Thursday, May 15, 2008

KEMENTERIAN PELAJARAN PRAGMATIK DAN REALISTIK

Oleh Mustika Citra

MP Sembrong (Menteri Pelajaran) dalam sesi soal jawab telah memberi penjelasan yang panjang lebar mengenai aktiviti-aktiviti kementerian dalam proses membangunkan pelajaran di negara ini. Segala pendekatan adalah realistik dan pragmatik. Kos yang terlibat adalah tinggi dan ini meliputi pembangunan pelajaran bukan sahaja di Semenanjung tetapi juga di Sabah dan Sarawak. Di Sabah sahaja, RMK-9 akan membelanjakan RM3.4 billion untuk lebih dari 3000 projek.

Buat seketika penjelasan menteri berjalan dengan lancar dengan beberapa MP Pembangkang mencelah termasuk MP Machang dan MP Sungai Siput.

MP Bukit Mertajam menimbulkan isu di luar perkara yang dibincangkan iaitu isu keris. Dewan menjadi gamat seketika tetapi selepas itu pembangkang kembali semula dengan soalan-soalan yang berkaitan. MP Bukit Mertajam cuba mengeksploitasi keadaan di samping ingin menarik perhatian pembangkang-pembangkang lain tentang isu keris tetapi respons rakan-rakan pembangkangnya agak dingin. MP ini juga menimbulkan isu yang tidak relevan iaitu dana digunakan untuk F1 Sepang dan Orkestra Philharmonik Petronas. Semasa perbahasan Menteri berkenaan, beliau cuba mengambil kesempatan untuk mempolitikkan perbahasan malangnya tidak mendapat sambutan.

Menteri juga telah menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh MP Machang, MP Bukit Mertajam berkaitan isu keciciran murid dan kedudukan SRJK (C) dengan jelasnya. Beliau juga memaklumkan mengenai permintaan berkaitan SRJK (C) Damansara. Kriteria untuk membuka sekolah ini mesti memenuhi kriteria termasuklah keluasan kawasan dan juga faktor keseimbangan penduduk setempat. Kini alternatif sekolah ini di tempatkan di kawasan tropika di Petaling Jaya.

MP Batu masih tidak berpuas hati pada penjelasan menteri berkaitan dengan SRJK (C) Damansara. Menteri mengatakan bahawa pembukaan mana-mana sekolah mengambil kira semua faktor terutamanya keluasan kawasan dan keselesaan pejalar-pelajar.

Sikap MP Mertajam yang suka mengulangi isu SRJK (c) Damansara bertujuan untuk mendapatkan publisiti murah. Ahli dewan tidak langsung menunjukkan minat terhadap isu tersebut.

No comments: