Thursday, May 15, 2008

MELEPASKAN ANJING TERSEPIT

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, meminta MP pembangkang yang pernah menganggotai UMNO atau parti komponen BN dan mendapat pelbagai nikmat sebelum ini, jangan lupa apa yang mereka perolehi daripada kerajaan.

Menurutnya, mereka jangan bertindak seperti pepatah Melayu iaitu seperti "melepaskan anjing tersepit". Ini bermaksud selepas "dilepaskan" anjing yang dibantu itu, ia terus menggigit tangan yang melepaskan haiwan berkenaan atau yang telah memberi bantuan kepada mereka. Sikap sebegini amat menyedihkan.

DEB adalah satu dasar yang amat berkesan untuk membantu masyarakat yang kurang bernasib baik. Ia adalah satu dasar untuk memperbaiki masyarakat Bumiputera di seluruh negara yang dijajah, walaupun di mana-mana pun yang telah tersingkir daripada arus pembangunan ekonomi kolonial.

Dasar ini sekarang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebagai dasar yang berkesan. Banyak negara yang membangun menggunakan DEB Malaysia sebagai contoh terbaik untuk dilaksanakan di negara mereka terutama membantu golongan Bumiputera seperti Afrika. Dasar yang merupakan satu pendekatan affirmative action yang amat berkesan, kini diiktiraf oleh PBB.

Rakyat Malaysia perlu menyedari perlaksanaan DEB di peringkat yang paling hebat pada tahun 1980an, tidak menjejaskan masyarakat bukan Bumiputera bahkan dalam tempoh itu perkembangan ekonomi Malaysia melonjak begitu cemerlang daripada tempoh sebelum DEB dilaksanakan. Inilah hakikat sebenarnya yang ingin diputarbelitkan oleh pembangkang.

Oleh itu, jangan membuat tuduhan disebabkan kejahilan.

No comments: