Thursday, May 8, 2008

HDC BUKAN AMBIL ALIH TUGAS JAKIM

Oleh Mustika Citra
( http://www.mustikacitra-indah.blogspot.com

Pada sesi perbahasan usul titah diraja pagi tadi, YB pembangkang telah mengeluarkan isu yang telah mendorong mustika untuk tampil menjelaskan persoalan yang ditimbulkan. Walaupun dalam isu ini mustika bukanlah orang yang sepatutnya menjawab, tetapi oleh kerana mustika ada sedikit pengetahuan maka tidak salah rasanya mustika menjelaskan.

Adakah YB Pembangkang terlepas pandang atau sengaja menutup mata untuk melihat kebenarannya? JAKIM sebenarnya tidak pernah hilang kuasanya.

Pada 17 April 2008 yang lalu, satu kemajuan telah dicapai dalam usaha kerajaan memartabatkan lagi pembangunan industri halal di Malaysia. Perkembangan ini dilihat sejajar dengan aspirasi kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan negara Malaysia sebagai hub halal dunia serta menjadi pusat rujukan serantau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi mengatakan bahawa HDC bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal bukannya bermaksud untuk mengambil alih kuasa daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Sebaliknya, hal berkaitan pengeluaran sijil halal dan promosi produk halal akan diletakkan di bawah satu bumbung bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat antarabangsa. Beliau berkata spesifikasi yang digunakan bagi mengeluarkan sijil halal selama ini akan terus diaplikasikan serta ditambah baik bagi mempercepatkan pengeluaran sijil itu.

Transisi pengurusan pensijilan halal di Malaysia daripada Bahagian Hub Halal JAKIM kepada Halal Industry Development Corporation (HDC) kena dan tepat pada masanya dalam usaha memperkasakan pengurusan dan pembangunan industri halal yang lebih terfokus dan berwibawa.

Dato’ Hj Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz , Ketua Pengarah JAKIM menegaskan bahawa JAKIM begitu positif kepada perkembangan ini sebagai langkah melaksanakan keputusan yang telah pun dibuat di peringkat kabinet. Justeru itu, JAKIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan proses tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.

Penyerahan tugas Bahagian Hub Halal JAKIM kepada pihak HDC adalah satu lagi milestone untuk membantu membangunkan industri halal negara di samping dapat memacu Malaysia sebagai hub halal dunia. Malah semua 163 pegawai JAKIM yang bertanggungjawab mengendalikan ujian secara saintifik dan Islamik masih diberikan tugas untuk meneruskan kerja mereka walaupun selepas urusan itu diambil alih oleh HDC. Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) juga telah menerima dan mengiktiraf pensijilan halal Malaysia termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

No comments: