Wednesday, June 25, 2008

SUMPAH EZAM

OLEH : ANAK MALAYA

“Saya bersumpah dengan nama Allah dan Rasulullah s.a.w dan dengan berpegang teguh kepada prinsip sebagai seorang Muslimin, saya tidak akan sama sekali membenarkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri…”

Ini satu ketetapan keras dari seorang yang dahulu idolanya Anwar Ibrahim. Persoalannya kenapa orang yang pernah di tahan di bawah ISA, membongkar kepincangan Kerajaan Barisan Nasional dan antara yang menggerakkan reformasi kini menentang Anwar Ibrahim.

Persoalan seterusnya kerana beliau menyertai UMNO dalam keadaan UMNO lemah dan kehilangan sokongan. Kenapa tidak menyertai PKR yang telah mendapat kemenangan besar dalam PRU 12 yang lalu dan kenapa tidak menyertai PAS? Mungkin kedua-kedua parti itu sudah menyimpang dari landasan asal perjuangan. Kupasan lanjut dalam http://www.umno-reform.com .

2 comments:

MAT SIRAT said...

Kalau tidak silap pengamatan saya, sekarang Sdra Ezam telah hilang kepercayaan terhadap DSAI yang sanggup menggadai maruah bangsa hanya semata-mata untuk memuaskan nafsu serakah kepimpinan beliau - memperdagangkan masa hadapan bangsa hanya kerana ingin 'cium mulut' dengan DAP dan PAS. Kompas perjuangan PKR telah diubah oleh DSAI sendiri dari 'perjuangan PKR untuk berbilang kaum yang mempunyai asas perjuangan Melayu' kepada 'perjuangan PKR untuk berbilang kaum yang mempunyai asas kabur perjuangan Melayu'.

Sdra Ezam menyertai UMNO pada masa sekarang, ketika UMNO berada di tahap terkuat dalam projek mega memperkasakan bangsa menerusi reformasi BPR dan juga reformasi badan kehakiman. Pak Lah melakukan tugasan mega berat ini sewaktu masih lagi berada dalam kepimpinan UMNO, BN dan juga kerajaan yang tidak pernah dilakukan oleh PM-PM yang lepas.

Nah, sekarang sudak terang lagi bersuluh, Sdra Ezam masuk UMNO kembali sewaktu parti berada dalam tahap kekuatan yang terbaik.


MAT SIRAT - KOMPAS PERJUANG HARUS DIPERTINGKATKAN. JANGAN TAKUT UNTUK MELAKSANAKAN PERUBAHAN POSITIF DEMI SURVIVAL BANGSA MELAYU DULU, KINI DAN SELAMANYA...

http://www.siratansuratan.blogspot.com/

MAT SIRAT said...

1) Sdra Ezam adalah pemimpin fundamental yang tidak faham dengan gelagat DSAI ubah dasar juang PKR dari 'perjuangan untuk pelbagai kaum dengan asas tunjang perjuangan bangsa Melayu' kepada 'perjuang utnuk pelbagai kaum yang mengurangkan asas tunjang perjuang bangsa Melayu'. Kenapa ye? Kerana DSAI nak jadi PM lah tu.

2) Sdra Ezam masuk UMNO kembali tatkala UMNO di tahap yang tersangat kuat. Kenapa tersangat kuat? Kerana hanya Pak Lah sahaja nak tangani masalah rasuah ketika berkuasa - reformasi tersusun untuk BPR dan badan kehakiman. Inilah 'turning point' yang menambat hati anak Pak Mohd Noor.

MAT SIRAT - SOKONG DAN DOKONG PERJUANGAN YANG JELAS TIDAK BERBELOK-BELOK.

http://www.siratansuratan.blogspot.com/