Monday, June 23, 2008

BERBASIKAL KERANA PROTES

oleh : Pemuda Malaysia

Pada persidangan Parlimen sesi kedua yang bermula hari ini, kita digemparkan dengan berita mengenai tingkah laku 4 MP yang menghadiri mesyuarat di Dewan Rakyat dengan menaiki basikal. Tindakan ini diambil bagi memprotes kenaikan harga minyak yang diumumkan oleh PM baru-baru ini.

Perkara ini dilihat adalah satu tindakan berunsur politik. Perkara ini telah diulas oleh MP Muar yang mengatakan tindakan berbasikal oleh 4 MP daripada pembangkang dilihat bermotifkan politik semata-mata.

MP pembangkang memang gemar membuat perkara-perkara yang boleh menarik perhatian lensa kamera media. Mungkin ingin mempopularkan diri di samping menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka ini sentiasa nampak 'perfect'.

MP Muar menyatakan banyak kebaikan yang diperolehi daripada aktiviti berbasikal. Namun, jika hanya berunsur politik semata-mata, ia tidak akan membawa sebarang kebaikan malahan nampak 'bodoh' pula akibat tindakan yang diambil.

Itulah perangai MP pembangkang yang sentiasa ingin mencari publisiti murahan.

1 comment:

Letting the time pass me by said...

Kenapa begitu negatif pemikiran MP-MP nie? Bukan ke PM yang suruh tukar gaya hidup... Bila sudah ade inisiatif, kenapa mahu menuduh-nuduh pula? AT least diorang ade jugak inisiatif untuk memulakan ...

Saya rasa ini inisiatif yang baik.. Politik ke bukan politik ke, ini soal no. 2... yang penting keazaman untuk berubah....