Showing posts with label NAJIB. Show all posts
Showing posts with label NAJIB. Show all posts

Saturday, July 26, 2008

JANGAN USUL SAYA JADI PRESIDEN

PEKAN 26 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua cawangan UMNO yang bermesyuarat supaya tidak lagi membangkitkan usul pencalonan beliau sebagai Presiden pada pemilihan parti itu Disember ini.

Ini kerana, tegas Najib, pelan peralihan kuasa yang akan berlaku pada 2010 telah dipersetujui antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan beliau.

``Tidak ada sebarang arahan (kepada cawangan UMNO) tetapi ini saranan kita. Saya telah bercakap beberapa kali (mengenai pelan peralihan kuasa) dan Presiden parti juga telah bercakap beberapa kali,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ihsan kepada mangsa banjir di Dewan Konvensyen di sini hari ini. - Utusan.

Thursday, July 3, 2008

SOKONGAN DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak)

Monday, June 30, 2008

LKS SUDAH MULA NYANYUK

MP Ipoh Timur, Lim Kit Siang (LKS), ingin menjadi jaguh dengan menentang arahan dan keputusan yang dibuat oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Sikapnya menganggu ucapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah satu tindakan politik murahan. LKS ingin menunjukkan beliaulah peguam terbaik di negara ini dengan membangkang apa yang dikatakan oleh Speaker.

Apakah rancangannya hanya tuhan saja yang tahu. Mungkin beliau mendapat arahan daripada pihak tertentu untuk membuat kacau hari ini.

Oleh kerana tindakannya itu ditegur Speaker, beliau seperti ibu ayam mengajak anak-anaknya untuk keluar dewan.

Wira mengucapkan syabas kepada TS Pandikar kerana keberanian dan ketegasannya. Beliau perlu terus berani menegur ahli Dewan Rakyat tidak mendengar tegurannya.

Thursday, June 12, 2008

"I'M A TRUE PARTY MAN"

From Hafizah Kamaruddin

LONDON, June 12 (Bernama) -- "I am a true party (Umno) man" and not the son who destroys the party that his father has helped to set up in a move to gain control of it, said Umno Deputy President Datuk Seri Najib Tun Razak.

The eldest son of Malaysia's second prime minister Tun Abdul Razak Hussein said he "believed the transfer of power (in Umno) should be done in the traditional, conventional way rather than by creating factions".

He said this during a question-and-answer session after delivering a talk on "Malaysia in the Face of New Gobal Challenges" at Chatham House, the home of the Royal Institute of International Affairs, yesterday.

The talk was jointly organised by the institute and the Asean-United Kingdom Business Forum (AUBF).

Najib, who is the Malaysian deputy prime minister, said this when asked by a participant why he had not taken over the leadership of the country after the poor performance of the Barisan Nasional (BN) and Umno in the recent general election.

The BN had failed to recapture Kelantan from PAS and lost Kedah, Penang, Perak and Selangor to the Pakatan Rakyat opposition alliance in the general election on March 8. It also failed to garner a two-third majority in Parliament.

Najib said people could give their views and that it was not a question of having courage or being a coward, but "it is just (that) as a person you have core values".

"And I believe what is important (is that) whatever position you take, it must be a core value personal to you.

"I come from a family where my father helped build the party, and I am not the son to destroy the party. I want to continue to build the party further," he said.

Najib said Umno was now at its lowest point and "if you create a serious fight for the leadership, Umno will be further weakened and not be able to face the challenges of (the next) general election".

"What is there in inheriting a position when you lose in the general election. I don't want to lead the party to defeat," he said.

Earlier, in his speech, Najib touched on the need to revitalise bilateral relations between Malaysia and Britain, saying that it was now "in a state of benign neglect".

Najib said he hoped to see a British prime minister lead a strong delegation to Malaysia. The last visit by a British prime minister was in 1993 when Prime Minister Sir John Major visited the country.

"There is a need for a strong signal from time to time. It is important. We do need to underscore the relations at the highest level," he said.

Monday, June 9, 2008

GASTRONOMIK FOKUS BARU NEGARA

Daripada Hafizah Kamaruddin

LONDON, 9 Jun (Bernama) -- Pelancongan Gastronomik, promosi masakan tempatan untuk mewujudkan kesedaran dan minat di kalangan pelancong asing melawat Malaysia, akan menjadi fokus baru dalam mempromosikan pelancongan di United Kingdom.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Abdul Aziz Mohammed berkata mesyarakat kosmopolitan Britain yang terbuka kepada budaya asing, sentiasa mahukan rasa yang baru dan inilah perlunya Malaysia mengambil kesempatan ini.

Terdapat keperluan untuk menukar slogan yang menekankan alam semulajadi seperti cahaya matahari dan pantai, dengan mewujudkan satu pendekatan holistik yang baru, yang lebih canggih dan maju untuk menarik rakyat Britain yang muda.

Malaysia tidak boleh bergantung kepada hubungan sejarah dengan rakyat Britain oleh kerana generasi muda tidak tahu atau tidak ada hubungan dengan Malaysia, katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada malam Ahad.

Beliau berkata Malaysia yang pada suatu ketika dulu ada kelebihan mempromosikan alam semulajadi yang kini menghadapi persaingan hebat daripada kemunculan pasaran, perlu mengkaji sesuatu yang sesuai iaitu makanan.

Pada tahun lepas, Abdul Aziz berkata 280,000 orang pelancong dari Britain ke Malaysia yang menjana RM900 juta pendapatan, berbanding 180,000 pada 2003.

Bagaimanapun, angka itu kini masih rendah berbanding dengan jumlah yang paling tinggi, 10 tahun lalu iaitu 300,000 pelancong.

Beliau tidak menafikan bahawa Malaysia selepas merebaknya Sindrom Akut Teruk Pernafasan (SARS) pada 1990-an tidak mempromosikan pelancongan kepada rakyat Britain secara serius berbanding Thailand. Thailand bukan hanya mempromosikan tempat tarikan semulajadinya tetapi juga menggunakan platform makanannya untuk menarik pelancong ke negara itu, dan mencatatkan 800,000 kedatangan pelancong Britain ke negara tersebut. "Terdapat 1,000 restoran Thai di United Kingdom dengan 250 buah di London," kata beliau.

Sungguhpun Malaysia agak kebelakang dalam pelancongan gastronomik berbanding Thailand, pelancaran makanan Malaysia adalah penting dalam kaitan dengan pelancongan, iaitu dengan mempromosikan makanan Malaysia kepada rakyat Britain untuk mewujudkan permintaan dalam produk negara.

Program Dapur Malaysia yang dianjurkan kerajaan Malaysia, satu perkongsian inovatif antara sektor awam dan swasta, yang dilancarkan sempena pembukaan restoran "Awana" di London tiga tahun lepas, telah menarik pengunjung yang ramai dengan hidangan pelbagai masakan termasuk ais krim berperisa cili dan tosai berperisa coklat, kata beliau.

Abdul Aziz berkata dengan pembukaan restoran khidmat segera, JomMakan Restaurant di Pall Mall, di tengah-tengah kota London, yang kebanyakan menyediakan makanan untuk golongan pertengahan diharap dapat menarik lagi minat untuk masakan Malaysia, produknya dan negara.

JomMakan Restaurant yang baru dibuka kepada rakyat Britain beberapa hari lepas, akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Selasa.

Restoran yang dikendalikan oleh JomMalaysia (UK) Limited, anak syarikat milik Perbadanan Nasional Berhad (PNS), ialah sebuah restoran prototaip dalam mempromosikan konsep francais restoran Malaysia di luar negara.

Wednesday, May 28, 2008

LANGKAH ATASI KRISIS MINYAK JUMAAT INI

Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan beberapa langkah bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap rakyat dan ekonomi negara selepas mesyuarat Jemaah Menteri, Jumaat ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang dipengerusikannya kelmarin membentangkan beberapa cadangan berhubung perkara itu dan ia akan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat.

"Ada beberapa langkah dikemukakan dalam mesyuarat itu semalam (kelmarin) kerana kita bincang banyak perkara dan ia akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini.



"Selepas itu, kita dijangka buat satu siri pengumuman kerana kita amat terperinci dalam isu ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan komandan kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), di sini, semalam.

Najib diminta mengulas ura-ura kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel Jumaat ini bagi mengimbangi kesan peningkatan harga minyak mentah yang mencecah AS$133 setong di pasaran antarabangsa, semalam.

Beliau yang enggan memberi bayangan pengumuman itu walaupun didesak wartawan, sebaliknya meminta semua pihak supaya bersabar sehingga Kabinet membuat keputusan.

Sunday, May 25, 2008

PERPADUAN AGENDA UTAMA NEGARA

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahukan setiap rakyat memperkasakan perpaduan sebagai agenda utama negara kerana ia merupakan asas penting dalam menentukan kejayaan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat bukan tidak boleh mempunyai perbezaan pendapat tetapi hendaklah menyuarakannya secara berhemah.

"Mereka mesti tahu sensitiviti kaum. Jangan sakiti perasaan kaum lain. Tuntutan biarlah munasabah," katanya ketika melancarkan Bulan Perpaduan peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

Beliau berkata tidak mungkin setiap kaum dapat segala-galanya dan sikap tolak-ansur tersebutlah perlu terus dipelihara.

Kewujudan Perlembagaan negara sendiri mencerminkan semangat tolak ansur dan meletakkan perpaduan sebagai asas utama negara, katanya.

Najib berkata semangat permuafakatan di kalangan rakyat juga boleh dilihat dengan jelas sebagai contohnya wujud sekolah Cina dan Tamil di negara ini walaupun sekolah kebangsaan dijadikan sekolah utama pilihan kerajaan sedangkan sekolah jenis kebangsaan tidak wujud di Singapura, Thailand dan Indonesia.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib berkata tahap perpaduan rakyat kini semakin mantap.

Konsep bangsa Malaysia kini sudah pun berada dalam minda rakyat tanpa mengira kaum kerana rakyat melihat seseorang berdasarkan kemuliaan perwatakan seseorang dan bukannya warna kulit.

Misalnya, katanya dalam sesuatu kemalangan jalan raya, pengguna jalan raya rela membantu mangsa tanpa mengira kaum.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan Anugerah Tokoh Perpaduan kepada bekas Yang Dipertua Sabah Tun Sakaran Dandai dan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye.

Anugerah itu bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pemimpin yang banyak menyumbang kepada usaha-usaha memupuk perpaduan dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum. Penerima anugerah itu diberi sijil dan cenderamata.

Najib turut menyampaikan Anugerah Kalung Perpaduan kepada Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Michael Chong, kartunis Datuk Mohammad Nor Khalid (Lat), wira menyelamatkan mangsa feri terbakar di Mersing Oktober tahun lepas S. Krishnamoorthy, wirawati menyelamatkan mangsa kebakaran rumah di Kota Bahru pada Ogos tahun lepas Nafisah Abdullah dan penangkap peragut Mohd Afzal Hamzah.

Anugerah itu diberikan kepada rakyat yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan anggota masyarakat yang ditimpa kesusahan atau bencana. Penerima anugerah diberi sijil, cenderamata dan wang RM5,000.

Sementara itu, Lam Thye berkata perpaduan perlu menjadi keutamaan tertinggi kerajaan dan pendidikannya perlu bermula di sekolah.

"Saya akan berkongsi anugerah ini dengan keluarga saya dan seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Krishmoorthy pula berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk menyelamatkan mangsa feri terbakar sekiranya ia berlaku di masa akan datang.

"Saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia membantu mereka yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum," kata Michael Chong.

Nafirah pula berterima kasih kepada kerajaan di atas penghargaan kerana beliau menyelamatkan dua mangsa kebakaran.

Sunday, May 18, 2008

MALAYSIA DESTINASI PELABURAN TERBAIK

Daripada Abdul Muin Abdul Majid

SHARM EL SHEIKH (Mesir), 18 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari Ahad memberikan penjelasan panjang lebar dalam usaha meyakinkan para wakil Majlis Perniagaan Arab dan beberapa orang anggota Kongres Amerika Syarikat mengenai daya tarikan Malaysia sebagai satu destinasi perniagaan dan pelaburan.

Ketika bercakap kepada para pemberita mengenai hasil mesyuarat bersama antara pihak-pihak berkenaan, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah mengambil peluang itu untuk menjelaskan mengenai perkembangan ekonomi Malaysia, yang termasuk kedudukan kewangan kukuhnya dan kenyataan bahawa ia telah terlepas dari kesan buruk krisis gadai janji subprima di AS.

"Kami menawarkan peluang melalui koridor pembangunan ekonomi kami, wujud potensi dalam pasaran hartanah mewah kami, kami juga merupakan peneraju dalam kewangan Islam dan kami sedang melakukan yang terbaik untuk menggalakkan industri halal.

"Selain itu, kami menawarkan peluang dalam sektor pengeluaran dan industri teknologi tinggi," kata Najib, yang telah mempengerusikan mesyuarat itu yang diadakan di luar sidang Forum Ekonomi Dunia mengenai Timur Tengah yang bermula Ahad di bandaraya peranginan Mesir ini yang terletak di tepi pantai Laut Merah.

Delegasi majlis perniagaan itu yang termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bank Negara Kuwait Ibrahim Dabdoub, Mohammed Al Gergawi yang mewakili Dubai Holding, Pengerusi Kumpulan Alshaya dari Kuwait Mohammed Alshaya.

Wakil Kongres AS ialah dari Washington, California, Oregon, Tennessee dan Connecticut.

Menurut Najib, mereka yang hadir sangat berminat mengenai apa yang boleh ditawarkan Malaysia, di mana sesetengah wakil AS telah melahirkan hasrat untuk melakukan lawatan susulan ke Malaysia.

"Anggota Majlis Perniagaan Arab menyedari mengenai apa yang boleh ditawarkan Malaysia dan saya percaya kita akan terus meningkatkan hubungan ekonomi dengan mereka," katanya.

Najib berkata mereka menghargai mengenai langkah Malaysia memberi gambaran positif mengenai Islam dan kejayaan yang dicapai oleh wanita di negara itu.

Thursday, May 15, 2008

ANWAR YANG LULUSKAN

Oleh Agenda Daily

Tuduhan wujudnya unsur rasuah dalam pemberian kontrak kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kepada PSC Naval Dockyard oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr, Wan Azizah Wan Ismail mengundang padah apabila Dewan Rakyat diberitahu Menteri Kewangan yang meluluskan penswastaan projek berkenaan kepada syarikat itu ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setahu saya Menteri Kewangan pada masa itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat. Saya tidak mahu menyalahkannya, tetapi mungkin ada sesuatu yang luar dari jangkaannya. Maknanya janganlah salah semua orang. Kita juga sedikit sebanyak ada kelemahan juga,” kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong hari Rabu bagi pihak Kementerian Pertahanan berhubung dengan dakwaan wujudnya amalan rasuah dalam kontrak perolehan 27 buah kapal peronda TLDM oleh Dr. Wan Azizah.

Berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Najib, kontrak perolehan 27 buah kapal itu diberikan kepada PSC Naval Dockyard pada 11 Disember 1995 untuk tempoh 15 tahun.

Menurut perjanjian, syarikat berkenaan diberi kontrak penyelenggaraan kapal dan perkakasan TLDM di samping mereka bentuk dan membina 27 buah kapal ronda generasi baru.

Di bawah kontrak awal, kerajaan membuat tempahan enam buah kapal pronda dengan nilai kontrak sebanyak RM5.35 bilion tetapi kontrak dengan PSC dibatalkan pada tahun 2006 apabila gagal memenuhi syarat kontrak dan hanya dua buah kapal sahaja yang hampir disiapkan pada tahun 2006.

Kesannya bagi memastikan enam buah kapal tersebut dapat diteruskan pembinaannya, kerajaan telah melantik Lembaga tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengambil alih syarikat PSC dan nilai kontrak terpaksa dinaikkan kepada RM6.75 bilion ekoran peningkatan kos.

Pada tahap ini, Dr. Wan Azizah bangun bertanya apakah kriteria untuk memilih syarikat yang hendak diberikan kontrak itu pada awalnya.

Bingkas bangun sebelum Najib menjawab Ahli Palrimen Pontian, Ahmad Maslan yang menyatakan soalan Dr. Wan Azizah tidak ada kaitan.

“Tadi yang Amat Berhormat menyatakan bahawa penswastaan PSC Naval Dockyard diluluskan pada 11 Disember 1995. Kita tahu bahawa tidak ada satu penswastaan pun di Malaysia ini tanpa kelulusan daripada Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan, Saya ingin tanya soalan pendek sahaja, siapakah Menteri Kewangan pada ketika itu,” tanyanya.

Ekoran soalan itu beberapa Ahli Parlimen BN kedengaran berkata “jawab…jawab”.

Maka, Najib menjawab “Setahu saya Menteri Kewangan pada ketika itu ialah penasihat Parti Keadilan Rakyat”.

Dalam penggulunggannya juga Najib menjelaskan semua tuduhan yang dikaitkan dengan amalam rasuah dalam pembelian kapal selam oleh TLDM dan jet pejuang Sukhoi oleh TUDM.

Najib juga pada kesempatan itu turut menyentuh mengenai cubaan mengaitkan dirinya dengan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu.

“Alhamdulillah saya masih dapat bertahan dengan segala tohmahan dan fitnah yang cuba dilemparkan, dengan niat untuk mencemarkan nama saya.

“Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab dan demi menegakkan keadilan dan kebenaran, maka saya ingin sekali lagi menegaskan bahawa saya tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengan wanita yang dimaksudkan dalam kes ini,” tegasnya. – AGENDA DAILY/ 14/5/2008

DATUK SERI NAJIB RAZAK JAWAB TOHMAHAN

Oleh HATA WAHARI

KUALA LUMPUR 14 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membidas perbuatan segelintir ahli Parlimen pembangkang yang sengaja menimbulkan dakwaan-dakwaan palsu terhadap kerajaan berkaitan komisen pembelian kapal selam Scorpene dan jet pejuang Sukhoi, selain mengaitkan beliau dengan wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu.

Dalam ucapannya ketika menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat petang ini, Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tuduhan-tuduhan itu sebagai “satu rekaan yang diatur secara berterusan untuk kepentingan politik bagi mengelirukan rakyat.”

Katanya: “Tindakan ini tidak langsung memikirkan kesan-kesan buruk terhadap imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keselamatan negara... ia dibuat semata-mata untuk membakar hati rakyat dan bukan menegakkan kebenaran.’’

Dalam penggulungannya, antara lain Najib menjelaskan:

- Kementerian Pertahanan tidak pernah membayar komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung berjumlah RM500 juta (Euro 114.96 juta) kepada Perimekar Sdn. Bhd. berkaitan pembelian kapal selam Scorpene.

- Harga pembelian pesawat Sukhoi yang berbeza di antara Malaysia dan India disebabkan perbezaan konfigurasi dan bilangan pesawat yang dibeli.

Malaysia membeli hanya 18 buah pesawat Sukhoi menggunakan teknologi Thales dari Perancis manakala India membeli 180 buah pesawat jenis itu dengan 140 buah dibina di India menggunakan teknologi avionik Israel.

- Beliau tidak pernah mengenali apatah lagi berjumpa dengan Altantuya, 28, yang mati dibunuh pada Oktober 2006.

Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata, perkara itu telah beberapa kali diperjelaskan, tetapi ada sesetengah anggota pembangkang dengan sengaja cuba mengaitkan nama beliau dalam kes tersebut.

Menghuraikan secara lebih terperinci mengenai kapal selam Scorpene, Najib berkata, pembelian itu dibuat mengikut tatacara pelaksanaan kontrak perolehan peralatan pertahanan negara yang membabitkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga.

“Semua terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya ditandatangani selepas kelulusan kementerian dan setelah kontrak tersebut dirujuk kepada Peguam Negara,” katanya.

Najib menyifatkan tuduhan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) di Dewan Rakyat kononnya berlaku rasuah dalam pembelian peralatan ketenteraan itu adalah tidak berasas sama sekali.

Ketika beliau berucap, Wan Azizah mencelah bertanya mengapa harga pembelian kapal selam itu oleh India dan Chile lebih murah daripada Malaysia.

Najib menegaskan, perbezaan harga itu berlaku kerana kelainan spesifikasi memandangkan India menggunakan teknologi Israel sedangkan Malaysia menggunakan teknologi Perancis sepenuhnya.

Beliau menjelaskan, kontrak perolehan kapal selam Scorpene itu ditandatangani pada 5 Jun 2002 oleh kerajaan dengan syarikat DCNS dari Perancis dan Navantia dari Sepanyol selaku pembekal kapal selam, manakala syarikat Perimekar bertindak sebagai pembekal perkhidmatan projek.

“Nilai kontrak ialah Euro 1.084 bilion (RM5.5 bilion) yang dibahagi kepada dua iaitu pertama membabitkan kos berjumlah Euro 969.15 juta (RM4.94 bilion) merangkumi pembelian dua buah kapal selam dan latihan untuk warga kapal selam.

“Kedua, ia melibatkan perbelanjaan bernilai Euro 114.96 juta (RM586.3 juta) membabitkan Perimekar untuk perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan Projek Kapal Selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol,” katanya,

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak membuat sebarang rundingan pembelian dengan Perimekar dalam konteks perolehan kapal selam Scorpene.

Syarikat itu, kata Najib, sebenarnya diberi kontrak perkhidmatan sokongan untuk tempoh enam tahun dengan nilai kontrak Euro 114.96 juta (RM586.3 juta).

Pada masa ini, Perimekar baru dibayar sebanyak Euro 95.54 juta (RM487.3 juta).

Najib memberitahu, Perimekar adalah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S. Ombak Laut Sdn. Bhd.

Beliau menambah, skop kerja perkhidmatan sokongan yang diberikan oleh Perimekar adalah menyediakan kediaman untuk pasukan pegawai TLDM di Perancis dan Sepanyol.

Penyelenggaraan

“Syarikat itu juga menyediakan pejabat urusan, kediaman serta kelengkapan untuk 156 anggota TLDM dan 30 kakitangan penyelenggaraan pangkalan.

“Ia juga menyediakan insurans, membayar elaun harian bernilai Euro 50 sehari (RM306), membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap anggota pasukan untuk tiga kali setahun serta menyediakan keperluan lain,” katanya.

Di samping itu, kata Najib, Perimekar juga menyediakan perkhidmatan koordinasi dengan memastikan syarikat Malaysia terlibat dalam pembinaan kapal selam serta terbabit dalam program off-set.

Katanya, syarikat itu juga membantu kontraktor utama dalam prosedur kerajaan serta menyelaras latihan krew kapal selam dan menyediakan laporan koordinasi setiap bulan.

Menjawab isu yang ditimbulkan mengenai pembelian Sukhoi, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, kerajaan tidak membayar komisen kepada IMT Defence (M) Sdn. Bhd. yang merupakan wakil tunggal syarikat Rosoboronexport dari Rusia dalam pembelian pesawat pejuang Sukhoi.

Sehubungan itu, kata Najib, tuduhan yang dilemparkan oleh wakil rakyat pembangkang bahawa kerajaan telah membayar komisen bagi pembelian kapal selam dan pesawat pejuang Sukhoi adalah tidak benar.

Mengenai pembelian pesawat Sukhoi, beliau berkata, secara prinsipnya, harga pesawat Sukhoi yang ditawarkan oleh Rusia kepada Malaysia tidak banyak berbeza seperti yang ditawarkan kepada India.

Najib yang menjawab isu yang dibangkitkan oleh Lim Guan Eng (DAP-Bagan) berkata, sebelum memuktamadkan harga dengan pihak Rusia berhubung perolehan tersebut, kerajaan telah membuat kajian termasuk perbandingan harga dengan Tentera Udara India.

Sementara itu, menjawab isu lain yang dibangkitkan oleh Wan Azizah bahawa terdapat unsur rasuah dalam kontrak perolehan 27 buah kapal peronda generasi baru TLDM yang dibina di Lumut, Najib menegaskan, perkara itu tidak berlaku.

Katanya, kontrak itu diberikan kepada PSC-Nayal Dockyard kerana kerajaan berhasrat untuk membangunkan industri maritim negara dengan kemudahan infrastruktur yang ada dalam negara.

“Kontrak itu membabitkan pembinaan enam buah kapal dengan nilai RM5.35 bilion, namun syarikat itu gagal memenuhi syarat kontrak dan hanya dua buah kapal yang hampir disiapkan.

“Kerajaan terpaksa meneruskan projek itu dengan LTAT mengambil alih PSC-Naval Dockyard bagi mengelakkan kerugian dan kemudian ditukar nama kepada Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd.,” katanya.

Berikutan itu, kata Najib, kerajaan terpaksa memberi kelulusan kenaikan nilai kontrak daripada RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion iaitu sebanyak RM1.4 bilion bagi memastikan pembinaan kapal itu berjalan lancar.

Beliau berkata, bayaran yang dibuat oleh kerajaan dalam projek itu adalah berasaskan kepada jadual siap kerja bagi keenam-enam kapal yang dibina serentak.

“Kerajaan juga bersetuju untuk mengetepikan bayaran penalti kerana jika dikenakan ia tidak setimpal dengan usaha syarikat Boustead Naval Shipyard menyiapkan pembinaan keenam-enam kapal tersebut,” katanya.- UTUSAN MALAYSIA.

Wednesday, May 14, 2008

NS TRAINING PROGRAMME TO CONTINUE, SAYS NAJIB

KUALA LUMPUR, May 14 (Bernama) -- The government is to continue with the National Service Training Programme despite calls to scrap it following the deaths of 16 trainees since the programme was launched in 2004.

In announcing the continuation of the programme, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the number of deaths was a small percentage compared to the 339,186 trainees who had benefited from the programme up to now.

He also said that 11 of the trainees had died during training and five during their holiday break. Of the 11 deaths, seven were caused by ailments and four were due to accidents, he added.

Najib, who is also the Defence Minister, said the programme would be continued because it could achieve the national aspiration of uniting all the races and communities in the country.

"This programme is important for fostering a strong Malaysian solidarity, building up a united resilience and practising noble values," he said when winding up debate for the Defence Ministry on the motion of thanks for the royal address in the Dewan Rakyat Wednesday.

Najib said that as such the proposal for voluntary participation in the programme by youths or school leavers was inappropriate as this would result in people of only one community taking part as the others would be disinterested.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) and Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) often interrupted Najib during his explanation, calling for the programme to be scrapped because it did not bring any benefit and had lost the support of parents following the deaths of trainees.

Fong suggested that the programme be opened to volunteers instead of the random selection of participants as was the practice now.

Najib hit out at certain quarters which were insistent on seeing the programme fail and be scrapped, saying that on the other hand the people of Singapore gave full support to their almost similar national service programme.

"Many more trainees have died in Singapore but the people of Singapore give more importance to national interests," he said, sending the House into a commotion.

Najib said support for the programme from voluntary applicants was growing, with 1,137 this year compared to only 929 last year.

The deputy prime minister said the government would continue to upgrade the level of safety and infrastructure at the national service training camps, and give particular attention to the health of the participants.

Najib expressed sadness over the death of trainee Too Hui Min, 18, from the Geo Kosmo Camp in Kuala Kubu Baharu last Thursday at the Slim River Hospital after she had complained of stomachache.

He also said that the government was considering making it mandatory for trainees to undergo a medical test to ascertain their health status before starting training.

Tuesday, May 6, 2008

KARPAL SINGH PERTIKAI PERLEMBAGAAN

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam pentadbiran kerajaan negeri khususnya dalam kes pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury, sebagai satu perbuatan yang mempertikaikan peruntukan perlembagaan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata adalah jelas semua bidang kuasa mencakupi kuasa Raja dan kuasa kerajaan termasuk kerajaan negeri telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, justeru tidak seharusnya wujud sebarang pertikaian oleh mana-mana pihak.

"Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa dalam bidang agama, kuasa raja adalah kuasa mutlak.

"Jadi kuasa atau keputusan yang dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah selaras dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan. Tidak boleh dipertikaikan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan sambutan Hari Pekerja dan penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Kementerian Pertahanan di sini, Selasa.

Najib berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh kepada media semalam bahawa Sultan Perak tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam keputusan kerajaan negeri, termasuk mengarah Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membatalkan arahan pertukaran dan melantik semula Jamry sebagai Pengarah JAIP.

Karpal Singh mendakwa arahan Sultan Perak supaya Jamry dilantik semula adalah tidak sah mengikut undang-undang dan sepatutnya keputusan terdahulu kerajaan negeri mengarahkan pertukaran Jamry dikekalkan.

Mengulas sama ada kenyataan Karpal Singh itu bakal mencetuskan polemik khususnya dalam kalangan mereka yang mempertahankan kuasa Raja di bawah perlembagaan, Najib berkata sudah semestinya ada pihak yang akan marah dengan kenyataan yang mempertikaikan kuasa Sultan.

Ketika ditanya sama ada Karpal Singh yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor telah melanggar Akta Hasutan 1948, Najib yang juga Menteri Pertahanan berkata perkara itu tertakluk kepada tafsiran Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail.

"Keputusan untuk mengkaji perkara berkenaan juga terserah kepada beliau (Peguam Negara), bukan pada kita (kerajaan)," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kepada perbalahan antara kaum atau konflik lain yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.

"Kita ada peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk kita mengambil apa-apa tindakan untuk mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa kepada keadaan perbalahan antara kaum dan sebagainya.

"Jadi dalam sebarang isu kita akan memantau perkembangannya, dan sekiranya ada kesan yang boleh menjurus kepada keadaan di mana menggugat ketenteraman awam, maka pada masa itu kerajaan akan ambil tindakan," kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata anggota Parlimen, walaupun diberi keistimewaan untuk bercakap mencakupi semua perkara khususnya semasa sidang Parlimen, tetapi ia tidak boleh bercanggah dengan Akta Hasutan.

"Kita terpaksa terima apa-apa peruntukan. Dalam Parlimen pun ada perlindungan yang diberikan oleh perlembagaan namun sesuatu yang bersifat hasutan tidak boleh disebutkan dalam Parlimen, maknanya perlindungan dalam Parlimen ini bukanlah perlindungan yang tidak ada hadnya, bukan `absolute' (mutlak) tapi ada peruntukan yang mesti dipatuhi oleh setiap ahli Parlimen seperti undang-undang hasutan," kata Najib.

Jumaat lepas, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar supaya menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry yang dibuat pada 29 April, selepas Jamry didakwa tidak memberi kerjasama kepada kerajaan negeri.

Pertukaran itu dikatakan ada kaitan dengan isu pentadbiran agama, dan usaha kerajaan negeri yang baru, untuk menukar senarai ahli jawatankuasa masjid di seluruh Perak.

Arahan Sultan Perak itu terkandung dalam kenyataan akhbar tiga muka surat yang dikeluarkan atas titah Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah selepas Mohammad Nizar menghadap baginda di Istana Raja Muda Perak.

Istana Perak menyifatkan perbuatan Mohammad Nizar menukar Jamry sebagai membelakangkan kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam dan Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak.