Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman, berkata pihaknya akan mewujudkan urusetia khas untuk memperhebat dan menggalakkan sektor Pelancongan Kesihatan (Medical Tourism) dan Pelancongan Pendidikan (Education Tourism).
Menurutnya, kementerian menyedari kelemahan ketika ini iaitu tiada one stop agency untuk mempercepatkan urusan berkenaan dan menggalakkan sektor pelancongan dalam kedua-dua bidang berkenaan.
Ini berbeza dengan urusan di Thailand dan Singapura yang mewujudkan pendekatan yang menyenangkan bagi pesakit untuk mendapatkan rawatan di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada MP Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh, mengenai Pelancongan Kesihatan. Beliau bertanya apakah kerajaan boleh mempercepatkan urusan membawa doktor ke negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment