Tuesday, May 13, 2008

PAS TIDAK BINA MASJID BARU

oleh : myself

MP Kuala Krau mengatakan bahawa PAS telah memerintah Kelantan selama 18 tahun. Tetapi PAS tidak pernah membina masjid baru dalam tempoh masa 18 tahun. Memandangkan mereka telah memerintah dalam satu jangka masa yang panjang, sepatutnya pembinaan sesebuah masjid adalah satu keutamaan kepada parti PAS yang menjadikan Islam sebagai 'core politic' mereka.

MP Kuala Krau juga mengatakan bahawa MP PAS membentangkan sesuatu ucapan dengan penuh emosi dan cuba memberi alasan tanpa mahu mengaku kesilapan diri sendiri. Ini boleh dilihat apabila ahli pembangkang selalu mencari alasan untuk melindungi kesalahan diri dengan bertempik semasa dikritik oleh MP lain. Tetapi semasa MP Barisan Nasional dituduh oleh MP pembangkang, MP Barisan Nasional menjawab dengan berhemah dan cuba mencari jalan menjawab secara berkualiti untuk kebaikan rakyat. MP Kuala Krau menjelaskan bahawa beliau tahu dasar-dasar kerajaan memang tidak dapat memenuhi hati rakyat sepenuhnya dan mungkin ada sedikit kelemahan tetapi tiada satu kerajaan di dunia ini yang 100% 'perfect'.

MP Kuala Krau juga mengulas sedikit mengenai manifesto yang dijanjikan oleh PKR semasa pilihanraya. Dalam manifesto Pakatan rakyat, ada disebut mengenai penurunan pintu cukai apabila Pakatan Rakyat menang. Tetapi apabila Pakatan Rakyat telah memenangi pilihanraya, kerajaan campuran yang baru ditubuhkan di Selangor tidak melaksanakan manifesto itu dengan memberi alasan ekonomi di Selangor lembap dan menurun. Jika kerajaan Barisan Nasional memungkiri atau tidak dapat memenuhi semua janji pilihanraya, pembangkang sudah semestinya memperbesarkan isu tersebut di media massa dengan mengatakan kerajaan Barisan Nasional telah menipu rakyat. Jadi, fikirkan jika Pakatan Rakyat pula yang menipu rakyat?

No comments: