Thursday, May 15, 2008

PLKN UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KAUM

Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa mereka pernah mempelawa pembangkang untuk melawat Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) tetapi mereka tidak menerimanya. Sebaliknya, pembangkang sering membuat komen negatif terhadap perkhidmatan itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Menurutnya, antara matlamat PLKN ialah untuk meningkatkan semangat patriotisme, merapatkan hubungan kaum dan meningkatkan semangat kesukarelaan di kalangan generasi muda. Ini perlu difahami oleh semua pihak termasuk pembangkang.

Menurutnya, semua latihan dikelolakan oleh jurulatih berpengalaman.

Datuk Wira Abu Seman bekata latihan senjata adalah program yang diberikan kepada pelatih secara sukarela bagi menerapkan disiplin agar mereka patuh kepada arahan dalam mengendalikan senjata dan bukan melatih mereka menjadi tentera.

Beliau menjawab soalan MP Ledang.

No comments: