buddist yang terbesar di Perak kononnya untuk menarik pelancong. Hai anak-anak Perak, anda perlu ambil berat perihal niat tersembunyi Nizar yang bersekongkol dengan DAP semakin biadap kepada orang-orang Melayu Perak dan juga pemimpin-pemimpin Melayu.
Pemerhati khuatir bahawa sekiranya perkara ini tidak diteliti dan disiasat maka akan terbinalah satu bangunan yang sepatutnya tidak ada di situ,walhal ia boleh di bina di luar kawasan Ipoh. Di sini tidak terlibat isu perkauman tetapi berpusat kepada logik dan pemikiran waras mereka-mereka yang terlibat dalam urban renewal project di mana-mana jua iaitu tempat beribadat perlu ketenangan supaya pengikutnya dapat menyembah dengan lebih tenang. Perkara ini berlaku di kota London, Moscow dan Singapura.
Siasatlah perkara ini sebelum terlewat.

Pembangkang hina Sultan, Mufti

TAIPING 22 Mac - Pakatan pembangkang diminta berhenti menghasut rakyat membenci Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang pada 7 April ini.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin berkata, pada masa ini, banyak risalah serta kain rentang menghina Sultan dan Mufti Perak dipasang di sekitar kawasan ini.Tegasnya, pakatan pembangkang sepatutnya berkempen secara budiman dan bukannya menggunakan taktik kotor seperti itu.
''Nasihat saya kepada pembangkang, hentikanlah kerja-kerja berunsur jahat ini kerana ia tidak memberi keuntungan malah merendahkan lagi martabat Islam dan bangsa Melayu," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, selain Sultan dan Mufti Perak, terdapat kain rentang yang menghina Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn; Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu.Menurut Rosli, pihaknya telah membuat laporan polis ekoran pengedaran risalah dan pemasangan kain rentang yang menghina Sultan dan Mufti Perak.Sementara itu, ditanya dakwaan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Asmuni Awi bahawa perbuatan menghina Sultan dan Mufti itu dilakukan oleh BN, Rosli menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu.
Tegasnya, Pas sudah tidak ada idea sehingga terpaksa menuduh BN melakukan perbuatan tersebut sedangkan selama ini BN terbukti tidak pernah menggunakan taktik kotor seumpama itu.
''Mereka yang biasa buat kerja macam ini, dulu cakap Pas itu Islam dan Islam itu Pas dan siapa undi Pas masuk syurga.''Saya percaya ini kerja Pas sendiri. Orang berak tepi jalan mana hendak mengaku,'' katanya.Beliau berkata, BN tidak takut dengan laporan polis yang dibuat oleh Pas kerana tidak bersalah.

Sumber: Utusan Malaysia (23 Mac 2009)

*************************************
Citra Adora:

Pakatan pembangkang masih mengekalkan tradisi mereka dengan berkempen secara tidak sihat dan bertaktik kotor. Agenda memfitnah dan memburuk-burukkan personaliti individu tertentu dan pemimpin kerajaan menjadi mainan mereka sejak dahulu lagi bagi meraih sokongan pengundi serta meracun pemikiran rakyat.
PAS selaku parti yang dicerminkan sebagai sebuah parti Islam seharusnya tidak melakukan perbuatan seperti ini mahupun bersekongkol dengan parti-parti komponen pembangkang lain yang begitu rakus menghina Raja Melayu (Sultan Perak) dan Mufti Perak. Perbuatan ini jelas semakin merendahkan martabat Institusi Raja, orang Melayu dan agama Islam khususnya.
Matlamat dan perjuangan PAS kini dilihat seolah-olah sebagai boneka parti PKR dan DAP kerana PAS menurut sahaja arahan serta telunjuk pakatan pembangkang itu.

Thursday, March 19, 2009

PPSMI: Hanya pakar sains dan metematik layak memberi pandangan

Dipetik dari KLpos

SEJAK akhir-akhir ini isu pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan di seluruh pelusuk negara. Selepas beberapa tahun ianya diperkenalkan hanya baru-baru ini timbul satu gerakan besar-besaran meminta kerajaan menghapuskan perlaksanaan dasar ini. Mungkin perasaan ketidakpuasan hati mereka sudah meluap-luap agaknya.

Apa-apa pun saya lebih suka melihat isu ini di luar konteks politik. Cuba kita lupakan sejenak siapa dan parti mana yang mengilhamkan dasar ini bagi mengelakkan bias dan bagi mendapatkan satu jawapan atau keputusan terbaik untuk masa depan generasi masa depan kita.

Sains dan matematik adalah ilmu asas yang perlu ada bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang sains dan teknologi. Bidang sains dan teknologi pula adalah satu bidang yang terpenting di dunia pada masa kini. Bidang yang perlu dikuasai oleh setiap negara.

Penguasaan sains dan teknologi dapat menjadikan sesebuah negara itu menjadi berkembang dan maju. Sains dan teknologi juga amat penting untuk penyelesaian masalah-masalah dunia seperti dalam pencarian sumber tenaga baru dan juga pencarian vaksin pencegah wabak.

Saya sebagai salah seoarang yang berkecimpung dalam bidang sains dan teknologi ini merasakan perlunya mata pelajaran sains dan matematik diajar dan dipelajari dalam bahasa Inggeris.Saya dan mereka yang seangkatan dengan saya sudah merasai perit jerih untuk mengadaptasi pembelajaran dalam bahasa Inggeris di universiti sesudah mengenal sains dan matematik dalam bahasa Melayu di peringkat sekolah.

Sehingga tingkatan lima, dengan mudah saya memperolehi bacaan-bacaan dalam bahasa Melayu, tetapi apabila pergi ke alam universiti, semua rujukannya berbahasa Inggeris.Tuhan saja yang tahu betapa kekok dan susahnya mengalami proses perubahan yang mengejut itu. Kalau boleh, saya tidak mahu melihat generasi masa depan mengalami nasib yang sama seperti mana yang saya alami.

Mengapa kita perlu PPSMI? Sains dan teknologi adalah cabang ilmu yang bergerak begitu pantas. Hampir setiap hari ada penemuan baru.

Penemuan-penemuan ini biasanya diistilahkan dalam bahasa Inggeris dan istilah tersebut amat mungkin tiada lagi tafsirannya dalam bahasa kita. Saintis-saintis kita kemudiannya akan mencari istilah sesuai untuk penemuan tersebut.

Ini sudah pasti mengambil masa. Dalam pada kita mencari istilah tersebut, orang lain sudah menjumpai penemuan yang lebih kehadapan. Kita masih mencari istilah yang sesuai. Selama-lamanya kita akan terkebelakang dalam hal ini.

Kita perlu akui bahawa untuk menguasai sesuatu cabang ilmu itu perlukan penguasaan yang tingi dalam bahasa ilmu itu. Sebagai contoh, untuk mendalami ilmu agama ke peringkat yang tinggi, kita memerlukan mereka yang boleh menguasai bahasa arab dengan baik.

Ini kerana banyak kitab-kitab ditulis dalam bahasa Arab. Begitu juga dengan sains dan teknologi. Hakikat yang perlu diakui adalah bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu bagi sains dan teknologi pada masa kini.

Saintis-saintis negara lain sebenarnya menerima hakikat atas perkara ini. Bahasa inggeris diakui sebagai medium komunikasi saintis-saintis dunia. Saintis-saintis dari negara China dan Jepun juga sekarang ini berlumba-lumba mengusai bahasa inggeris.

Di zaman kegemilangan empayar Islam, memang benar dikatakan bahasa ilmu ketika itu adalah bahasa arab. Bangsa-bangsa lain sudah pasti harus mempelajari bahasa arab untuk menerokai ilmu tersebut. Walaubagaimanapun, masa telah berubah. Bahasa ilmu bertukar dari zaman ke zaman. Sekarang ini bahasa Inggeris menjadi bahasa ilmu untuk sains dan teknologi.

Tidak mustahil suatu hari nanti jika seseorang yang ingin mendalami ilmu pengajian Islam perlu menguasai bahasa Inggeris di samping bahasa Arab dengan mantap kerana semakin banyak rujukan dalam bidang ini ditulis dalam bahasa Inggeris.

Ada mereka di luar sana berpendapat, kalau nak mahirkan bahasa Inggeris tidak semestinya belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Kita boleh tambah masa pembelajaran untuk mata pelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Bagi saya, mereka ini tidak faham hujung dan pangkal.

Suka saya tekankan, English for communication, Business English, English for Science and Technology dan banyak lagi English itu perlukan skil-skil yang berbeza. Kalau boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik belum tentu dapat memahami artikel-artikel dalam bidang sains dan teknologi.

Saya sudah acap kali bertemu bangsa Inggeris yang menanyakan tentang bidang yang saya ceburi. Bila saya memberi penjelasan, mereka akan kata: Can you please explain in simple English? Its too technical!

Kalau bangsa Inggeris sendiri tidak dapat memahami istilah-istilah sains dan teknlogi, apatah lagi kita yang menggunakan bahasa Melayu?

Sudah tentu caca marba jadinya kalau setiap satu hendak diterjemahkan. Di bawah ini saya sertakan contoh bahasa Inggeris yang digunakan dalam bidang saya.:

Catalytic oxidative dehydrogenation of light alkanes
Non-reducible complex metal oxide
Catalytic partial oxidation in a circulating fluidized-bed reactor
Irreducible mass-transport limitations
Flash-pyrolysis in a cyclone reactor

Saya akui saya tak mampu menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu yang boleh difahami. Ini hanya sebagai contoh. Banyak lagi istilah-istilah dalam bidang lain. Sains dan teknologi itu sendiri sangat luas.

Untuk memudahkan penterjemahan akhirnya dimelayukan saja istilah-istilah inggeris tersebut. Maka jadilah seperti perkataan-perkataan reformasi, dekadensi,informasi, farmasi, universiti, sosiologi dan banyak lagi. Mengapa tidak digunakan saja bahasa Inggeris kalau begitu?

Di sini saya ingin menekankan bahawa perlunya istilah-istilah sains dan matematik dalam bahasa inggeris didedahkan kepada anak-anak kita dari kecil.

Supaya nanti bila ke universirti tidak menjadi terkejut seperti mana yang saya alami. Akan hilangkah kemelayuan kita kalau belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris?

Saya rasa tidak mungkin sama sekali. Saintis-saintis berketurunan Cina atau Jepun di universiti-universiti terkemuka dunia masih tebal kecinaan dan kejepunan mereka walau mereka sudah mampu berbahasa inggeris lebih baik baik dari orang Inggeris sendiri.

Tiada cacat tiada celanya kecinaan dan kejepunan mereka. Saya boleh berkata begini kerana penyelia PhD saya dan rakan-rakan saya adalah berbangsa China.

Mereka sendiri akui perlunya menguasai bahasa Inggeris untuk menjadi saintis dan teknologis yang hebat. Mengapa kita tidak boleh menerima hakikat ini?

Ada seorang penulis blog kata bangsa Iran tak belajar dalam bahasa Inggeris pun boleh buat roket dan vaksin.

Saya rasa penulis ini terlalu banyak bersastera sampai terlupa akan hakikatnya bahawa ramai pelajar-pelajar dari Iran sedang menuntut di Universiti-universiti dalam negara kita dan lain-lain negara. Saya juga ada rakan dari Iran.

Dia sendiri akui susah nak belajar dalam bahasa Inggeris sebab dulu di Iran dia tak pernah guna bahasa Inggeris. Bagi yang lebih bijak akan menunjukkan hasil-hasil kajian bahawa kononnya PPSMI gagal.

Murid-murid tidak mampu mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan mereka. Bunyinya semacam fakta-fakta ini cukup bijak dan sukar untuk ditangkis oleh mereka yang Pro-PPSMI. Mereka ini juga sebenarnya terlupa bahawa kajian ini dilakukan ke atas kanak-kanak sekolah.

Tujuan PPSMI bukanlah untuk meningkatkan keputusan UPSR kanak-kanak sekolah. Tujuannya amat jauh ke hadapan. Untuk meningkatkan penguasaan sains dan teknologi kita di masa akan datang.

Kajian-kajian ini tidak patut dijadikan rujukan. Sains dan matematik itu sendiri memang agak susah berbanding dengan mata pelajaran lain waima digunapakai bahasa Melayu sekalipun.
Kalau pengkaji menemubual kanak-kanak sekolah, sudah tentu mereka akan kata susah. Saya hairan dengan cara orang kita berfikir.

Terlalu pentingkan keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolah. Sebanarnya peperiksaan di sekolah itu tidak menjamin apa-apa pun masa depan anak-anak kita di masa depan.

Dah banyak saya saksikan pelajar cemerlang di peringkat sekolah tidak mampu menjadi pelajar cemerlang di universiti. Peringkat sekolah adalah lebih kepada peringkat latihan dan persediaan.Kita patut gembira kalau semua pelajar dapat C dalam matapelajaran Sains di sekolah. Ini menujukkan adanya ruang untuk proses pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak itu.

Sepatutnya kita patut merasa risau kalau semua pelajar dapat A dalam subjek mereka. Ini menunjukkan silibus itu terlalu mudah dan tiadanya ruang mereka untuk menambahbaik. Kita patut berani belajar dari kegagalan.

Salah satu prinsip Leonardo da Vinci juga adalah belajar dari kegagalan. Lebih baik kanak-kanak ini merasa susah diperingkat awal dari bersusah di kemudian hari.

Sekiranya kajian ingin dilakukan ke atas keberkesanan PPSMI, saya cadangkan jangan jadikan pencapaian kanak-kanak sekolah sebagai satu parameter kajian. Sebaliknya tunggu mereka ini masuk universiti dan bergelumang dalam bidang sains dan teknologi di peringkat yang lebih tinggi.

Kalau dilihat balik, banyak yang menentang dasar PPSMI ini datangnya dari bukan yang berlatar belakangkan sains dan teknologi. Rata-rata adalah orang Arts.

Ini masalah sains dan teknologi!!!. Biarlah orang dalam bidang ini yang memberi pendapat. Perlu atau tidak perlunya sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Biarlah orang sains dan teknologi bertegang urat untuk mencari jawapan dalam masalah ini. Mereka lebih tahu dalam perkara ini.

Bagi mereka yang ingin memperjuangkan bahasa dan bangsa melayu, saya rasa banyak lagi yang boleh diperjuangkan. Mengapa tidak diperjuangkan penghapusan musik, filem dan program-program TV berbahasa Inggeris.

Kalau nak dibandingkan dengan PPSMI, musik, filem dan program-program TV Inggeris lebih banyak mudaratnya dan mampu mencemarkan budaya kemelayuan kita.

Kepada orang-orang politik pula, lebih baik duduk diam tunggu apa kata pakar-pakar sains dan teknologi kita.

Pihak pembangkang sudah tentu tak setuju sebab boleh jadi bahan politik mereka. Bagi pihak kerajaan pula, kalau sudah terlalu takut undi hilang, mungkin sanggup buat keputusan yang tak populis. Akhirnya generasi ke hadapan kita yang akan rugi. Sama-sama fikirkanlah…
*Penulis merupakan seorang pembaca KLpos.com yang sedang mengikuti pengajian PhD dalam bidang kejuruteraan kimia di Australia. Tulisan beliau dikirim melalui email untuk disiarkan dalam ruangan Minda Pembaca KLpos.com.

****************************************************************************************************************************************
Putri Malaysia
Putri amat tetarik dengan apa yang ditulis oleh penulis ini. Pandangan yang amat berbeza daripada seorang yang mengambil jurusan yang relevan rasanya ngan isu PPSMI ni. Tapi pandangan beliau bukan datangnya bermotifkan politik tetapi neutral. Jadi putri kongsikan dengan pembaca blog lain yang melayari wira malaysia..dan lepas tu fikirkanlah....sama ada PPSMI ni relevan atau tidak...