Tuesday, May 13, 2008

MP TANJONG YANG MEMBOSANKAN

oleh : myself

Perbahasan MP Tanjong di dalam parlimen hari ini langsung tidak menarik perhatian. Beliau tidak menggunakan kesempatan untuk mengutarakankan isu-isu yang menyentuh kepentingan dan kebajikan rakyat, sebaliknya tidak sudah-sudah mengungkit mengenai kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke 12 yang lama berlalu.

Saya merasakan bahawa keputusan pilihanraya telah menjadi sejarah dan sudah berlalu. Pada ketika ini, kepentingan rakyat adalah sesuatu yang perlu diberi fokus untuk membina negara yang kuat dan aman. Jangan lupa, rakyat boleh menjadi penentu nasib ahli parlimen dalam undian mereka pada pilihanraya akan datang.

No comments: