Thursday, May 15, 2008

KERAJAAN AKAN PERBAIKI SEMUA KELEMAHAN

Menteri Kehakiman, Datuk Zaid Ibrahim, berkata kerajaan akan sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada sekarang termasuk masalah mahkamah yang tidak cukup dan kekurangan anggota polis dalam bidang penyiasatan.

Menurutnya, keutamaan yang diberikan sekarang ialah untuk menyelesaikan semua masalah yang ada demi kepentingan rakyat.

Mengenai tuduhan MP Puchong yang menyatakan beliau "tidak bersih" kerana disabitkan dengan politik wang oleh UMNO, Datuk Zaid meminta beliau atau bapanya, Karpal Singh membuat segera laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Baginya, beliau sudah menyatakan beberapa kali bahawa beliau tidak bersalah.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab, Datuk Zaid berkata, beliau bersedia disiasat.

No comments: